Harga Ayam Kerajaan Perlu Sedia Rm5 Bilion Modenkan Industri Makanan



Krisis kenaikan harga ayam yang berpanjangan tanpa berupaya diturunkan ke paras ‘mampu beli’ oleh rakyat biasa menunjukkan kelemahan ketara Menteri-menteri kerajaan Perikatan Nasional 2.0.
Jawatankuasa Pertanian dan Sekuriti Makanan Pakatan Harapan (PH) sebaliknya berpendapat kenaikan harga ayam sehingga RM10 sekilogram tidak boleh diselesaikan secara jangka pendek, tetapi memerlukan pelaburan yang besar dan bersifat jangka panjang dari pihak kerajaan.
“Kita lihat pelbagai idea dilontarkan oleh Menteri-menteri PN, tetapi semuanya sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’. Rakyat tidak nampak kesungguhan dan komitmen kerajaan menyelesaikan masalah yang menghimpit ini.
“Rakyat masih ingat sepanjang pentadbiran di bawah PH, harga barang keperluan harian termasuk ayam berjaya dikawal walaupun ketika musim perayaan. Kejayaan itu berkat usaha semua Menteri PH yang bekerja sebagai satu pasukan untuk menyelesaikan masalah kenaikan kos sara hidup
“Difahamkan ketika ini Menteri Kewangan sedang mengkaji cadangan memberikan subsidi kepada para penternak untuk menurunkan harga barang makanan. Namun demikian, usaha Menteri itu merupakan penyelesaian jangka pendek. Itupun kerajaan PN 2.0 ternyata gagal melaksanakan cadangan dengan cepat,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.
Menurut Jawatankuasa Pertanian dan Sekuriti Makanan itu lagi, mereka mempunyai pengalaman dan pemahaman yang luas dalam sektor dan rantaian penternakan ayam.
Kata mereka, penyelesaian tidak boleh dilakukan secara ad hoc, sebaliknya perlu dirancang secara berjangka panjang demi kebaikan semua pihak melalui usaha pemodenan industri penternakan terbabit.
“Kenaikan harga ayam pada amnya disebabkan ketidakseimbangan antara pengeluaran dengan permintaan. Apabila permintaan pasaran meningkat dan pengeluarannya kurang, maka harga akan melonjak naik
“Industri penternakan ayam di Malaysia pula menghadapi kapasiti pengeluaran terhad. Kebanyakan penternak ayam mengamalkan cara tradisional atau open house. Kaedah yang sudah ketinggalan zaman ini menjejaskan produktiviti dan menyaksikan hasil pengeluaran rendah. Tambahan pula, kos pengeluaran tidak kompetitif.
“Apabila penternak menghadapi masalah kenaikan mendadak harga makanan ayam, perubahan cuaca, atau serangan penyakit misalnya, mereka pasti akan menghadapi masalah pengeluaran. Akibatnya, ayam dijual dengan harga tinggi.
“Dijangka 70% penternak ayam di Malaysia masih mengguna pakai cara yang lama. Kebanyakan mereka juga terpaksa menggulung tikar dan menghentikan operasi akibat kegagalan menanggung kos pengeluaran yang semakin meningkat. Hal ini memburukkan masalah kenaikan harga ayam di pasaran, umpama api yang marak disimbah minyak tanah,” ujar mereka.
Justeru, jawatankuasa itu mencadangkan kerajaan membantu para penternak untuk memodenkan industri penternakan kepada sistem close house dan menggunakan teknologi yang lebih moden dan canggih.
Kata mereka, melalui sistem close house dan sistem IoT akan menyaksikan peningkatan produktiviti penternakan di samping dapat menguranglan kos pengeluargan supaya harga ayam di pasaran dalam lingkungan yang tidak membebankan.
“Dalam Bajet 2022 ini, Jawatankuasa Pertanian PH ingin memberikan cadangan kepada Menteri Kewangan dengan menyediakan Tabung Pinjaman Agrofood (soft loan) sebanyak RM5 bilion kepada para petani, penternak dan nelayan.
“Tabung Pinjaman Agrofood bukanlah perkara baharu. Semasa pentadbiran PH, kami telah menyediakan Tabung Pinjaman Agrofood dalam Belanjawan 2020. Kerajaan Perikatan Nasional 1.0 juga meneruskan tabung tersebut dengan memperuntukkan RM1 bilion pinjaman.
“Walau bagaimanapun, saiz tabung ini terlalu kecil dengan pelbagai sekatan syarat termasuk RM5 juta pinjaman maksimum. Masalah kerenah birokrasi juga menjadi batu penghalang. Sekatan-sekatan ini dikatakan tidak membantu para pengusaha yang mahu meningkatkan produktiviti secara besar-besaran.
“Maka, Jawantankuasa Pertanian PH ingin menyeru kerajaan memberikan fokus semula kepada sektor pertanian dengan menyediakan Tabung Pinjaman Agrofood bernilai RM5 bilion dan melonggarkan syarat dan terma serta karenah birokrasi untuk membantu para petani memodenkan teknologi pertanian mereka,” kata kenyataan itu lagi.
Tambah jawatankusa itu, dengan menggunakan teknologi tinggi dan canggih, kapasiti yang lebih besar, kos pengeluaran makanan termasuk daging ayam akan menurun. Perkembangan ini, kata mereka, akan menyelesaikan masalah kenaikan harga ayam secara tuntas dan berkesan.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub (Pulai), Sim TzeTzin (Bayan Baru), S Kesavan (Sungai Siput) dan V Sivakumar (Batu Gajah).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33110

