Hapuskan Segera Tali Barut China Dalam Kerajaan



1. AKHIRNYA kerajaan Pakatan mengharamkan komik Komunis yang disokong kuat Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP, Menteri Kewangan Malaysia) dan Tan Kok Wai (Pengerusi DAP yang juga Duta Khas Malaysia ke China) bertajuk ‘Inisiatif Jalur Dan Jalan’.2. Tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasin atas keberanian beliau.3. Tahniah juga buat Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang tegas mengharamkan pengedaran buku komunis ini di sekolah-sekolah.4. Namun, penerbitan dan pengedaran buku ini jelas membuktian betapa liciknya tali barut komunis China menyusup dalam kerajaan.5. Jelas Kementerian Dalam Negeri sendiri menyifatkan buku ini sebagai: “Cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme, menyebarkan fakta yang salah dan mengelirukan tentang komunis serta mengandungi unsur untuk membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis”.6. Penyusupan tali barut komunis China secara halus dalam kerajaan-kerajaan asing ini adalah merupakan sebahagian daripada strategi ‘kuasa tajam’ (Sharp Power) China.7. Strategi Sharp Power ini cukup penting dalam keadaan pemimpin Komunis China cuba untuk menjadikan China sebagai kuasa besar ketenteraan global.8. Kebetulan bulan ini genap 70 tahun tertegaknya Republik Rakyat China di bawah Parti Komunis.9. China hari ini jauh berbeza dengan China yang mundur akibat bencana revousi sosialis Mao Zedong yang memusatkan kuasa di tangan petani (berbeza dengan Marxisme-Leninisme yang memusatkan kuasa di tangan para pekerja industri).10. China hari ini adalah hasil ‘Dasar Buka Pintu’ Deng Xiaoping yang membuka pintu kepada pelaburan langsung asing (FDI) dengan membuka Zon Ekonomi Istimewa (SEZ) di Shenzen, Zhuhai, Shantou, dan Xiamen.11. China hari ini mampu membina ‘electromagnetic railgun’ mereka sendiri.12. China hari ini mampu membina kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) mereka sendiri.13. China hari ini mampu membina pesawat pejuang generasi kelima Chengdu J-20 mereka sendiri.14. China hari ini mampu membina hypersonic glide vehicle DF-17 mereka sendiri.15. China hari ini sedang membina industri kecerdasan buatan (AI) mereka sendiri menjelang 2030.16. Jelas, seperti mana lumrah kuasa besar lain dalam sejarah peradaban dunia, China juga tidak terkecuali daripada menjalani proses transformasi kuasa ekonomi dengan kuasa politik dan ketenteraan global.17. Hasil proses ini dikenali sebagai geoekonomi. Amerika dulu bangkit mengetepikan Britain dengan dasar geoekonomi perlindungan industri strategik (protectionist) mereka. Hari ini China juga bangkit mencabar Amerika dengan cara ‘mencuri’ paten strategik dari Amerika (dan Barat) serta dalam masa yang sama melindungi industri strategik mereka. Lalu bagaimanakah posisi negara kita di saat ini?18. Susulan persetujuan kerajaan Pakatan menyambung kembali projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan China, terdapat beberapa perkembangan menarik yang berlaku. Meski pun Pakatan membatalkan projek paip gas Trans-Sabah (TSGP), namun China kelihatan banyak berkompromi.19. Bukan sahaja ECRL diteruskan, malah China mengumumkan mahu meningkatkan eksport minyak kelapa sawit Malaysia sebanyak 500,000 tan kepada 1.62 juta tan bernilai RM3.4 bilion.20. Sememangnya China ialah pengimport minyak dan produk berasaskan sawit kedua terbesar Malaysia pada 2018 dengan eksport biodiesel sawit Malaysia ke China meningkat daripada 140 tan (RM5.0 juta) pada 2017 kepada 41,450 tan (RM113 juta) pada 2018.21. Dari sudut geopolitik, peningkatan import sawit oleh China terutamanya ketika pertengahan 2018 didorong situasi ketegangan perdagangan dengan Amerika di mana China mengenakan cukai import yang lebih tinggi ke atas kacang soya yang seterusnya mengurangkan import soya Amerika.22. Minyak sawit kita jelas membantu sebahagian strategi geoekonomi China dalam berdepan Amerika.23. Malah, selain minyak sawit, minyak mentah kita turut ‘mencuri perhatian’. Pada 26 Ogos, Reuters melaporkan bahawa import minyak mentah kita ke China telah mencecah rekod yang cukup tinggi (rujuk ‘China’s July crude oil imports from Malaysia near record: customs’).24. Data China’s General Administration of Customs menunjukkan bahawa import minyak kita ke China mencecah 1.35 juta tan, lebih dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.25. Malah, rekod itu hanya sedikit di bawah jumlah import pada Mei 2019 iaitu 1.38 juta tan – tiga kali ganda berbanding empat bulan pertama tahun 2019 sahaja.26. Reuters mendakwa lonjakan ini berpunca daripada tindakan Malaysia yang ‘membantu’ Venezuela melanggar sekatan antarabangsa dengan membawa masuk minyak Venezuela ke China atas nama ‘minyak Malaysia’.27. Pada 13 Ogos lalu Lembaga Pelabuhan Johor (JPA) dan Smart Crest Sdn Bhd memeterai perjanjian untuk membangunkan projek pulau ‘bunker’ atau simpanan minyak yang terletak di Tanjung Bin, Pontian, bernilai RM2 bilion.28. Pengarah Urusan Smart Crest, Cher Lee Kiat memaklumkan bahawa ia kini sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa pelabur asing dari China dan Hong Kong.29. Seperti mana projek-projek strategik dalam negara kita sebelum ini, begitu jugalah projek pulau bunker ini berkemungkinan akan disasarkan Beijing.30. Kita wajib merenung kembali, adakah kita selama-lamanya hanya akan menjadi bidak catur kecil?31. Sampai bila lagi kita sekadar bergantung harap belas ehsan geoekonomi kuasa besar dengan hasil minyak sawit, minyak mentah, dan infrastruktur kita?32. Tiadakah jalan untuk kita turut berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kuasa-kuasa besar dalam industri strategik? Jawapannya ‘ada’.33. Namun segala-galanya perlu dimulakan dengan menghapuskan tali barut yang bersimpati dengan rejim Komunis China dari dalam kerajaan kita.Hapuskan tali barut China dalam kerajaan.Segera.Abdul Muein Abadi
Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dinasantai.blogspot.com/2019/10/hapuskan-segera-tali-barut-china-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuepacs Cadang Kerajaan Gubal Segera Dasar Pengurusan Stress Negara

Cuepacs Cadang Kerajaan Gubal Segera Dasar Pengurusan Stress Negara

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 249 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Bos Bukit Asam Harap Perang Dagang As China Segera Usai Agar Harga Batu Bara Naik

Bos Bukit Asam Harap Perang Dagang As China Segera Usai Agar Harga Batu Bara Naik

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 214 hits
Perusahaan tak bisa memprediksi kapan trend penurunan harga batu bara ini akan berakhir Sebab batu bara sendiri merupakan salah satu komoditi yang secara hukum ekonomi bergantung pada suplai dan demand
Pakatan Harapan Boleh Tubuh Kerajaan Tanpa Ppbm Ronnie Liu

Pakatan Harapan Boleh Tubuh Kerajaan Tanpa Ppbm Ronnie Liu

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 786 hits
Pemimpin DAP Ronnie Liu hari ini mengingatkan bahawa Pakatan Harapan tetap mampu menubuhkan kerajaan walaupun tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad Sehubungan itu Ronnie meminta Dr Mahathir supaya tidak sesek...
Kerajaan Ph Tanpa Bersatu Kata Ronnie Liu Merangkap Jawatankuasa Tertinggi Pusat Dap

Kerajaan Ph Tanpa Bersatu Kata Ronnie Liu Merangkap Jawatankuasa Tertinggi Pusat Dap

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 599 hits
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini mengarahkan agar komik kontroversi garapan Hew Kuan Yau tidak disebarkan di mana mana sekolah negara ini Dalam kenyataan dikeluarkan pagi ini Maszlee berkata Kementerian Pendidikan Malaysia juga ...
Revolusi Industri 4 0 Kerajaan Perlu Dasar Lebih Mantap

Revolusi Industri 4 0 Kerajaan Perlu Dasar Lebih Mantap

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 178 hits
Perlantikan semula Joko Widodo sebagai Presiden Indonesia membawa janji rebuplik itu akan menumpukan pembangunan berasaskan teknologi baharu Revolusi Industri 4 0 Antara usaha Jokowi adalah melantik pengasas Gojek satu industri penghantar b...
Masyarakat India Jangan Harap Bantuan Kerajaan Terima Kasih Ph

Masyarakat India Jangan Harap Bantuan Kerajaan Terima Kasih Ph

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 318 hits
Xavier terima kasihlah untuk hadiah istimewa Deepavali MIC Nasihat oleh Menteri Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar yang tidak mahu masyarakat India di negara ini terus bergantung harap dengan bantuan kerajaan semata mata ...
Maszlee Malik Tempelak Ahli Dap Untuk Hormat Keputusan Kerajaan

Maszlee Malik Tempelak Ahli Dap Untuk Hormat Keputusan Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 266 hits
Sumber gambar dari The Malay MailKecoh beberapa hari dilaman sosial tentang sebuah komik kontroversi bertajuk Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama yang agihkan keseluruh sekolah diseluruh negara kerana buku berkenaan disifatkan ...
Skim Baharu Pencen Tidak Bebankan Kerajaan Tidak Rugikan Penjawat Awam

Skim Baharu Pencen Tidak Bebankan Kerajaan Tidak Rugikan Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 319 hits
KUALA LUMPUR Mekanisme baharu skim pencen akan mengelak bebanan kepada kewangan kerajaan tetapi pada masa sama tidak merugikan penjawat awam selepas menamatkan perkhidmatan Bagaimanapun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jamina...
Kerajaan Terengganu Pantau Sebaran Komik Bri

Kerajaan Terengganu Pantau Sebaran Komik Bri

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 264 hits
Ustaz Satiful Bahari di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Majlis Sukan Negeri Terengganu dan TATI University College di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu baru baru ini DUNGUN 24 Oktober Kerajaan Terengganu sentiasa memant...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025