Harga Barang Naik Mencanak Rakyat Nak Makan Apa


Tiada siapa yang menafikan secara keseluruhan bekalan barangan keperluan di dalam negara mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.
Meskipun dalam cuaca yang tidak menentu di beberapa negeri, bekalan makanan mentah tidak ada yang kurang.
Walaupun bawang besar dikatakan mengalami gangguan bekalan akibat bekalan terhad dari India, itu pun bukan masalah.
Rata-rata kedai masih menjual bawang dari China, Belanda dan Dubai.
Bagaimanapun, dilema pengguna hari ini – terutama golongan B40 dan M40 pertengahan adalah harga barang-barang keperluan harian yang mencanak sejak beberapa bulan ini.
Semuanya naik – itulah kesimpulan yang boleh dibuat hasil tinjauan MalaysiaGazette di beberapa kedai runcit, pasar, pasar raya dan pasar raya besar.
Bukan sahaja ikan ‘mewah’, tetapi ikan yang sering dibeli oleh pengguna biasa seperti ikan kembung, cencaru, selar, ikan sardin dan ikan pun berbelas-belas ringgit sekilo.
Ini tidak termasuk harga ikan ‘mewah’ seperti ikan merah, jenahak, kurau, kerapu atau udang, sotong dan ketam yang sekadar mampu dilihat sahaja.
Sayur-sayuran tertentu juga bukan murah. Daun bawang pun seikat pun dijual RM4.
Cili merah pun sudah mencecah RM24 sekilogram, cili padi RM23 sekilogram.
Setakat beberapa bulan ini hanya harga ayam yang agak stabil kerana ada pasar raya yang menjual dalam RM6.10 hingga RM6.50 sekilogram.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), baru-baru ini mengesahkan menerima 70,689 aduan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, dengan 5,142 daripadanya adalah berkaitan kenaikan harga barang.
Susulan aduan kenaikan harga barang, kementeriannya telah memeriksa 214,760 premis perniagaan di peringkat peruncit, pemborong dan pengilang.
Apabila kerajaan melonggarkan sekatan pergerakan, suasana di pasar, pasar raya atau pasar raya besar cukup meriah, lantaran itu tiada lagi alasan harga barang dinaikkan disebabkan pengurangan permintaan.
Tidak logik juga alasan peniaga naikkan harga untuk menanggung kerugian disebabkan pembeli merosot.
Oleh itu, mengapa harga barang keperluan harian penggunaan melonjak dengan ketara?
Kenaikan harga barang ini jika tidak dipantau dengan teliti oleh KPDNHEP dikhuatiri akan menjejaskan kehidupan isi rumah yang berpendapatan kecil dan keluarga yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Jika dahulu, kalau ‘duit cukup-cukup sahaja’ bolehlah cari ikan sardin tin, atau ikan bilis.
Tapi sekarang, harga setin sardin pun lebih RM7 setin, ikan bilis paling murah pun RM24 sekilo.
Senang cerita, RM100 yang dibawa suri rumah ke pasar, tidak lagi mampu memenuhi bakul, apatah lagi troli.
Jika semasa awal pandemik, Perdana Menteri berkata, bantuan-bantuan yang diberikan kepada golongan terjejas bagi memastikan ada makanan terhidang di atas meja setiap keluarga.
Tetapi, untuk masa sekarang, kerajaan diminta memastikan walaupun bantuan dihulurkan, rakyat masih mampu berbelanja, sekurang-kurangnya sekadar mengisi perut sahaja.
Oleh itu, KPDNHEP kini bukan sahaja perlu memantau bekalan barangan pengguna mencukupi atau sebaliknya, pastikan peniaga tidak menaikkan harga barangan ketika poket rakyat di negara ini masih lagi terkesan dengan pandemik koronavirus.
Sebagai salah satu kementerian di bawah kerajaan, KPDNHEP mesti meletakkan kepentingan pengguna mengatasi keuntungan peniaga yang mengambil kesempatan di sebalik kesukaran rakyat. MG
GST 0%, Harga Barang Mahal Juga

The post Harga barang naik mencanak, rakyat nak makan apa? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/20/harga-barang-naik-mencanak-rakyat-nak-makan-apa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Naik Angin Tengok Harga Barang

