Harga Benih Padi Cecah Sehingga Rm45


Oleh MOHD HAFIZ ABD MUTALIB MASALAH kelewatan benih padi terus berlarutan setiap tahun sekali gus menyusahkan para pesawah dalam memulakan tanaman.- UTUSAN/SHAHIR NOORDINKANGAR : Ekoran masalah kelewatan atau ketiadaan benih padi ketika ini menyebabkan ramai pesawah terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih bagi membeli input pertanian berkenaan.
Masalah kelewatan benih padi bukan perkara baharu, malah, setiap tahun berulang menyebabkan para pesawah mula berasa bosan dengan situasi tersebut yang entah bila akan selesai sepenuhnya.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Suara Tani Malaysia, Mohd. Shazwan Suban berkata, berikutan kelewatan atau kekurangan benih menyebabkan pesawah terpaksa membeli dengan harga sekitar RM35 sehingga RM45 bagi 20 kilogram benih di sesetengah kedai menjual input pertanian itu.
Katanya, sedangkan harga sepatutnya termasuk di pintu kilang adalah sekitar RM32, namun, pesawah terpaksa mengeluarkan lebih perbelanjaan bagi mendapatkan benih itu.
“Mahu tidak mahu, pesawah terpaksa membelinya meskipun harga mahal. Kebanyakan benih di kedai-kedai sudah habis menyebabkan kedai yang masih ada stok benih itu menjual dengan harga mahal.
“Ramai pesawah merungut mengenai masalah harga benih padi yang mahal ini ekoran kesukaran mendapatkan benih ini. Apabila bekalan benih sukar diperoleh, secara tidak langsung menyebabkan harga naik.
“Tanaman padi adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan dan apabila masalah kelewatan atau ketiadaan benih ini berlaku menyebabkan proses tersebut terganggu sekali gus boleh memberi kesan kepada hasil nanti,” katanya.
Sementara itu, Mohd. Shazwan mencadangkan agar diwujudkan bahagian khusus di setiap negeri yang berfungsi menyediakan benih padi untuk disalurkan terus kepada para pesawah.
“Wujudkan satu bahagian atau jabatan khusus bagi menyediakan sendiri benih padi. Bahagian penyediaan benih padi itu akan terus salurkan kepada pesawah di negeri masing-masing. Saya jangka masalah kelewatan benih padi ini mungkin dapat diatasi dengan langkah seperti ini.
“Kalau tidak, masalah sama akan terus berulang iaitu setiap kali musim baharu tanaman padi, benih lambat, mahal, tidak berkualiti sering kali dibangkitkan yang sekali gus menyusahkan para petani.
“Ataupun, tanggungjawab membekalkan benih padi dengan harga yang ditetapkan bagi setiap 20 kilogram itu hanya diberikan kepada Jabatan Pertanian menguruskannya,” katanya.
Seorang pesawah, Fauzi Mustapa,39, berkata, meskipun pelbagai usaha dilakukan bagi menyelesaikan isu kelewatan benih namun masalah sama tetap berulang setiap tahun. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/harga-benih-padi-cecah-sehingga-rm45.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Benih Padi Didakwa Lepasi Harga Siling

Benih Padi Didakwa Lepasi Harga Siling

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 229 hits
Benih padi didakwa lepasi harga siling BAGAN SERAI Pesawah pesawah di daerah Kerian di sini terbeban berikutan kenaikan harga benih padi yang dikhuatiri menjejaskan jadual penanaman padi musim baharu tidak lama lagi Bercakap kepada Utusan M...
Lebih 50 000 Pesawah Kecewa Bekalan Benih Padi Lewat

Lebih 50 000 Pesawah Kecewa Bekalan Benih Padi Lewat

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 308 hits
Oleh ZAID MOHD NOOR SEBAHAGIAN daripada pesawah yang menyertai himpunan pesawah bagi mendesak benih padi dibekalkan segera di Kampung Tempayan pecah Jerlum Kedah hari ini FOTO ZAID MOHD NOORJERLUN Lebih 50 000 pesawah yang mengusahakan tana...
Kronologi Siakap Langkawi Cecah Harga Rm1196 80 Seekor Tular

Kronologi Siakap Langkawi Cecah Harga Rm1196 80 Seekor Tular

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 554 hits
SEEKOR SIAKAP LANGKAWI BERHARGA RM 1196 80 Setelah 24 tahun tidak menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi akhirnya saya tiba juga pada Selasa 2 November 2021 Saya dan keluarga serta beberapa orang lagi sahabat yang juga bersama sama keluarga mas...
Gagal Lagi Benih Padi Pun Tak Reti Nak Bagi Yang Berkualiti Pooooodaaaaahhhhh

Gagal Lagi Benih Padi Pun Tak Reti Nak Bagi Yang Berkualiti Pooooodaaaaahhhhh

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 161 hits
Pemuda AMANAH Kedah desak Pengerusi MADA selesaikan isu harga kualiti benih padiOleh MOHD ALI HASHIM October 22 2021Pemuda AMANAH Negeri Kedah mendesak supaya Pengerusi MADA Ahmad Tarmizi Sulaiman segera mengambil tindakan agar pesawah tida...
Gbpchf Menghadapi Tekanan Kenaikan Harga Berpotensi Untuk Kenaikan Yang Lebih Tinggi

Gbpchf Menghadapi Tekanan Kenaikan Harga Berpotensi Untuk Kenaikan Yang Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 232 hits
Harga berada di atas sokongan pertama di 1 27205 sejajar dengan 38 2 anjakan Fibonacci dan 23 6 lanjutan Fibonacci Ia berpotensi menaik dari sokongan pertama pada 1 2705 sejajar dengan 38 2 anjakan Fibonacci dan 23 6 Fibonacci pertama pada ...
Lampu Led Jerman Harga Mampu Milik

Lampu Led Jerman Harga Mampu Milik

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 309 hits
Haaa siapa yang berminat nak beli tu boleh tekan link bawah ni https bit ly m3 auto2u narva promo Jangan lupa masa check out nanti masukkan kod promosi MEKANIKA25 mekanikamalaysia narvaled ledjermanterbaik Auto2uMY Auto2uExclusiveS
Penembusan Kenaikkan Harga Bagi Pasangan Mata Wang Audusd Berpotensi Untuk Kenaikan Selanjutnya

Penembusan Kenaikkan Harga Bagi Pasangan Mata Wang Audusd Berpotensi Untuk Kenaikan Selanjutnya

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 243 hits
Harga telah menunjukkan penembusan kenaikan dari rintangan garis arah aliran menurun harian dan juga berada di atas EMA Kami dapat melihat kenaikan yang lebih tinggi dari sokongan pertama pada tahap 0 73722 sejajar dengan Anjakan Semula Fib...
Harga Google Pixel 6 Dan 6 Pro Google Tensor Dengan Tri Kamera 50mp

Harga Google Pixel 6 Dan 6 Pro Google Tensor Dengan Tri Kamera 50mp

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 356 hits
Akhirnya secara rasmi Google Pixel 6 telah dilancarkan pagi tadi oleh Google Ia merupakan peranti baru premium yang ditunggu tunggu oleh pengguna phone Google Pixel Memandangkan zaza juga adalah pengguna Google Pixel 3XL dan Google Pixel 4X...
Naik Harga Getah Sekerap Elak Pekebun Kecil Beralih Tanaman Mahdzir

Naik Harga Getah Sekerap Elak Pekebun Kecil Beralih Tanaman Mahdzir

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 271 hits
Oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid selepas melawat Kilang Getah SMR Lembaga Industri Getah Sabah di Tamparuli hari ini CADANGAN untuk meningkatkan harga lantai getah sekerap daripada RM2 50 sekilogram kepada RM3 50 sekilogram akan mengelakkan p...
Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai

Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aeon Mall Active Beat 3 0 Peluang Jumpa Lagenda Manchester United Edwin Van Der Sar

Lembaran Kerja Huruf Vokal Nama Huruf Bunyi Huruf Program Intervensi Literasi Tahun Satu

Tahun Terakhir Anakku Sebagai Atlet Olahraga Skkbsr Port Dickson

Resepi Ayam Masak Black Pepper

Tian Chua Tolak Jemputan Hadir Demo Turun Anwar

Small Parties Risk Being Tied To Pn In Opposition Front