Harapan Zahid Tidak Kesampaian


ULASAN MALAM

Gambar ini menunjukkan Zahid
yang beriya bukan Ismail Sabri.PENANTIAN mendebarkan hari ini ialah pengumuman pembubaran parlimen. Atau pun setidak-tidaknya bayangan parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat. 
Peranan Menteri Ismail Sabri Yakob telah pun menghadap Yang di-Pertuan Agong petang tadi. Walaupun pertemuan Ismail Sabri dengan Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah itu adalah rutin sebelum mesyuarat kabinet, tetapi ia diharap Ismail Sabri akan mengemukakan permohonan untuk membubarkan parlimen.
Ismail Sabri telah pun menerima arahan bersifat tekanan daripada partinya. Pertemuan terakhir beliau dengan ketua-ketua bahagian, pemuda, wanita dan puteri di PWTC dua hari lalu yang diaturkan oleh Zahid Hamidi dan top four, adalah tekanan terakhir buat ahli parlimen Bera itu agar bubar parlimen. Mereka melihat Ismail Sabri seperti main-main atau liat dengan arahan mereka. 
Zahid Hamidi dilihat terdesak untuk melihat parlimen dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya diadakan. Zahid berangan-angan kalau pilihan raya diadakan UBN akan menang. Kemenangan UBN nanti dikira memberi untung kepadanya. Zahid kini sedang berhadapan dengan pendakwaan di mahkamah, sekiranya UBN menang beliau dirasakan berpeluang menggunakan kuasa sebagai kerajaan untuk menyelamatkan dirinya. 
Apa berlaku dan menimpa terhadap bossnya, Najib Razak menyebabkan Zahid tidak lena tidur dan terbayang-bayang akan ikut sama check-in sama di "hotel" sama ada di Kajang atau Sungai Buloh.
Bagaimana pun pertemuan Ismail dengan Agong tidak begitu membahagiakan Zahid dan mereka yang mahu pilihan raya segera diadakan merasa dukacita. Ini kerana Ismail Sabri menjelaskan pertemuan itu tidak menyentuh soal pembubaran parlimen. Apa yang diperkatakan mengenai pembentangan Bajet 2023 di parlimen esok.
Bagi Zahid dan golongan sekutu dengannya pembubaran parlimen lebih utama daripada Bajet, sebab itu beliau tidak kira kalau pun pilihan raya perlu diadakan dalam banjir.  
Khabarnya selepas selesai menghadap Agong, Ismail Sabri bergegas ke PWTC untuk berjumpa dengan Zahid dan pemimpin top four yang sudah menunggu beliau di situ. Mungkin pertemuan itu sudah dirangka dan Ismail Sabri diarahkan akan ke situ selepas menghadap Agong. 
Keperluan untuk Ismail Sabri ke PWTC selepas menghadap Agong tentulah dikira membawa berita baik. Mereka menunggu berita ditunggu-tunggukan itu untuk diumumkan kepada rakyat. 
Tetapi malangnya berita baik itu tidak berlaku. Paling malang Ismail Sabri memberi gambaran Bajet akan dibentangkan esok bukan parlimen dibubarkan. Dan tidak ada kenyataan pertemuan dengan Zahid dan lain-lain pemimpin di PWTC hari ini dikeluarkan. Keadaan ini menjelaskan bahawa sudah nyata tidak ada permuktamadan berhubung pembubaran parlimen semasa beliau berjumpa Agong petang tadi.
Ertinya perjuangan dan tekanan diberikan Zahid kepada Ismail selama ini tidak menjadi. Walaupun Ismail Sabri beriya-iya untuk segera membubarkan parlimen tatkala berdepan dengan Zahid dan golongan pendesak parlimen dibubarkan, semua itu hanya perangkap atau jerat Ismail Sabri dalam baik terhadap Zahid. 
Bagaimana pun teka teki pembubaran parlimen masih berlegar dan bermain di minda umum. Ia akan terjawab esok dimana sekiranya Bajet dibentang seperti mana dijadualkan, bermakna tidak ada pembubaran parlimen dalam masa terdekat. Adalah canggung dan pelek, kalau parlimen hendak dibubarkan tetapi Bajet dibentang. Walaupun kejadian seperti itu pernah berlaku tetapi ia sangat luar biasa dan perbuatan menggambarkan sangat terdesak.
Perkembangan itu sudah pasti menghampakan Zahid dan mereka yang beriya-iya ingin melihat parlimen segera dibubarkan dan diadakan tidak menjadi. Zahid sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi, beliau tidak dapat menyalahkan Ismail Sabri kerana "semua" arahan dan kehendaknya sudah dilaksanakan. 
Semua pihak termasuk yang gila mendesak Ismail Sabri dan termimpi-mimpi agar parlimen dibubarkan hendaklah sedar dan insaf bahawa budibicara terakhir pembubaran parlimen terletak dibawah kuasa yang diPertuan Agong. Perkara 40 (2) (b) Perlembagaan memberi hak itu kepada Yang di-Pertuan Agong. 
Jika kita menghormati kuasa dan hak itu pasti kita akan terbuka dan sedia menerima apa sahaja titah Yang di-Pertuan Agong nanti. Jangan kita menjadi penderhaka dalam masa sama kita menjunjung institusi raja-raja. [wm.kl. 9:30 pm 06/10/2022].


