Harapan Raya Bujang Terakhir Farah Nabilah






Farah berharap Aidilfitri tahun ini merupakan yang terakhir buatnya sebagai wanita bujang.

Bakal menyambut Aidilfitri di Kelantan, pelakon Farah Nabilah sudah bersedia untuk menjawab segala persoalan berkenaan jodoh yang akan dilemparkan oleh saudara mara nanti.

Meskipun enggan terlalu memikirkan soal jodoh, namun pelakon drama Halalkan Hati Yang Ku Curi itu berharap Aidilfitri kali ini merupakan yang terakhir buatnya sebagai wanita bujang.

Selain itu, Farah atau nama sebenarnya, Farah Nabilah Saipuddin, 27, turut berkongsi kebimbangannya soal pemberian duit raya apabila pulang ke kampung halaman.

Menurut Farah, orang ramai meletakkan harapan yang tinggi untuk mendapat duit raya yang lebih daripadanya hanya kerana statusnya sebagai seorang selebriti.

Apakah perkembangan kerjaya lakonan terbaharu anda?

FARAH NABILAH: Buat masa sekarang, saya sedang sibuk menjalani penggambaran untuk slot Akasia TV3 berjudul Kau Yang Pertama.

Dalam drama tersebut, saya sekali lagi bergandingan dengan Fikry Ibrahim. Insya-Allah drama Kau Yang Pertama akan ditayangkan pada Ogos nanti.

Bagaimanakah pengalaman bekerja di set penggambaran pada bulan puasa?

Setakat ini, semuanya okey. Saya masih berpeluang berbuka puasa di rumah bersama keluarga meskipun kebanyakan masanya berbuka di set penggambaran.

Jika perlu berbuka di set penggambaran, saya akan bawa kurma sendiri. Namun, jauh di sudut hati terasa sedih kerana tidak dapat merasa masakan air tangan ibu.

Bagaimana persiapan raya anda setakat ini?

Saya sudah memohon cuti awal seminggu kerana pada tahun ini saya akan beraya di kampung halaman iaitu di Bachok, Kelantan. Memang teruja kerana tahun lepas kami sekeluarga beraya di Kuala Lumpur sahaja. Memang bosan kerana perasaan dan suasana beraya di bandar berbanding kampung tidak sama.

Paling membuatkan saya tidak sabar untuk pulang ke Kelantan adalah aneka juadahnya seperti nasi dagang dan ketupat palas. Jika di bandar sukar untuk jumpa juadah Kelantan yang benar-benar sedap.

Mengapa anda tidak beraya di Kelantan pada tahun lalu?

Sebenarnya saya sengaja ingin tukar angin kerana tahun-tahun sebelumnya memang tidak pernah ketinggalan untuk pulang beraya di kampung. Menyesal saya beraya di Kuala Lumpur (ketawa).

Sudahkah anda bersedia dengan soalan tentang jodoh oleh saudara-mara di kampung?

Insya-Allah. Saya tenang sahaja. Sudah tentu soalan itu akan muncul, tetapi zaman sekarang ramai sahaja wanita yang sudah berusia 30 tahun dan masih belum berkahwin. Soalan seperti itu tidak memberi kesan kepada saya sangat.

Namun, yang paling membimbangkan adalah orang mengharapkan duit raya lebih daripada saya. Terdapat segelintir orang tanpa segan silu membuka sampul duit raya di depan saya. Oleh yang demikian untuk tahun ini, saya asingkan RM3,000 untuk duit raya.

Apakah pengalaman raya yang paling tidak boleh anda lupakan?

Saya rindu arwah nenek. Teringat masa dahulu setiap kali sebelum raya, dia akan bawa beli barang kemas.

Dia juga orang yang bawa saya tindik telinga. Sekarang momen itu menjadi memori yang kekal segar dalam ingatan dan sehingga kini, saya masih merasai kehilangannya.

Apakah harapan atau istimewanya Aidifitri kali ini buat anda?

Istimewa sebab dapat pulang ke Kelantan berkumpul dengan saudara-mara. Setahun sekali suasana seperti ini akan berlaku. Diharap juga tahun ini menjadi sambutan raya terakhir saya sebagai wanita bujang. Doakan yang terbaik buat saya.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/05/harapan-raya-bujang-terakhir-farah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasib Oi Tak Bayar Tengoklah Hasilnya Kelakar Oi Musnah Harapan 3 Beranak Ini Nak Pakai Baju Raya Sedondon

Nasib Oi Tak Bayar Tengoklah Hasilnya Kelakar Oi Musnah Harapan 3 Beranak Ini Nak Pakai Baju Raya Sedondon

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 714 hits
The ReporterLagi kes tukang jahit menganiaya pelanggan sedangkan ukuran dan tempoh masa sudah diberi dan hasilnya sangat menghampakan Baju raya tiga beranak ini semuanya tak muat Berdasarkan gambar kain si isteri terlalu sempit seluar si su...
Duit Raya Peneroka Masih Tinggal Harapan

Duit Raya Peneroka Masih Tinggal Harapan

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 417 hits
Ismail Sabri Yaakob KUALA LUMPUR Harapan warga peneroka di seluruh negara untuk menerima duit raya dari kerajaan Pakatan Harapan masih terbiar tinggal harapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO men...
Hotlink Menawarkan Data Percuma 44gb Untuk Langganan Pek Hotlinkmu Raya

Hotlink Menawarkan Data Percuma 44gb Untuk Langganan Pek Hotlinkmu Raya

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 493 hits
Hotlink sering hadir dengan promosi khas bersempena musim perayaan Terkini bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba Hotlink kini menawarkan data percuma sebanyak 44GB untuk pengguna yang melanggan sebarang pek HotlinkMU RA...
Kerajaan Negeri Pahang Umum Bonus Raya Sebanyak Rm600

Kerajaan Negeri Pahang Umum Bonus Raya Sebanyak Rm600

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 543 hits
KUANTAN Kerajaan negeri Pahang hari ini mengumumkan pemberian bonus raya sebanyak RM600 kepada penjawat awam negeri Gred 54 dan ke bawah Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Pejabat Kewangan Negeri kini sedang memproses pem...
Syukur Alhamdulillah Dapat Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019

Syukur Alhamdulillah Dapat Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 1001 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Berita yang dinanti nantikan oleh seluruh penjawat Awam akhirnya muncul juga pada hari ke sebelas Ramadhan bersamaan 16 Mei 2019 Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019Kebetulan ketika ...
Malaysia Airlines Domestic Raya Promo Book Selected One Way Domestic Flights With Malaysia Airlines

Malaysia Airlines Domestic Raya Promo Book Selected One Way Domestic Flights With Malaysia Airlines

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 845 hits
Malaysia Airlines Domestic Raya Promo Book selected one way domestic flights with Malaysia Airlines
Ini Mercun Paling Hebat Yang Dibenarkan Raya Nanti

Ini Mercun Paling Hebat Yang Dibenarkan Raya Nanti

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 990 hits
Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain berkata menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini polis melarang mana mana individu yang memiliki menyimpan menggunakan atau berniaga mercun dan bunga api kecuali yang dibenarkan sahaja...
Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Seorang Jemaah Islam Maut Ditikam 50 Kali Dalam Masjid

Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Ramai Yang Skeptikal

Full House Bangkok Residence A Modern Dual Family Home By Warchitect

Mca S Chong Short Sighted Says Umno Youth Leader

From Ai To Robotics The Creative Forces Driving Change In Dental Education

Man Hurt Trying To Stop Snatch Thieves Outside Kampung Pandan Temple