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5932 Ppim Syaki Ada Kartel Manipulasi Harga Pasaran Ayam Harian Metro 14 09 2021

5932 Ppim Syaki Ada Kartel Manipulasi Harga Pasaran Ayam Harian Metro 14 09 2021

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 329 hits
Kuala Lumpur Saya mengesyaki ada kartel yang menjadi dalang dan persoalannya sampai bila kita mahu membiarkan mereka terus mengaut untung kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan Nadzim memberi reaksi itu berh...
Mic Sedia Teruskan Pemilihan Parti Tunggu Kebenaran Kerajaan

Mic Sedia Teruskan Pemilihan Parti Tunggu Kebenaran Kerajaan

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 206 hits
MIC bersedia untuk mengadakan pemilihan parti bagi tempoh 2021 2024 pada tahun ini setelah kerajaan membenarkannya ketika negara berada dalam Pelan Pemulihan Negara Setiausaha Agung MIC Datuk M Asojan berkata malah parti kaum India itu tela...
Harga Ayam Mula Tunjuk Trend Penurunan Kpdhep

Harga Ayam Mula Tunjuk Trend Penurunan Kpdhep

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 229 hits
BH ONLINEPengarah Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Azman Adam memeriksa aplikasi MySejahtera pengunjung yang sudah lengkap divaksin ketika menyertai Operasi Samar A342 di premis makanan sekitar Ayer ...
Majlis Pemulihan Negara Gagal Kawal Harga Ayam

Majlis Pemulihan Negara Gagal Kawal Harga Ayam

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 209 hits
Oleh Nurul Aisyah SEMUA rakyat ragu ragu apabila Muhyiddin Yassin menerajui Majlis Pemulihan Negara sekali lagi memandangkan beliau adalah individu yang bertanggungjawab menyebabkan kekalahan kita dalam perang melawan wabak Covid 19 Kini ra...
Kos Tunai Haji Dijangka Melambung Tinggi Bukan Harga Ayam Sahaja

Kos Tunai Haji Dijangka Melambung Tinggi Bukan Harga Ayam Sahaja

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 205 hits
MALAYSIA DATELINESelepas kenaikan harga ayam akibat kos bahan makanannya meningkat kos menunaikan ibadat haji juga dijangka akan melonjak naik sehingga RM40 000 bagi setiap jamaah haji Menurut Berita Harian kos haji dijangka naik akibat dar...
Kerajaan Kaji Turunkan Harga Kit Ujian Kendiri Covid 19 Akhir Tahun Ini Tengku Zafrul

Kerajaan Kaji Turunkan Harga Kit Ujian Kendiri Covid 19 Akhir Tahun Ini Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 242 hits
Kerajaan sedang mengkaji untuk menurunkan lagi harga Kit Ujian Kendiri COVID 19 menjelang akhir tahun ini bagi membolehkan ia mudah diakses oleh semua orang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Kementerian Per...
Harga Ayam Naik Ppim Syak Ada Kartel Jadi Dalang

Harga Ayam Naik Ppim Syak Ada Kartel Jadi Dalang

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 213 hits
Syor pihak berkuasa wujudkan polisi jangka panjang jaga kestabilan semua pihak BANGI Persatuan Pengguna Islam Malaysia tidak menolak kemungkinan terdapat kartel yang memanipulasi harga ayam di pasaran akhir akhir ini Enggan mengulas lanjut ...
Ph Gesa Harga Siling Kit Ujian Kendiri Rm5 Penghujung Nov

Ph Gesa Harga Siling Kit Ujian Kendiri Rm5 Penghujung Nov

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 162 hits
MALAYSIAKINIJawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan menggesa kerajaan menurunkan lagi harga siling kit ujian kendiri Covid 19 kepada RM5 pada penghujung November depan Dalam satu kenyataan jawatankuasa itu berkata harga siling semasa RM...
Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga

Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Buat Sampai Fajar Konsep Menarik Yang Tak Terduga

Ground Zero Thriller Penuh Aksi Tanpa Selindung

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Tapak Pelancaran Roket Antarabangsa Di Pahang Dijangka Siap Seawal 3 Hingga 5 Tahun