Harapkan Dekorasi Rumah Je Yang Cantik
Dalam entry sebelum ni, k.fiezz ada share adik sepupu kahwin. Seminggu selepas kenduri sebelah pengantin perempuan, turn kenduri belah lelaki pula. Untuk kenduri belah lelaki ni, makcik k.fiezz buat waktu malam. Aisehhh, k.fiezz & mr hubby ni kalau nak keluar waktu malam bercinta sangat sebab bila balik rumah, parking dah penuh. Jenuh lah pusing, memang nan ado parking yang kosong. Nak tak nak untuk pergi kenduri belah lelaki ni, kitaorang kena cari homestay di Rawang untuk bermalam lepas habis kenduri..
HOMESTAY DI RAWANGAlamat penuh homestay di Rawang yang kitaorang booked ni, k.fiezz tak kongsi yea sebab agak tak puas hati dengan rumah dia masa kitaorang menginap kat sini. Sebelum booked, ada tengok video kat Tik Tok, homestay ni. Memang jatuh cinta sebab tengok deko dia cantik...
Tapi dah sampai sini...errr...Cantik memang cantik tapi kan...aihhh...
Tak puas hati bila tengok depan rumah ada 2 biji motor ber parking. Ater, acane nak parking kereta kalau dah tuan rumah letak motor-motor dia pula. Mr hubby agak bengang sebab kereta kena parking kat luar pagar. Ingatkan duk homestay landed, boleh parking kereta dalam kawasan rumah bukan luar. Sekali tuan rumah pi letak motor dia pula. Tahu lah itu rumah dia tapi bila dah buat homestay patutnya kena kosong luar & dalam rumah kecuali perabot dan kelengkapan rumah. Biasa homestay macam tu kan..Sesekali je tuan rumah datang untuk bersihkan rumah. Yang ni rasanya macam ada penjaga sebab tuan rumah stroke...Tapi kalau iya pun, jangan lah letak haiwan peliharaan pula..Sian kucing-kucing tu terkurung..Penjaga tu entah berapa kali je datang agaknya tengok keadaan kucing yang kurus & ada yang cedera...
Macam tak berbaloi sewa RM350/1 malam tapi dapat fasiliti rumah tak berapa cun...
K.fiezz bawa korang tour sikit kat rumah yang harapkan cantik je ni...
Dari hadapan rumah.
Tempat santai..Cantik deko dia..
Sama juga tempat santai-santai..
Dalam rumah..Cantikkan
Ruang tengok tv. Cantik juga perabot & hiasan dia tapi tv tak berfungsi..haha..Memang jadi hiasan je tv tu..
Kat ruangan dapur...Dalam peti ais ada makanan dan stok makanan. Kitaorang rasa tuan rumah atau ahli keluarga dia ada datang sesekali ke sini.
Bilik pertama tingkat bawah.
Tandas di tingkat bawah
Sebelah tandas ni ada satu ruangan terbuka (kecil je), ada 3 ekor kucing. Gambar tak ambil tapi dalam video k.fiezz ada rekod.
Tangga naik ke tingkat atas
Ruangan solat/belajar kat tingkat 2..
Bilik utama..
Bilik air dalam bilik utama di tingkat 2..
Bila k.fiezz basuh muka & berkumur kat sinki, rasa nak muntahhh..Mungkin sebab bilik air ni walapun kat tingkat 2 tapi sebelah dengan tempat kucing-kucing tu diletakkan & ada tingkap jadi bau kucing tu naik..
Bilik ke-dua..
Bilik ke-tiga..
Tandas kat tingkat dua
TAK PUAS HATI DUK HOMESTAY YANG NI
Kitaorang ni selalu juga bercuti & menginap di homestay/hotel tapi ni kali pertama dapat homestay yang harapkan dekorasi saja cantik. Hat lain failed. Mula-mula tv tak boleh nak buka apa-apa chanel pun. On boleh tapi tak berfungsi. Bila complaint dengan tuan rumah, macam dia sedia maklum yang tv kat rumah ni bermasalah tapi tak repair. Lagi pula katanya dia stroke so ada orang lain yang jaga rumah ni. Penjaga ni tak dan nak hantar tv repair. Aihhh..Nak cakap banyak pun tuan rumahnya stroke so malas nak complaint lebih-lebih. Penyelesaiannya dia suruh kitaorang guna handphone masing-masing je nak tengok cerita ke apa. Wifi ada..Memang lah ada wifi tapi pening duk ngadap handphone je..Itu lah gunanya ada tv bukan jadi hiasan je..pffttt..
Kedua - Ada kucing. 3 ekor pula tu. K.fiezz bukan lah alergik ke apa dengan kucing tapi rumah tu jadi berbau walaupun kucing-kucing ni tuan rumah letak kat satu ruangan yang terbuka secara berasingan (ada sliding door pisahkan antara tempat kucing ni & dalam rumah). Masa menginap kat rumah ni, sis rasa mulut sis berbulu je & rasa nak muntah..Dia macam ada bau kepam campur bau kucing..Abah k.fiezz cakap tandas tingkat bawah lagi lah kuat bau kucing sebab sebelah je dengan tempat kucing ni diletakkan. Adik k.fiezz ada lah cuba nak bagi kucing-kucing tu bebas keluar dalam rumah tapi nampak ada kucing ni yang cedera & kurus. Tak jadi adik k.fiezz nak bagi masuk dalam kawasan rumah. Adik k.fiezz cuma tukarkan makanan kucing tu je sebab hari sebelum tu makanan kucing dah basah kena hujan.
Ketiga - Parking motor kat depan rumah jadi kitaorang yang menyewa ni tak boleh nak parking kereta dalam rumah..Aihhh.
Keempat - Aircond kat bilik & ruang tamu tak rasa langsung..Berapa lama tak service..Adeh..Mr hubby & k.fiezz kena pasang air cond dan kipas sekali baru rasa sejuk sikit..
Senang cerita kalau rasa nak buat homestay, jadikan homestay yang betul. Pastikan semua peralatan rumah berfungsi, tak ada haiwan peliharaan & rumah tak berbau..Aihhh failed...Harapkan cantik semata...Orang sewa homestay berbayar tau, bukan free.
LESSON LEARN DARI PENGALAMAN MENGINAP DI HOMESTAY SINI
Pengalaman untuk korang dan kitaorang juga, lepas ni bila nak booked homestay yang berurusan terus dengan owner, kena tanya keadaan rumah macamana
> Ada haiwan peliharaan tak macam kucing, arnab dan seangkatan> TV berfungsi ke tidak?> Barang kelengkapan rumah cukup ke tak?
Mr hubby cakap next time nak booked homestay, memang guna apps Agoda/Booking.com atau apa-apa aplikasi. Kalau tak puas hati, boleh complaint & minta refund
Kitaorang pun tak expect dapat homestay macam ni. Biasanya tak ada masalah pun. Hat kali ni pula tetiber dapat rumah macam ni hah. Esok paginya, awal lagi kitaorang check out. Tak jumpa pun tuan rumahnya. Dia cuma suruh letak kunci kat tempat yang sama masa sampai.
Nak buat homestay bukan setakat nak dapat duit je, kemudahan homestay & keselesaan orang yang menyewa kat situ paling penting. Dapat duit tapi customer tak puas hati, berkat ke duit tu?Tepuk dada tanya hati..
Tak proper sangat buat homestay tapi fasiliti kurang memuaskan macam ni..Paling tak boleh bla ada haiwan peliharaan tu...Aihhh..Kesian tengok kucing-kucing tu kurus tak terjaga (walaupun ada makanan diletakkan sekali). Kebajikan kucing kena jaga juga. Bukan takat suruh orang tinggalkan makanan je...Kesian tengok kucing-kucing tu terkurung macam tu walaupun diletakkan kat tempat terbuka. Dah lah sekarang musim hujan.
Rumah dah cantik tapi tettt..Tak memuaskan hati kita yang menyewa RM350 / 1 malam. Sewa mahal atas dasar apa?Sebab deko cantik saja kah
Minta maaf kalau ada ahli keluarga atau kenalan owner yang terbaca review tak best ni. Review jujur sis & family yang menginap 1 malam kat sini. Bak kata mr hubby, tak berbaloi harga yang diletakkan dengan keadaan rumah yang kitaorang dapat walaupun menginap 1 malam je tapi tak selesa..
Lokasi rumah dirahsiakan. Hint k.fiezz boleh cakap, area homestay ni di Rawang..belah mana, shhhhh..
Lepas check out, wasap dengan tuan rumah beritahu kitaorang dah keluar..So dia ada lah minta maaf atas apa-apa kekurangan. Mr hubby suruh jawab simbol okey je sebab owner pun tengah sakit stroke..Malas nak complaint lebih-lebih...
Jadi pengajaran, lain kali sebelum booked homestay kena check kelengkapan dan kemudahan dalam rumah betul-betul dengan tuan rumah (kalau berurusan direct dengan tuan rumah) jangan terpengaruh dengan dekorasi rumah semata.
CANTIK TAK SEMESTINYA ELOK...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2022/12/Harapkan-Dekorasi-Rumah-Je-Yang-Cantik.html