Masyarakat India Jangan Harap Bantuan Kerajaan Terima Kasih Ph




Xavier, terima kasihlah untuk ‘hadiah istimewa’ Deepavali – MIC
Nasihat oleh Menteri Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar yang tidak mahu masyarakat India di negara ini terus bergantung harap dengan bantuan kerajaan semata-mata sebaliknya berusaha sendiri dianggap antara hadiah paling istimewa buat pengundi dalam kalangan komuniti itu.
Malah lebih ‘manis’ apabila nasihat itu dilontarkan menjelangnya pesta cahaya atau lebih di kenali sebagai Deepavali yang akan disambut dalam beberapa hari lagi.
Itulah kekecewaan yang diluahkan Setiausaha Penerangan MIC Kebangsaan, A Subash Chandrabose yang berpendapat walaupun kenyataan itu berupa nasihat namun ia tidak boleh diterima langsung.
Kata Subash, beliau terkejut kerana ketika masih bergelar pembangkang dan kempen Pilihan Raya Umum ke-14, nada itu sangat berlainan apatah lagi dengan janji-janji menggunung Xavier.
Namun ujarnya, sejurus selepas menang intonasi serta tindak tanduk sudah lain walaupun sebelum ini pelbagai dijanji ditabur walaupun mustahil untuk dikotakan
“Sekarang mereka meminta kami untuk berusaha sendiri dan jangan terlalu bergantung harap. Dulu masa kempen sebelum menang, kamu perdajalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kononnya kami telah menganayai masyarakat India.
“Tapi apa yang kamu sedang lakukan ini? Sedar atau tidak?
“Kalau umum hendak tahu, kenyataan seperti ini tidak akan sesekali keluar daripada mana-mana pimpinan MIC ketika masih menjadi kerajaan. Mereka tidak berani bercakap seperti ini sebaliknya akan cuba sedaya yang boleh.
“Lupa pula, ini adalah Malaysia baru. Maka kita semua terpaksa menerimanya sahaja.
“Saya setuju dengan YB Xavier, benarlah masyarakat India ini adalah minoriti tapi bukankah ada Menteri yang dilantik untuk menjaga golongan ini? Tidakkah? Oh kini kami kena berusaha kerana kerajaan ada kerja-kerja lain lebih penting daripada menjaga kepentingan pengundi?
“Terima kasih juga kepada YB kerana meminta kami jangan terlalu berharap untuk bekerja dengan kerajaan, memang peluang untuk kerja kerajaan ini tipislah, bukan begitu? Baiklah, kami faham sangat,” katanya.
Xavier seperti dilaporkan Malaysiakini berkata, lebih kurang 70 peratus masyarakat India di Malaysia masih berada di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan seisi keluarga tidak melebihi RM3,000.
Bagaimanapun kata Xavier, ini tidak seharusnya menjadi alasan kepada komuniti tersebut terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan sebaliknya perlu menceburi perniagaan dan juga peluang yang terdapat di sektor swasta.
Menurutnya, masyarakat India di Malaysia tidak boleh bergantung kepada peluang pekerjaan daripada kerajaan.
“Jangan fikir pasal kerajaan. Ada banyak peluang di sektor swasta.
“Kerajaan mengambil keputusan untuk melarang pekerja asing di sektor gunting rambut dan dobi. Belia kita mesti mengambil manfaat daripadanya,” kata Xavier.
Bagaimanapun pada masa sama jelas Xavier, kerajaan PH masih perlu berkerja keras untuk memastikan masa depan kaum India terjamin.
Jelas Subash, sememangnya pengundi India yang banyak mengundi PH selepas termakan janji-janji kerajaan bukan sahaja terpedaya sebaliknya perlu lebih celik selepas ini.
“Pada pemerintahan dulu, kerajaan BN telah mewujudkan ‘Malaysian Indian Blue Print’ untuk membela nasib Masyarakat India. Sememangnya pelbagai inisiatif serta usaha sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa ketika bagi memastikan kehidupan lebih terjamin.
“Tetapi mungkin kerana pengundi termakan dengan helah kumpulan ini yang kini sudah pegang kuasa. Ketika itu, ramai pengundi dalam kalangan kita tidak bersyukur sebaliknya banyak mencemuh dan mecari salah kita.
“Ketika awal-awal 4 Menteri dalam kalangan India diumumkan, rata-rata melompat sakan begitu bangga dengan kerajaan baharu ini yang begitu beria-ia mahu memberikan pengiktirafan kepada pimpinan masyarakat India. Sekarang? Bunyi pun tiada. Itulah realiti sebenar.
“Apa yang menyedihkan saya ketika ini apabila memikirkan tentang masyarakat India termasuk diri saya sendiri, kita terpaksa merayu sakan di negara sendiri bagaikan warga asing. Sedih, sangat menyedihkan. Kalau saya cakap, pasti ada yang terasa dan marah tapi inilah kebenaran pahit itu.
“Sedarlah, demi undi semata-mata, semuanya indah belaka. Bila sudah pegang tampuk, anda lihat sendiri ‘warna’ mereka. Ini baru tidak sampai dua tahun memerintah, bayangkan jika sudah bertahun? Apakah sebenarnya nasib kita sudah terbela? Fikirkanlah,” ujarnya. –MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/23/masyarakat-india-jangan-harap-bantuan-kerajaan-terima-kasih-ph/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pencuri Burger Tinggalkan Nota Ucap Terima Kasih

