Harga Basikal Lagi Mahal Daripada Kereta


MINGGU lepas, saya sempat ke Bukit Fraser selepas hampir dua dekad tidak ke sana. Banyak perubahan yang berlaku. Kali pertama ke Bukit Fraser pada tahun 1992 ketika itu saya bersekolah di SMK Kuala Kubu Bharu. Sejak itu, banyak kali juga terfikir untuk menjengah bukit yang menempatkan pekan kecil ala England itu tetapi hasrat tidak pernah menjadi kenyataan akibat kesibukan kerja.
Itu pun sebab rakan sekampung, Ismail Mat Zin mengajak. Mahu layan ‘korner’, katanya. Bukit Fraser terletak di Pahang di atas Banjaran Titiwangsa. Bukit Fraser mendapat nama daripada seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser.
Dalam perjalanan, saya sempat berhenti di jambatan Sungai Peretak sambil mengimbas kenangan silam. Teringat saya dengan sebaris lirik lagu Joget Kenangan Manis nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, ‘Kalau pergi Kuala Kubu, Tulis Nama Atas Batu’.
Mungkin hanya tinggal kenangan saja dan kenangan itu saya abadikan sebagai nama ruangan ini. Kini tiada lagi keindahan batu-batu besar yang mengalir air dari Sungai Peretak kerana tenggelam bersama Empangan Peretak termasuk nama kekasih yang pernah ditulis di atas batu itu sebagai bukti cinta.
Dahulu sebelum sampai ke puncak, kita perlu berhenti dahulu di sebuah kawasan yang diberi nama Gap. Untuk naik dan turun, kena tunggu di The Gap dahulu kerana jalannya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam.
Sekarang tidak perlu tunggu lagi. Tiada lagi jadual untuk naik dan turun seperti dahulu kerana jalan sudah berasingan.
Tidak banyak perubahan di Bukit Fraser, masih macam dulu juga. Semakin ramai orang. Tarikan utama tentulah jam besar yang menjadi mercu tanda bukit peranginan itu.
Aktiviti Apa yang menarik, Bukit Fraser turut menjadi tumpuan peminat sukan berbasikal terutama pada hujung minggu. Ada yang menggunakan road bike (RB), mountain bike (MTB), basikal lipat (folding bike) dan sebagainya.
Kini, aktiviti berbasikal semakin menambat hati dan perhatian rakyat Malaysia. Aktiviti berbasikal diadakan pada setiap hujung minggu menggunakan laluan mencabar seperti bukit, hutan dan tar. Malah ramai selebriti dalam negara juga sering meluangkan masa dengan berbasikal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Zizan Razak, Alif Satar dan ramai lagi.
Begitu juga ahli politik dan menteri yang berbasikal sebagai medium untuk bertemu dan bergaul dengan rakyat. Saya sempat berbual dengan seorang penunggang basikal yang sanggup berkayuh dari Rawang hingga ke Bentong sebelum naik ke Bukit Fraser dan patah balik ke Rawang. Dia berkayuh bersama enam orang sahabatnya menggunakan RB dengan sebuah 4WD sebagai pengiring.
Basikal yang digunakannya juga bukan calang-calang, mencecah harga ribuan ringgit. “Minat main basikal memang sudah lama, tapi dulu tak ada duit. Tapi sekarang nak beli basikal boleh buat loan,” katanya.
Terkedu saya mendengar. Harga sebuah basikal mengalahkan harga kereta. Dulu masa legenda basikal trek negara, Rosman Alwi guna basikal RM30,000 kita rasa dah cukup mahal. Sekarang, orang biasa guna basikal lebih mahal daripada itu.
Tapi ada juga cerita yang kurang enak tentang aktiviti berbasikal di Bukit Fraser ini. Ada seorang peniaga mengadu, ramai yang mengabaikan aspek keselamatan terutama ketika menuruni bukit sehingga menimbulkan kesulitan kepada pengguna jalan raya yang lain.
“Diorang ini (penunggang basikal) suka duduk ramai-ramai tanpa penjarakkan sosial, tak ikut SOP. Bila ditegur, kami pula yang kena marah. Lagi satu duduk lama-lama tapi order minuman saja. Orang lain nak masuk kedai pun tak ada meja,” katanya.
Rungutan peniaga itu ada kebenarannya. Sememangnya tidak dinafikan bahawa aktiviti sebegini mempunyai banyak risiko. Untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini, kita haruslah menitikberatkan aspek keselamatan.
Kalau nak berehat melepaskan penat pun, jangan lama-lama. Fikirkan pengunjung lain yang hendak menjamu selera ya. SH
Azmi Tarmizi
The post Harga basikal lagi mahal daripada kereta appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/17/harga-basikal-lagi-mahal-daripada-kereta-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kereta Elektrik Porsche Taycan Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Rm725 000

Kereta Elektrik Porsche Taycan Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Rm725 000