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/10/harapan-zahid-tidak-kesampaian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Cuba Beli Masa Lambatkan Pru15 Zahid Hamidi Kata

Ph Cuba Beli Masa Lambatkan Pru15 Zahid Hamidi Kata

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 178 hits
PETALING JAYA Pakatan Harapan dilihat cuba membeli masa untuk melambatkan Pilihan Raya Umum ke 15 dengan menggunakan isu banjir kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid berkata pembangkang semakin hangat menggunakan i...
Tidur Tak Nyenyak Pendakwaraya Merayu Kembali Pembebasan Ahmad Zahid

Tidur Tak Nyenyak Pendakwaraya Merayu Kembali Pembebasan Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 147 hits
LIAYANA MARZUKIPendakwaraya merayu kembali pembebasan kes Zahid Hamidi untuk kes UKSB Ada masa 14 hari 3 hari dah settle masukkan rayuan Bravo AGC Benda yang saya rasa mereka rayu 1 Kebolehpercayaan 3 saksi Pendakwa 2 Wang Singapura ada not...
Scrap Nrc As It Only Serves Muhyiddin S Political Cause Zahid Reiterates

Scrap Nrc As It Only Serves Muhyiddin S Political Cause Zahid Reiterates

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 131 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi today reiterated his call for the National Recovery Council to be scrapped claiming its chairperson Muhyiddin Yassin was using it to spread his political propaganda This comes after Muhyiddin the government...
Logika Membingungkan Zahid

Logika Membingungkan Zahid

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 255 hits
MOHAMED HANIPA MAIDINSelepas dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah di bawah Akta SPRM dan Kanun Keseksaaan Yb Presiden Umno dilaporkan media berkata antara lain Dari hari pertama sehingga keputusan hari ini saya amat yakin bahawa perlaks...
Zahid Hamidi Gesa Mpn Dipengerusikan Muhyiddin Dibubarkan

Zahid Hamidi Gesa Mpn Dipengerusikan Muhyiddin Dibubarkan

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 189 hits
Zahid Hamidi Gesa MPN Dipengerusikan Muhyiddin Dibubarkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menggesa agar Majlis Penasihat Negara yang dipengerusikan Muhyiddin Yassin dibubarkan Zahid berkata MPN tidak mempunyai fungsi yang jelas...
Sumber Pertemuan Zahid Hadi Buka Ruang Kerjasama Semula

Sumber Pertemuan Zahid Hadi Buka Ruang Kerjasama Semula

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 213 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 28 2022 5 48 PMPertemuan di antara Abdul Hadi Awang dengan Ahmad Zahid Hamidi baru baru ini menjadi tempat pemimpin Umno terbabit menyatakan perasaan Umno terhadap PAS Sumber dalaman Umno menjelaskan pertemua...
Pemikiran Logik Zahid Hamidi Yang Membingungkan

Pemikiran Logik Zahid Hamidi Yang Membingungkan

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 145 hits
Pemikiran Logik Zahid Hamidi Yang Membingungkan Selepas dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah di bawah Akta SPRM dan Kanun Keseksaaan YB Presiden Umno dilaporkan media berkata antara lain Dari hari pertama sehingga keputusan hari ini say...
Prejudicial To Use Rosmah S Case To Acquit Zahid Says Lawyer

Prejudicial To Use Rosmah S Case To Acquit Zahid Says Lawyer

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 267 hits
High Court Judge Yazid Mustafa used facts adduced in Rosmah Mansor s case as a reference point in arriving at the conclusion that it was improbable for S 600 000 to fit into an envelope PETALING JAYA A lawyer said the judge who acquitted Um...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba