Harapkan Azmin Azmin Khianat Janji


 



Lantikan Azmin Ali sebagai Menteri Terkanan dalam kerajaan Muhyiddin Yassin merupakan salah satu punca yang menimbulkan ketidakpuasan hati khususnya dalam kalangan pemimpin UMNO sehingga menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional hari ni bergolak dan menunggu masa untuk runtuh.

Apabila diimbas kembali Langkah Sheraton pada Februari lalu, Sdr Prasanth berpendapat ia adalah satu percaturan yang melibatkan Azmin Ali dengan hasrat utama untuk menghalang Dato Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri. Malah, sebelum ini juga Azmin Ali pernah melakukan perkara yang sama apabila beliau menggunakan pelbagai muslihat bagi menyekat Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail daripada diangkat menjadi Menteri Besar Selangor pada tahun 2014.

Apabila PAS dan UMNO bersepakat untuk mendaftarkan Muafakat Nasional tanpa BERSATU, moderator sdr Adzman membangkitkan persoalan kemungkinan Muhyiddin Yassin telah tersalah langkah untuk memberikan kepercayaan dan membawa masuk Azmin Ali ke dalam BERSATU.

Menurut sdri Tyra, Muhyiddin Yassin mengambil satu langkah yang berisiko disebabkan watak Azmin Ali yang diibaratkan gunting dalam lipatan terutamanya sewaktu berada dalam KEADILAN dan Pakatan Harapan. Ada juga yang berpandangan Azmin Ali turut mengkhianati Tun Mahathir sepanjang percaturan Langkah Sheraton dengan mengangkat Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Dengan pergolakan yang sedang berlaku, kini Azmin Ali pula cuba untuk menaikkan dirinya untuk menjadi Perdana Menteri yang seterusnya.

Sdr Syed Shah pula menegaskan Azmin Ali telah mencetuskan ketegangan dan ketidaktentuan dalam politik negara. Beliau juga telah membangkitkan amarah rakyat terhadap ahli-ahli politik yang kini dianggap gila kuasa dan tidak boleh dipercayai disebabkan percaturannya yang sentiasa cuba untuk meraih sokongan dan mengekalkan kuasa melalui sogokan wang dan jawatan.

Beliau menambah kejayaan Azmin Ali sepanjang menjadi Menteri Besar Selangor hanyalah sekadar mencipta propaganda dan persepsi melalui permainan politil populis dan propagandisnya. Sepanjang menjadi MB Selangor, Azmin Ali hanya meneruskan kelangsungan (idea) kerajaan sebelum itu.

Keadaan ini tidak jauh beza apabila Azmin Ali memegang portfolio sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi sebelum ini. Hal ini kerana sepanjang tempoh tersebut beliau hanya mampu berperanan untuk menggerakkan sebuah propaganda seperti Wawasan Kemakmuran Bersama bertujuan untuk mempamerkan dirinya sebagai ‘the next leadership’, dengan berkempen di seluruh kementerian dan juga negeri.

Kini memegang Menteri Terkanan Perdangangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Azmin Ali dilihat gagal mengurus pandemik COVID-19 dengan baik khususnya berkaitan dengan operasi industri dan sektor ekonomi. Penetapan SOP dan peraturan yang sering kali mengelirukan dan berubah-ubah telah menyebabkan kesusahan kepada golongan peniaga dan juga orang ramai.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa Azmin Ali ini hanya mampu berfungsi sebagai ahli politik yang hanya berminat untuk merebut jawatan dan kuasa, sehingga membawa kepada ketidaktabilan politik yang berpanjangan. Pencapaian beliau selama memegang jawatan dalam pentadbiran Negeri dan Persekutuan tidak lebih daripada mewujudkan persepsi yang baik melalui pendekatan populis tanpa memberikan manfaat dan kebaikan yang ‘real’ kepada rakyat.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/harapkan-azmin-azmin-khianat-janji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Hensem Tak Apa Janji Kaya Lelaki Terjelik Uganda Nikah Isteri Ketiga Remaja

Tak Hensem Tak Apa Janji Kaya Lelaki Terjelik Uganda Nikah Isteri Ketiga Remaja

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 938 hits
Ramai kurang yakin jika rupa paras mereka tidak kacak atau menawan Rasa rendah diri adakalanya menguasai hingga individu ini takut untuk berkawan dengan orang lain Tapi lain cerita di Uganda apabila lelaki yang mendapat gelaran lelaki terje...
Pantang Melayu Bertindak Khianat

Pantang Melayu Bertindak Khianat

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 95 hits
Pada 14 September 2019 lalu dua parti Melayu Islam terbesar dalam negara PAS dan Umno telah mencipta sejarah berhimpun bersepakat dan bersetuju memperakui perjanjian dikenali Piagam Muafakat Nasional yang telah dinobatkan bersama sebagai te...
Tidak Tunaikan Janji Selalu Marah Marah Ini Yang Ramai Silap Ketika Didik Anak

Tidak Tunaikan Janji Selalu Marah Marah Ini Yang Ramai Silap Ketika Didik Anak

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 432 hits
Anak kita ni amanah Allah dan mereka juga ujian untuk ibu ayah Elok yang kita tunjukkan eloklah peribadinya Ibarat kata pepatah anak anak kita ni ibarat kain putih yang bersih lagi suci Baik buruk akhlak anak ni kita sebagai ibu bapa yang t...
Alasan Khabib Nurmagomedov Pensiun Sebut Sang Ayah Dan Janji Kepada Ibu

Alasan Khabib Nurmagomedov Pensiun Sebut Sang Ayah Dan Janji Kepada Ibu

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 201 hits
Khabib Nurmagomedov mengumumkan pensiun dari dunia seni bela diri campuran setelah mengakhiri duel UFC 254 kontra Justin Gaethje dengan kemenangan Duel Khabib Nurmagomedov vs Justin Gaethje yang digelar di Fight Island Abu Dhabi Uni Emirat ...
Sekali Khianat Selamanya Tidak Selamat

Sekali Khianat Selamanya Tidak Selamat

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 324 hits
RAYUSASATU perkara yang bukan sahaja saya tetapi ramai menganggapnya sebagai khurafat ialah tiada Umno tiada Melayu Memang parti tua itu menetapkan keanggotaannya dari kalangan orang Melayu walaupun ramai juga keturunan India beragama Islam...
Game Plan Azmin Dan Hamzah

Game Plan Azmin Dan Hamzah

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 408 hits
Oleh Puad Zarkashi APA GAME AZMIN DAN HAMZAH Pengatur politik macam Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin sudah tentu memerah otak untuk gagalkan keputusan Biro Politik UMNO Sebagai Ketua Penerangan PN Azmin katanya arah cyber troopers PN guna ner...
Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

The Impact Of Domain Name

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Huawei S Most Durable Foldable Smartphone Now Available Nationwide

Mural By The One Academy

Abah Saya Uncle Mike Bridging Cultures Through Film


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ego Dan Rumahtangga Jangan Sampai Periuk Nasi Retak

Cara Buat Duit Dengan Canva

Diet Kurus Yang Betul

Ideal Gifts For Chinese New Year

Tikam Rakan Sebab Perlawanan Kriket Lelaki Nepal Ditahan

Pegawai Azalina Lapor Polis Terhadap Kj