Ramai Naik Angin Tengok Harga Barang

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 254 hits
Oleh Teon Eg Bawang melambung mana Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penguna Adakah kerajaan perlu lantik Menteri Bawang baru masalah ini boleh diselesaikan Itu antara gelagat seorang wanita dipercayai suri rumah yang naik angi...
Hiburan Muat Naik Status Mual Dan Nak Muntah Elfira Loy Nafi Hamil Anak Kedua

Hiburan Muat Naik Status Mual Dan Nak Muntah Elfira Loy Nafi Hamil Anak Kedua

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 415 hits
Gara gara memuat naik status berasa mual dan hendak muntah ramai peminat tampil membuat spekulasi bahawa pelakon itu kini sedang hamil anak kedua Meskipun begitu Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Binti Ahmad Sabri 26 telah menafi...
Chalet Unik Naik Sampan Nak Masuk Bilik

Chalet Unik Naik Sampan Nak Masuk Bilik

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 342 hits
Memang best experience kami kali ini Ke Endau Johor kita Kali ini kami menginap di Chalet unik iaitu di Penyabong Warisan Resort Kalau nak tau chalet ni sesuai ke tak untuk family trip anda semua kena layan vlog ni sampai habis okay Bagi ya...
Resipi Roti Kukus Mudah Paling Senang Nak Buat Sedapnya Makan Dengan Seri Kaya

Resipi Roti Kukus Mudah Paling Senang Nak Buat Sedapnya Makan Dengan Seri Kaya

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 486 hits
Resipi roti kukus tidak pernah menghampakan kita setiap kali memesannya di restoran Lembut gebu dan cukup enak kala digabungkan bersama sekaya Terasa nikmat kala disuap ke mulut Tidak perlu ke restoran untuk menikmati roti kukus panas bersa...
Resipi Buat Kek Paddle Pop Viral Warni Warni Buat Teruja Nak Makan

Resipi Buat Kek Paddle Pop Viral Warni Warni Buat Teruja Nak Makan

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 365 hits
Tengok warnanya yang pelbagai buat teruja nak makan Inilah kek Paddle pop viral Kalau ada yang nak buat sambutan hari jadi untuk anak kek inilah patut jadi pilihan Pasti jadi rebutan nanti khasnya anak anak Kek Paddle Pop ViralKek Vanila un...
Nak Makan Pizza Sekarang Dah Ada Penghantaran Sampai Depan Pintu Rumah

Nak Makan Pizza Sekarang Dah Ada Penghantaran Sampai Depan Pintu Rumah

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 364 hits
Nak Makan Pizza Sekarang Dah Ada Penghantaran Sampai Depan Pintu Rumah Assalamualaikum wbt happy saturday Hari sabtu adalah hari malas CH memasak sebab CH akan tumpukan mengemas dan membersihkan rumah Seminggu sekali saja sebab hari hari ya...
Ye Ye Barang Naik Padan Muka Hangpa

Ye Ye Barang Naik Padan Muka Hangpa

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 260 hits
TARMIZI MOHD JAM Naik 10 kali ganda harga bawang dan cili tak jadi hal tak apa apa asalkan Kjaan Melayu Isley yang memerintah dan kuasai Putrajaya Bertuahlah Kjaan Yiddin jadi kjaan semasa budak budak PasUmno mopti utara NGO NGO udah pencen...
Jelang Natal Dan Tahun Baru 2021 Harga Sembako Di Sumsel Naik

Jelang Natal Dan Tahun Baru 2021 Harga Sembako Di Sumsel Naik

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 343 hits
Harga daging sapi segar semula Rp120 ribu per kilogram naik menjadi Rp130 ribu per kg telur dari Rp20 ribu menjadi Rp26 ribu per kg Begitu juga dengan daging ayam potong yang pada pekan lalu di harga Rp28 ribu menjadi Rp34 ribu per kg
Harga Petrol Ron95 Ron97 Naik 3 Sen

Harga Petrol Ron95 Ron97 Naik 3 Sen

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 181 hits
PUTRAJAYA Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik tiga sen kepada harga RM1 73 seliter dan RM2 03 seliter bagi tempoh esok sehingga 18 Disember Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan harga bagi kedua dua bahan bakar itu sebelum i...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya