Harga Diri


HARGA diri merujuk kepada maruah yang perlu dipelihara pada setiap masa. Tidak ada insan waras sanggup membiarkan dirinya diperlakukan sewenangnya oleh orang lain.

Kita tidak boleh membiarkan diri dizalimi, diperkotak-katikkan serta ditertawakan orang lain. Maruah diri perlu dipelihara tanpa mengira bangsa, keturunan, agama dan taraf hidup.

Orang miskin tanpa sebarang harta juga mempunyai harga diri yang tidak boleh diperlekehkan. Orang kaya pula tidak boleh menjatuhkan maruah orang miskin.

Contohnya, jika ada orang miskin meminta sedekah, hulurkan bantuan atau tolak permintaannya dengan cara baik. Bukan dengan penghinaan atau kemarahan yang menjatuhkan maruah dirinya.

Setiap insan perlu faham, bagi memastikan maruah diri dipelihara sebaiknya, usah biarkan diri terjebak dalam perkara yang boleh menjatuhkan maruah diri.

Bagi memastikan maruah diri tidak tercemar, kita bertanggungjawab menjaga maruah orang lain. Islam mengharamkan umatnya terbabit menjatuhkan maruah diri sendiri dan orang lain.

Menjaga kehormatan diri antara perkara yang berkaitan dengan maruah diri. Orang yang tidak memelihara kehormatan diri bererti dia menjatuhkan maruah diri sendiri serta maruah keluarganya.

Setiap Muslim perlu menonjolkan kehormatan diri antaranya dengan memakai pakaian yang digariskan syarak. Firman Allah bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya…” (Surah an-Nur, ayat 31)

Selain itu, maruah diri juga berkaitan dengan perkara bersifat peribadi. Hal itu merujuk perkara yang berlaku dalam rumah yang tidak wajar diketahui orang lain.

Tidak semua perkara boleh dikongsikan kepada orang lain. Dengan kepesatan media sosial sekarang, ramai dalam kalangan kita mudah berkongsi perkara bersifat peribadi dalam laman sosial masing-masing.

Tanpa disedari, perkara itu akan diketahui khalayak awam termasuk orang yang tidak dikenali. Apabila berita itu tersebar dengan meluas, akhirnya akan menjejaskan maruah diri.

Usah marah sekiranya cerita peribadi itu disebarkan tanpa kawalan kerana hakikatnya kita yang membuka pekung diri sendiri. Sememangnya manusia suka mendengar cerita sensasi dan tanpa usul periksa menyebarkannya pula.

Sebelum maruah tergadai, elok kita berhati-hati dengan tindakan sendiri terutama apabila berkongsi kisah dalam media sosial. Antara kisah peribadi itu termasuk hal berkaitan hubungan suami isteri.

Memang benar ikatan hubungan mereka dihalalkan syarak namun agama memerintahkan supaya hubungan halal itu tidak dihebahkan secara terperinci kepada orang lain.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Seburuk-buruk manusia pada pandangan Allah pada hari kiamat ialah suami yang melakukan hubungan intim dengan isterinya kemudian menceritakan keintimannya kepada orang lain.” (Hadis Riwayat Muslim)

Menjaga maruah diri juga tidak hanya membabitkan diri sendiri, tetapi orang yang berada di sekeliling seperti adik-beradik dan anak-anak.

Jika anak-anak dibiarkan melakukan perkara dilarang agama, maka maruah ibu dan bapa mereka turut tercemar. Ibu bapa akan dituduh dengan pelbagai tohmahan kerana tidak pandai mendidik anak serta tidak mengawal tingkah laku anak sendiri.

Insan yang baik sentiasa menjaga akhlak atau keperibadian dirinya dan orang lain. Lihatlah bagaimana Rasulullah menunjukkan akhlak peribadi yang baik sehingga diikuti keluarga dan sahabat baginda.

Didikan langsung dari Allah diterima oleh Rasulullah menjadikan diri baginda insan mulia sepanjang zaman.

Rasulullah menjelaskan kepentingan akhlak dalam diri setiap Muslim menerusi sabdanya bermaksud: “Sesungguhnya yang paling baik di antara kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Jika setiap umat Islam dapat menjaga maruah diri, secara tidak langsung keadaan itu menggambarkan ketinggian martabat Islam yang jelas menggariskan elemen akhlak sebagai antara perkara utama dalam agama.

Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Oktober 2018 @ 12:38 AMMedia Shah Alam Kini di Tukar Kepada www.suarabiru.com (https://mediashahalam.blogspot.com)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/SuaraBiru/~3/m0jcxXAZxkY/harga-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minat Sangat Bubble Tea Gadis Tukar Diri Jadi Secawan Bubble Tea Untuk Majlis Konvo

Minat Sangat Bubble Tea Gadis Tukar Diri Jadi Secawan Bubble Tea Untuk Majlis Konvo

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 382 hits
Minat Sangat Bubble Tea Gadis Tukar Diri Jadi Secawan Bubble Tea Untuk Majlis Konvo Adakah anda seorang peminat bubble tea Jika YA anda mungkin boleh jadikan gadis ini sebagai contoh Em Zuniga seorang pelajar dari Filipina juga merupakan se...
Tiga Tahun Guru Oku Menyisih Diri Sebelum Bangkit Semula

Tiga Tahun Guru Oku Menyisih Diri Sebelum Bangkit Semula

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 411 hits
KUANTAN Dunia Mohd Huzairee Ahmad seakan terhenti seketika apabila beliau disahkan lumpuh kedua dua belah kaki pada usia 23 tahun akibat terjatuh semasa memanjat pokok rambutan Mohd Huzairee 43 berkata keterujaannya untuk bergelar guru juga...
Permohonan Maaf Ditolak Fizz Fairuz Gesa Akaun Pemfitnah Tunjukkan Diri Di Sidang Media Nanti

Permohonan Maaf Ditolak Fizz Fairuz Gesa Akaun Pemfitnah Tunjukkan Diri Di Sidang Media Nanti

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 291 hits
Beberapa hari lepas Datuk Fizz Fairuz telah difitnah oleh satu akaun Instagram yang mendakwa pelakon itu ditangkap khalwat di Terengganu Namun begitu kenyataan tersebut dinafikan sekerasnya oleh Fizz dan bertindak ingin membawa kes ini ke m...
Tak Mampu Bayar Bil Elektrik Lelaki Bunuh Diri Tinggalkan Nota Sindiran

Tak Mampu Bayar Bil Elektrik Lelaki Bunuh Diri Tinggalkan Nota Sindiran

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 354 hits
Gambar sekadar hiasan SEORANG lelaki bertindak membunuh diri selepas tidak mampu untuk membayar bil elektrik Menurut pendengaran inkues di Mahkamah Koroner Derby dan Derbyshire di United Kingdom dia meninggalkan nota bunuh diri berbaur sind...
Anak Perempuan Ni Jiwanya Lembut Tewas Pujian Dan Rayuan Ajar Anak Bina Pendinding Diri Sejak Kecil

Anak Perempuan Ni Jiwanya Lembut Tewas Pujian Dan Rayuan Ajar Anak Bina Pendinding Diri Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 585 hits
Benarlah kata orang sukarnya menjaga anak perempuan berbanding anak lelaki Sukarnya kerana terpaksa melebihkan bekalan jiwa buat anak kecil kita yang masih tak mengerti apa apa Biarpun satu satu perkara nampak remeh tapi buat anak perempuan...
Jati Diri Joe Taslim

Jati Diri Joe Taslim

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 267 hits
Unik mengenai rakyat dan bangsa Indonesia mereka sangat mengagungkan asal usul mereka walaupun di mana sahaja kaki mereka berpijak di segenap dunia Tidak ketinggalan aktor Indonesia Joe Taslim yang kini rancak membina nama di Hollywood tida...
Saya Yakin Dia Akan Balik Selepas 3 Minggu Diamkan Diri Isteri Acap Akhirnya Buka Mulut

Saya Yakin Dia Akan Balik Selepas 3 Minggu Diamkan Diri Isteri Acap Akhirnya Buka Mulut

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 369 hits
Saya Yakin Dia Akan Balik Selepas 3 Minggu Diamkan Diri Isteri Acap Akhirnya Buka Mulut Setelah bisu dari memberi sebarang kenyataan media akhirnya isteri kepada Ashraf Hassan tampil meluahkan isi hatinya Hamizah Ramli kongsi saat saat tera...
Ojk Minta Masyarakat Nilai Pendapatan Diri Sebelum Lakukan Pinjaman Online

Ojk Minta Masyarakat Nilai Pendapatan Diri Sebelum Lakukan Pinjaman Online

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 276 hits
Deputi Komisioner Bidang Edukasi dan Perlindungan Konsumen OJK Sarjito mengingatkan masyarakat agar tidak tersesat oleh iklan dan harus lebih detil memperhatikan penawaran yang diberikan Lembaga Jasa Keuangan agar tidak merasa dirugikan di ...
Tun M Beranikan Diri Pilih Syed Saddiq Jadi Menteri

Tun M Beranikan Diri Pilih Syed Saddiq Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 314 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memuji Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila mengatakan kerajaan membuat pilihan yang berani melantik menteri berkenaan walaupun kurang pengalaman politik Malaysiakini melaporkan D...
Doe Suspends Yan Rice Mill Over Air Pollution

Doa Doa Dalam Bulan Ramadan

Dapur Goodday Misi Sarimah Tuyah Vs Che Ton

Di Mana Keberkatan Sahur

Adik Masak Ayam Gepuk

Focus On 10 Projects In Negeri Sembilan Pm Tells Economy Ministry

Pakaian Selam Tertua Yang Masih Wujud Di Dunia

Proton X90 Vs Chery Tiggo 8 Pro Suv 7 Seater Mana Lebih Berbaloi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pembuluh Darah Mata Gadis Remaja Pecah Gara Gara Tahan Bersin Elak Malu

16 Ramadan

First Hive Fears How Lappe S Beekeeping Starter Kits Make Beekeeping Beginner Friendly

Insiden Warga Emas Tampar Bukan Muslim Makan Ketika Ramadan Kertas Siasatan Telah Dibuka

Mufti Perlis Sambut Baik Tindakan Perwakilan Dap Tolak Rayer

Minuman Avokado Cincau Pisang Bahan Bahan 1 Bahagian Avokado Yang Fresh