Haram Biarkan Haiwan Merayau



Dalam masyarakat kita amat mementingkan apakah jenis haiwan yang halal dimakan. Malangnya, banyak individu dalam masyarakat kita yang tidak begitu sensitif atau tidak mengambil berat soal bagaimana haiwan itu diternak sehingga dagingnya boleh dimakan.

Diperhatikan, banyak haiwan tenakan seperti kerbau, lembu, kambing, ayam dan itik diternak tanpa pengawasan yang sepatutnya. Lembu dan kerbau dibiarkan bebas tanpa ditambat atau diletakkan di dalam kandang. 

Haiwan ternakan itu merayau masuk ke kawasan kebun merosakkan hasil tanaman milik orang lain. Banyak kerugian terpaksa ditanggung pemilik kebun. Penternak ambil mudah asalkan haiwan ternakannya dapat makan dan terus membesar serta membiak.  

Selain itu, haiwan ternakan yang dibiarkan bebas akan mengeluarkan najis di merata tempat yang menyebabkan rasa tidak senang hati penduduk. Halaman rumah, jalan raya dan tempat orang ramai berkumpul banyak dicemari najis binatang ternakan yang dibiarkan bebas merayau. 

Pemiliknya sekadar buat tidak kisah dan tidak rasa bersalah dengan keadaan itu. Malah jika ditegur, pemilik ternakan dengan selamba sahaja menjawab memang sudah sifat ternakan membuang najis merata-rata.

Sebab itu banyak kes bergaduh sesama jiran berpunca masalah berkaitan haiwan ternakan dibiarkan merayau bebas. Ada pergaduhan yang membawa kepada penggunaan senjata tajam hingga melibatkan kehilangan nyawa.

Satu lagi kejadian buruk yang sering belaku ialah banyak kes kemalangan jalan raya berpunca terlanggar ternakan yang dibiarkan merayau-rayau. Kemalangan itu mendatangkan banyak kerugian kepada pemilik kenderaan. Malah banyak kes kemalangan kenderaan dengan haiwan ternakan menyebabkan kematian pemandu dan penumpang kenderaan. 

Ironisnya, penternak sedemikian tidak pula rasa bersalah dengan kejadian itu. Ternakan masih lagi dibiarkan merayau bebas yang mana kemungkinan akan berlaku lagi kemalangan jalan raya yang melibatkan haiwan ternakannya.

Sikap tidak bertanggungjawab pemilik haiwan ternakan itu bertentangan dengan tuntutan syariat. Sikap jahil ini bukannya sahaja dilakukan penternak yang sememangnya jahil soal agama, bahkan di kalangan mereka yang berstatus pak haji dan guru agama.  

Mengikut hukum fikah, cara menternak haiwan secara dibiarkan bebas merayau yang menyebabkan gangguan kepada orang ramai dan mendatangkan bahaya adalah haram. Maka hasil daging atau jualan ternakan itu juga adalah haram. 

Rezeki daripada hasil haram akan menumbuhkan tubuh, darah dan daging yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Setiap suapan makanan yang tidak halal diisi ke perut akan memberi kesan kepada nilai dan kualiti hidup seseorang.

Kita sepatutnya mengambil aktibar kisah Imam Syafie. Pada suatu hari, Imam Syafie mengadu kepada ibunya mengapakah fikiran dan daya hafalannya pada hari agak lembab. Ditanyakan kepada ibunya adakah makanan atau minuman yang dimakan pada hari itu dari sumber yang haram atau tidak bersih.

Lantas ibunya teringat bahawa susu kambing yang diminum oleh Imam Syafie sebelum pergi belajar 'tercemar' disebabkan sehari sebelum itu kambing yang diperah susunya itu telah terlepas dan meraya-rayau meragut rumput di tanah milik orang lain.

Itu kes terlepas dan tidak sengaja. Masa ternakan itu terlepas hanya sehari dan hanya makan rumput milih orang lain, bukannya makan hasil tanaman orang lain. Tetapi lihatlah kesan yang mencemarkan hati Imam Syafie. 

Fikirkan pula tentang kedudukan ternakan yang dibiarkan lepas dari kecil sampai besar. Merayau ke merata tempat dan meragut hasil tanaman orang. Semua orang mencemuh dan merunggut. Terlalu banyak kemudaratan yang terpaksa ditanggung oleh orang lain akibatnya.

Ajaran Islam amat mementingkan agar setiap penganutnya hanya memakan atau menggunakan sumber yang diperoleh secara halal. 

Firman Allah bermaksud: “Oleh itu makanlah (wahai orang-orang yang beriman) semua yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.”  (Surah al-Baqarah, ayat 172).

Banyak penternak yang telah melakukan perbuatan salah itu sejak berpuluh-puluh tahun. Hasil daripada menjual ternakan yang diternak secara bebas itulah digunakan untuk menyara keluarga. Malah hasil kerja itulah juga digunakan untuk menunaikan fardu haji.

Penternak yang melakukan perbuatan salah sisi agama itu harus disedarkan mengenai kesilapan yang telah dilakukan agar mereka berubah tidak lagi meneruskan cara penternakan membiarkan binatang ternakan bebas merayau.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/azy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biarkan Anak Enjoy Dengan Sekolah Bukan Bebankan Mereka Dengan Ujian

Biarkan Anak Enjoy Dengan Sekolah Bukan Bebankan Mereka Dengan Ujian

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 316 hits
Mama papa hari ni berlumba lumba untuk mencari sebuah tadika yang baik dan diiktiraf buat anak anak hingga terlupa apa sebenarnya kemahuan anak anak Tadika yang mempunyai silibus hebat penuh dengan ujian dan peperiksaan dirasakan cukup baik...
Tim Jokowi Emosi Jangan Dilawan Emosi Biarkan Lawan Capek Sendiri

Tim Jokowi Emosi Jangan Dilawan Emosi Biarkan Lawan Capek Sendiri

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 258 hits
Tim Kampanye Daerah Jokowi Maruf Amin tingkat Jawa Barat resmi dikukuhkan Seluruh tim dibentuk dari berbagai partai politik diminta melepaskan ego dan melawan hoaks dengan memberikan informasi yang mendidik
Jangan Biarkan Gajet Menjadi Peneman Anak Pesanan Untuk Yang Bergelar Ibu Bapa

Jangan Biarkan Gajet Menjadi Peneman Anak Pesanan Untuk Yang Bergelar Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 347 hits
Kesibukan kerja kadang kadang membataskan ibu bapa untuk bersama anak anak Hati hati Dengan Kesibukan Mencari nafkah itu kewajipan buat perut si anak yang perlu dikenyangkan buat pasangan hidup yang perlu dicukupkan Tapi janganlah sampai Ki...
Zaid Ibrahim Terjun Dengan Botol2nya Biarkan Biarkan

Zaid Ibrahim Terjun Dengan Botol2nya Biarkan Biarkan

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 370 hits
Zaid Ibrahim bukan nama kecik Dia seorang peguam yg punya firma guaman sendiri kalau tak silap Dia juga ahli politik yg pernah menganggotai HAMNO Penah jadi menteri Pernah juga bertanding atas tiket PKR tapi kalah Sekarang mungkin dia main ...
Erdogan Tegaskan Turki Takkan Biarkan Pembunuh Khashoggi Lolos Dari Hukuman

Erdogan Tegaskan Turki Takkan Biarkan Pembunuh Khashoggi Lolos Dari Hukuman

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 258 hits
Erdogan tegaskan Turki takkan biarkan pembunuh Khashoggi lolos dari hukuman Dia juga menambahkan sejumlah kalangan tidak senang dengan pernyataannya di gedung parlemen kemarin yang akan membeberkan bukti bukti pembunuhan Khashoggi
Perkara Haram Dan Dilarang

Perkara Haram Dan Dilarang

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 287 hits
Dari Warrad dia berkata Mughirah pernah berkirim surat kepada Mu wiyah Semoga engkau mendapat keselamatan Amma ba du sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda Sesungguhnya Allah mengharamkan tiga perkara dan melarang dari ti...
Biarkan Mata Tersenyum Dengan Aveo Contact Lenses

Biarkan Mata Tersenyum Dengan Aveo Contact Lenses

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 261 hits
Biarkan Mata Tersenyum dengan Aveo Contact Lenses Assalamualaikum Tahu tak korang hubungan antara mata dengan kanta sentuh sama seperti perhubungan yang lain kena sentiasa sihat Tapi bila kanta sentuh tak dijaga dengan betul risiko jangkita...
The Square Jaya One Ruang Kerja Ruang Makan Yang Boleh Bawa Haiwan Perliharaan

The Square Jaya One Ruang Kerja Ruang Makan Yang Boleh Bawa Haiwan Perliharaan

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 649 hits
THE SQUARE BAKAL DIBUKA SEMULA NEW LOOK FOR THE SQUARE OF PETALING JAYA An Enriching Ecosystem comprising of Co working space Dining and Leisure Mar sempat melawat tapak projek THE SQUARE yang bakal dibuka Disember 2018 ni ia adalah projek ...
Haiwan Sebagai Sumber Makanan

Haiwan Sebagai Sumber Makanan

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 837 hits
Haiwan merupakan salah satu sumber makanan Daripada haiwan manusia dapat memakan daging susu dan telur yang dihasilkan Bahkan haiwan juga menghasilkan produk lain yang boleh dimakan seperti madu dan penghasilan daripada aktiviti mereka sepe...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It