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 255 hits
Mulai digelar pencabar Tesla sejak mula dibangunkan Porsche Taycan pada hari ini mencipta sejarah apabila berjaya dilancarkan rasmi buat pasaran Malaysia Sebanyak tiga varian ditawarkan buat sports sedan empat pintu ini terdiri daripada Tay...
Ketahui Bahaya Tidur Dalam Kereta Dan Bagaimana Gas Karbon Monoksida Boleh Membunuh

Ketahui Bahaya Tidur Dalam Kereta Dan Bagaimana Gas Karbon Monoksida Boleh Membunuh

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 591 hits
Bila perjalanan jauh mesti ada diantara kita yang akan berhenti di mana mana hentian rehat untuk lelapkan mata buat seketika kerana mata terasa letih Bukan apa hanya untuk rehatkan diri sementara akan meneruskan pemanduan Tetapi tahukah and...
Tak Main Lah Naik Basikal Budak Darjah Tiga Pandu Kereta Dicari Polis

Tak Main Lah Naik Basikal Budak Darjah Tiga Pandu Kereta Dicari Polis

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 780 hits
Satu video tular di media sosial sejak pagi tadi yang memaparkan seorang kanak kanak lelaki berusia sembilan tahun memandu sebuah kereta Proton Saga Berikutan itu polis sedang mengesan budak tersebut selain termasuk ibu bapanya untuk siasat...
Allahuakbar Mujur Suami Sempat Tekan Brek Keluarga Ini Nyaris Dirempuh Kereta Belakang Gara Gara Geng Basikal

Allahuakbar Mujur Suami Sempat Tekan Brek Keluarga Ini Nyaris Dirempuh Kereta Belakang Gara Gara Geng Basikal

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 288 hits
Ditegur tak mahu dengar Umpama masuk telinga kiri keluar telinga kanan Ada baiknya tiada telinga terus Saban hari netizen meluahkan rasa kesal terhadap golongan berbasikal di lebuhraya atau jalan jalan utama kerana tindakan mereka itu banya...
Lesen Memandu Pakej Harga Kereta Motor 2020

Lesen Memandu Pakej Harga Kereta Motor 2020

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 1964 hits
Senarai Harga Lesen Memandu 2020 Harga lesen Kereta dan Harga lesen Motor Yang Terkini jabatan pengangkutan jalan jpj memiliki lesen samada motor motosikal atau kereta sendiri kerajaan hari ini melakukan pelbagai cara insentif untuk meringa...
Majoriti Rakyat Setuju Harga Mahal Menggalakkan Rokok Seludup

Majoriti Rakyat Setuju Harga Mahal Menggalakkan Rokok Seludup

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 418 hits
Tidak dinafikan semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia yang memilih rokok seludup berbanding rokok tempatan Namun kecenderungan ini dek kerana harganya yang murah berbanding rokok biasa sebenarnya bukan sahaja membahayakan malah merugik...
6 Fakta Mengapa Tidur Dalam Kereta Adalah Sangat Bahaya

6 Fakta Mengapa Tidur Dalam Kereta Adalah Sangat Bahaya

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 1038 hits
Photo by from 1 Sekiranya terdapat masalah pada ciri mekanikal kereta kemungkinan berlaku kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan ketika anda sedang tidur akan meningkatkan risiko mati lemas 2 Ini kerana pengumpulan karbon monoksida...
Bahaya Tidur Dalam Kereta Dengan Enjin Terbuka

Bahaya Tidur Dalam Kereta Dengan Enjin Terbuka

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 770 hits
Siapa sangka mulanya hanya ingin berehat di stesen minyak berakhir dengan kematian Keracunan karbon monoksida menyebabkan 3 sekawan meninggal dalam kereta dan seorang lagi masih di rawat di ICU Tidur dalam kereta boleh mati Bagi yang tak ta...
Jom Semak Baki Pinjaman Kereta Atau Rumah Ambank

Jom Semak Baki Pinjaman Kereta Atau Rumah Ambank

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 856 hits
Jom Semak Baki Pinjaman Kereta atau Rumah Ambank Ramai dikalangan kita amsih tidak tahu yang pihak Ambank telah menyediakan mekanisme yang terbaik untuk anda menyemak baki pinjaman kereta atau rumah dengan ambank secara online sahaja Pihak ...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers

Ramkarpal Wants Preacher S Offensive Post Against Hindus Removed

Explainer What Is Opr And How Bank Negara S Decision Affects You

Nikmati Sajian Eratkan Jalinan At Hilton Garden Inn Puchong Ramadan Buffet 2025

Agih Zakat Rm33 Juta Tenaga Nasional Berhad Komited Sokong Pembangunan Negara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gambar Konsert Sudirman Jalan Chow Kit Tahun 1986

Saifuddin Belum Buat Keputusan Tanding Pemilihan Pkr

Health Ministry S 5 Year Plan To Prevent Teens From Smoking

Daganghalal Strengthens Its Global Halal Trade Foothold At Gulfood 2025

The Wisdom Of Ramadan

Buy Diamond Pendants In Malaysia Discover Elegance At Diamond Talk