Haqiem Rusli Mahu Konsert Solo






Haqiem Rusli bersemangat untuk membikin konsert solo berskala besar setelah melihat kejayaan A Nite With Haqiem Rusli di ibu kota pada Mac lalu.

Sebagai penyanyi yang pantas mencipta nama dan semakin matang dalam industri, Haqiem Rusli mengimpikan peluang mengadakan sebuah konsert solo.

Dia yang pada mulanya meragui keupayaan menghimpunkan peminat dalam sebuah persembahan, kembali bersemangat setelah melihat sambutan khalayak terhadap konsert mininya, A Nite With Haqiem Rusli di ibu kota pada Mac lalu.

Yakin dengan sokongan peminat yang menggelar diri mereka sebagai Qiemilio, pelantun yang popular dengan lagu bahasa Inggeris bertajuk What Can I Do For You itu amat berharap dapat sekali menghiburkan peminat dalam sebuah konsert solo.

Selain konsert, penyanyi yang meledak menerusi lagu Tergantung Sepi itu turut merancang untuk meluncurkan sebuah album penuh seiring sedekad usia penglibatannya dalam seni suara tempatan bermula dengan Idola Kecil sekitar tahun 2009.

Haqiem yang juga duta Kempen Ramadan Raya Media Prima Berhad bertemakan #SetulusIkhlas pada tahun ini berkongsi rencana kerjayanya ketika ditemui di Hotel Sheraton, Petaling Jaya baru-baru ini.

KOSMO!: Bagaimanakah maklum balas yang diterima menerusi pelancaran lagu baharu bahasa Inggeris bertajuk What Can I Do For You?

HAQIEM RUSLI: Lagu itu merupakan nukilan Shazee dan kali pertama saya menyanyikan sebuah lagu bahasa Inggeris penuh. Saya merekodkan lagu ini untuk mencabar keupayaan nyanyian dan mendapatkan maklum balas daripada peminat.

Alhamdulillah, biarpun terdapat segelintir pihak yang menegur cara sebutan saya dalam lagu berkenaan, majoriti daripada maklum balas yang diterima adalah baik dan ramai menyukai lagu itu.

Selain lagu bahasa Inggeris, adakah anda akan mengeluarkan single baharu?

Ya. Dalam tempoh terdekat, saya akan tampil dengan single baharu bertajuk Lembah Kesepian. Saya mahu setiap lagu yang saya hasilkan dekat dengan masyarakat. Kali ini, saya mengangkat kisah pengorbanan seorang bapa menerusi lagu bertajuk Lembah Kesepian.

Sudah tentu lagu ini berentak balada. Rakaman telah selesai dan saya menanti tarikh bersesuaian. Pihak pengurusan merancang untuk mengeluarkan lagu ini pada bulan Mei depan.

Melihat kejayaan mini konsert anda pada Mac lalu, adakah anda merancang mengadakan sebuah konsert solo berskala lebih besar?

Mengadakan konsert solo sudah tentu menjadi impian setiap penyanyi dalam industri. Saya juga tidak ketinggalan memasang impian untuk mengadakan konsert solo.

Pada mulanya, saya sendiri tidak yakin, bagaimanapun melihat sokongan peminat yang sudi hadir menyaksikan konsert mini A Nite With Haqiem Rusli baru-baru ini, semangat saya kembali berkobar.

Mungkin tidak segah konsert berskala mega, tetapi cukup sekadar dengan sasaran kehadiran sekitar 2,000 penonton.

Adakah anda bercadang untuk keluar dengan album penuh?

Sudah tentu. Setelah 10 tahun dalam industri, saya ingin mempunyai sebuah album penuh. Album berkenaan masih dalam perancangan dan akan memuatkan beberapa buah lagu.

Saya harap album ini boleh dipasarkan secara digital.

Adakah anda ada diminta menghasilkan lagu untuk artis lain?

Buat masa ini, saya lebih selesa menghasilkan lagu untuk dinyanyikan sendiri. Saya juga pernah mencipta lagu untuk rakan industri.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/04/haqiem-rusli-mahu-konsert-solo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Saya Sangat Takut Disoal Jika Tinggalkan Solat Haqiem Rusli

Hiburan Saya Sangat Takut Disoal Jika Tinggalkan Solat Haqiem Rusli

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 651 hits
Sering terpalit dengan kontroversi panas dan pelbagai cerita mengenai sikapnya sesetengah pihak melabelkan penyanyi Haqiem Rusli seorang artis yang bermasalah Lebih positif sekarang pesanan terbaru Haqiem untuk peminatnya yang dimuat naik d...
Haqiem Rusli Enggan Layan Mulut Mulut Jahat

Haqiem Rusli Enggan Layan Mulut Mulut Jahat

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 450 hits
Penyanyi Haqiem Rusli menafikan dakwaan dia anak emas syarikat rakaman FMC Music Sdn Bhd berbanding artis FMC lain serta mahu meninggalkan syarikat rakaman itu Haqiem 21 menyifatkan tuduhan itu tidak berasas kerana hubungannya dengan artis ...
Data Bawaslu 1 734 Tps Di Solo Rawan

Data Bawaslu 1 734 Tps Di Solo Rawan

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 387 hits
Sebanyak 1 241 tempat pemungutan suara atau 71 50 persen dari 1 734 TPS di Solo masuk dalam kategori rawan Hal tersebut diketahui setelah Badan Pengawas Pemilu setempat mengadakan simulasi pemungutan dan penghitungan suara di sejumlah tempa...
Tol Solo Yogyakarta Dibangun Tahun Ini

Tol Solo Yogyakarta Dibangun Tahun Ini

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 330 hits
Direktur Utama Adhi Karya Budi Harto mengatakan dalam proyek ini Adhi Karya merupakan pemrakarsa bersama dengan Gama Group Sehingga nantinya Adhi Karya akan mendapatkan sejumlah keistimewaan
Kesbangpol Jateng Nilai Masyarakat Solo Gampang Terpancing Isu Pemilu

Kesbangpol Jateng Nilai Masyarakat Solo Gampang Terpancing Isu Pemilu

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 393 hits
Badan Kesatuan Bangsa dan Politik Jawa Tengah menyebut empat wilayah terpantau memiliki indeks kerawanan konflik saat pelaksanaan Pemilu 2019 Keempat wilayah tersebut adalah Solo Raya Banyumas Pekalongan dan Pati
Rumah Sakit Jiwa Solo Siap Tampung Caleg Gagal

Rumah Sakit Jiwa Solo Siap Tampung Caleg Gagal

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 435 hits
Meski demikian Wakil Direktur Bidang Pelayanan Medis RSJD dr Arif Zainudin dr Agustini Christiawati meyakini mental para caleg tetap dalam kondisi baik meskipun mengalami kekalahan Apalagi sebelum pencalegan mereka sudah melewati pemeriksaa...
Prabowo Kampanye Di Solo Sebentar Lagi Indonesia Menang

Prabowo Kampanye Di Solo Sebentar Lagi Indonesia Menang

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 312 hits
Calon Presiden nomor urut 02 Prabowo Subianto menggelar kampanye di Stadion Sriwedari Kota Solo Jawa Tengah Rabu Melihat massa yang berjumlah ribuan Prabowo makin optimis jika Pemilu Presiden 2019 ini rakyat ingin memiliki presiden baru
Pm Sendiri Mahu Sidang Akhbar Solo Jelas Saifuddin

Pm Sendiri Mahu Sidang Akhbar Solo Jelas Saifuddin

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 403 hits
Tindakan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bersendirian dalam sidang akhbar ketika mengumumkan penarikan Malaysia daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa mencetuskan spekulasi terdapat anggota kabinet tidak bersetuju dengan kepu...
Keajaiban Melk Permata Sejarah Di Tepian Sungai Danube

Perjanjian Ekstradisi Indonesia Dan Rusia Langkah Diplomatik Menuju Kerjasama Penegakan Hukum

Yusuf Azmi Tewas Tko Yunus Martin Raih Kemenangan Sulung Di Malaysia

Relik Menarik Dari Pompeii Dua Temuan Menakjubkan Yang Mengungkap Kisah Lalu

Buy My House Now And Seize Your Dream Home Today

Iesf Wec Malaysia Juara Kejohanan Dunia Iesf 2025 Dua Tahun Berturut Turut

Mca Takkan Pilih Sertai Pn Ka Siong Dedah Masyarakat Cina Sukar Terima Pas

Find Local Real Estate Agents For Your Dream Home


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


2 Pelajar Oku Dakwa Jadi Mangsa Amang Seksual Di Asrama

Malaysia Warns Palm Oil Firms Mspo Certification At Risk If Ncr Land Rights Breached Says Deputy Minister

Lorry Bus Driver Injured 10 Passengers Unhurt In Crash

Sambal Udang Dan Kembali Ke Rahmatullah Anak Saudara Saya

Buy My Home Now And Embrace A Brighter Future

Surat Surat Pernyataan Untuk Mendaftar Petugas Haji Ppih 2026