Pencuri Burger Tinggalkan Nota Ucap Terima Kasih

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 365 hits
PENCURI adalah orang perseorangan atau satu kumpulan yang dibentuk dengan tujuan untuk mencuri merompak dan melakukan kejahatan Semestinya sekiranya tertangkap mereka ini sepatutnya dihukum dengan hukuman yang sewajarnya Namun bagaimana pul...
Ucapan Belanjawan2020 Dsn Jangan Jual Sampai Licin Jangan Hutang Berganda Untuk Kerajaan Akan Datang

Ucapan Belanjawan2020 Dsn Jangan Jual Sampai Licin Jangan Hutang Berganda Untuk Kerajaan Akan Datang

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 257 hits
UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2020 MESYUARAT KETIGA PENGGAL KEDUA PARLIMEN KE 14 15 OKTOBER 2019 YB DATO SERI MOHAMMAD NAJIB TUN ABDUL RAZAK Andaian yang boleh diyakini oleh pasaran domestik dan antarabangsa adalah antara perkara paling pent...
Kerajaan Terima 4 Tawaran Rasmi Untuk Ambil Alih Plus

Kerajaan Terima 4 Tawaran Rasmi Untuk Ambil Alih Plus

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 339 hits
KEMENTERIAN Kerja Raya dilapor mengesahkan bahawa setakat ini telah menerima empat tawaran rasmi daripada pihak pihak yang berminat untuk mengambil alih Plus Malaysia Berhad Menterinya Baru Bian berkata antara pembida yang dimaksudkan adala...
Terima Kasih Kerana Sentiasa Berusaha Sehabis Baik Fazley Yaakob

Terima Kasih Kerana Sentiasa Berusaha Sehabis Baik Fazley Yaakob

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 435 hits
Menjadi seorang rider atau penghantar makanan sekarang ni sedikit sebanyak dapat membantu meringinkan beban ramai orang dan Ohmedia sendiri kagum melihat semangat anak anak muda mahupunn seorang suami yang bertungkus lumus siang malam demi ...
Terima Kasih Allah Arrian Andra Nak Dapat Adik Pilih Hari Jumaat Kongsi Gembira

Terima Kasih Allah Arrian Andra Nak Dapat Adik Pilih Hari Jumaat Kongsi Gembira

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 571 hits
Sempena hari Jumaat yang penuh keberkatan penyanyi Tomok mengumumkan berita gembira dan mengesahkan isterinya Rahayu Abbas kini hamil anak ketiga mereka selepas sekian lama menanti kehadiran orang baru Menerusi entri di instagramnya Tomok b...
Terima Kasih Warga Utusan Semoga Roh Intelektualisme Dan Kewartawanan Melayu Tidak Hilang Ismail Sabri

Terima Kasih Warga Utusan Semoga Roh Intelektualisme Dan Kewartawanan Melayu Tidak Hilang Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 327 hits
Kepada semua tenaga kerja Syarikat Utusan Melayu Berhad atau Utusan Malaysia terima kasih kerana anda terus setia hingga ke akhirnya ujar Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Ahli Parlimen Bera itu juga berharap semoga roh inte...
Ribuan Petani Kepung Istana Jokowi Bilang Ternyata Ucapan Terima Kasih

Ribuan Petani Kepung Istana Jokowi Bilang Ternyata Ucapan Terima Kasih

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 208 hits
Sejumlah elemen petani menggelar aksi unjuk rasa di depan Istana Kepresidenan Kamis Lalu lintas pun dialihkan di sejumlah titik Presiden Joko Widodo sempat bingung saat terima perwakilan masyarakat perhutani sosial di Istana Kepresidenan ap...
Cuepacs Minta Kerajaan Jangan Abai Kebajikan Guru

Cuepacs Minta Kerajaan Jangan Abai Kebajikan Guru

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 309 hits
SEMPORNA Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam meminta kerajaan melihat kebajikan termasuk berkaitan elaun para guru di negara ini khususnya yang berkhidmat di luar bandar Presidennya Datuk Azih Muda turut menyarankan sup...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities