Hapuskan Pengundian Pos Domestik Perluas Undian Awal Kata Bersih 2 0


FMT ReportersBersih 2.0 berharap dapat melihat kerajaan memperkenalkan Akta Penggal Tetap Parlimen, dengan matlamat tarikh pilihan raya yang tetap dapat ditetapkan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kategori-kategori sedia ada bagi pengundi pos domestik perlu dihapuskan kerana “kurangnya ketelusan dan kepercayaan” dalam proses itu serta Suruhanjaya Pilihan Raya, kata Bersih 2.0.
Sebaliknya, ia mencadangkan pengundi pos dibenarkan mengundi melalui pengundian awal.
Bagaimanapun, kumpulan reformasi pilihan raya itu mencadangkan pengundian melalui pos domestik diperluaskan, secara terbatas, kepada orang kelainan upaya atau pengundi dengan masalah kesihatan yang menghalang mereka keluar mengundi secara fizikal.
Cadangan itu terkandung dalam laporan “Meningkatkan Akses untuk Pengundian dalam Pilihan Raya di Malaysia”, oleh Bersih 2.0 untuk mengkaji halangan pengundi melaksanakan hak mereka untuk mengundi di negara ini.
Laporan itu disertakan cadangan bagaimana akses pengundian dapat diperbaharui untuk pengundian lebih selamat dan mudah buat semua pengundi, khasnya semasa wabak Covid-19.
Bersih 2.0 juga mahu sistem pengundian awal diperluaskan kepada pengundi yang dipenjarakan atau di luar kawasan.
Katanya, anggota polis dan tentera perlu mengundi dalam “persekitaran bebas dan tidak tertekan” semasa pengundian awal, tanpa kehadiran pegawai atasan atau syarat lain yang boleh mempengaruhi kebebasan mengundi atau mendatangkan intimidasi kepada mereka.
Bersih 2.0 berkata, SPR perlu memastikan terdapat tempat mengundi mencukupi di kawasan terpencil, khasnya di Sabah dan Sarawak.
Katanya, SPR juga perlu mengkaji penambahan tempat mengundi di kawasan bandar agar pengundian jadi lebih mudah dan murah kepada pengundi berpendapatan rendah.
Dari segi langkah kesihatan dan keselamatan, pusat mengundi atau saluran pengundian tambahan perlu dibuka bagi mengelakkan terlalu ramai pengundi.
“Jumlah pengundi per aliran pengundian perlu dihadkan kepada 400 pengundi sahaja, yang sesuai dengan saranan keselamatan umum untuk mengurangkan separuh kapasiti operasi tempat awam ketika pandemik.”
Mereka juga berharap dapat melihat kerajaan memperkenalkan Akta Penggal Tetap Parlimen, dengan matlamat tarikh pilihan raya yang tetap dapat ditetapkan, bertujuan memastikan pengundi dan parti politik tidak terkejut serta mempunyai jangkaan sah tentang bila pilihan raya akan diadakan.
Langkah lain yang dicadangkan dalam laporan itu termasuk memperluaskan pengundian pos untuk pengundi yang berada di Singapura, Brunei, Indonesia (Kalimantan), dan Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla, dan Satun).
Katanya, SPR harus menghapuskan syarat semasa bagi pengundi luar, iaitu mereka perlu berada sekurang-kurangnya 30 hari di Malaysia dalam tempoh lima tahun terakhir, untuk layak mengundi.
Kumpulan itu mahu pelaksanaan segera sistem pendaftaran pengundi secara automatik dan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun, yang sudah lama tertangguh, agar 5.6 juta rakyat yang layak memasuki proses pemilihan secara automatik.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/hapuskan-pengundian-pos-domestik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Pas Tidak Tsiqah Bakal Balik Awal Kata Aktivis

Pemuda Pas Tidak Tsiqah Bakal Balik Awal Kata Aktivis

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 264 hits
MALAYSIA DATELINETindakan Pemuda Pas yang dilihat cuba lari dari topik politik dengan memainkan isu bola pula dikecam oleh anggotanya sendiri Sehubungan itu bekas pimpinan pemuda Pas Selangor Ahmad Hakimi Othman menyifatkan Pemuda Pas sekar...
Majoriti Diragui Pm Perlu Adakan Sidang Parlimen Lebih Awal Kata Peguam

Majoriti Diragui Pm Perlu Adakan Sidang Parlimen Lebih Awal Kata Peguam

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 278 hits
Seorang peguam berkata pendedahan akuan berkanun mempersoalkan kebenaran kenyataan Muhyiddin Yassin bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti PETALING JAYA Seorang peguam mengulangi seruan agar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memanggi...
Kes Covid 19 Naik Mendadak Di Perlis Disebabkan Rentas Negeri Kata Mb

Kes Covid 19 Naik Mendadak Di Perlis Disebabkan Rentas Negeri Kata Mb

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 351 hits
Azlan Man berkata pematuhan rakyat Perlis terhadap SOP masih tinggi tetapi kes meningkat disebabkan kegiatan rentas negeri PETALING JAYA Kenaikan mendadak kes baharu Covid 19 di Perlis dipercayai berpunca daripada kegiatan rentas negeri kat...
Jk Bebas Darurat Melapor Kepada Agong Bukan Kerajaan Kata Ahli

Jk Bebas Darurat Melapor Kepada Agong Bukan Kerajaan Kata Ahli

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 333 hits
Menurut Loke kali terakhir jawatankuasa itu bermesyuarat adalah dua minggu lalu Setiausaha Organisasi DAP dan Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook Gambar Bernama Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke hari ini menegaskan Jawatankuasa ...
Surat 40 Ahli Parlimen Bn Sokong Kerajaan Tulen Kata Ismail Sabri

Surat 40 Ahli Parlimen Bn Sokong Kerajaan Tulen Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 349 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan ketulenan surat 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong kerajaan bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikeluarkan pada 29 Julai lalu Ismail Sa...
Kekal Patuhi Ordinan Darurat Berkait Pkp Jangan Ambil Risiko Kata Peguam

Kekal Patuhi Ordinan Darurat Berkait Pkp Jangan Ambil Risiko Kata Peguam

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 409 hits
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit tetap berkuat kuasa dan peraturan serta SOP ditetapkan KKM dan Ketua Pengarah Kesihatan masih diguna pakai kata Bastian Pius Vendargon PETALING JAYA Seorang peguam menasihatkan orang ramai ...
Pasukan Khas Ditubuhkan Siasat Gengsterisme Di Ipoh Kata Polis

Pasukan Khas Ditubuhkan Siasat Gengsterisme Di Ipoh Kata Polis

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 254 hits
Polis menasihatkan orang awam agar tidak mendedahkan identiti peribadi dan membuat aduan sulit melalui kaedah tular di media sosial bagi tujuan keselamatan PETALING JAYA Satu pasukan siasatan khas ditubuhkan bagi menyiasat kegiatan gengster...
Perlis Sarawak Labuan Beralih Ke Fasa 3 Ppn Mulai Rabu Kata Muhyiddin

Perlis Sarawak Labuan Beralih Ke Fasa 3 Ppn Mulai Rabu Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 386 hits
Perlis Sarawak Labuan beralih ke Fasa 3 PPN mulai Rabu kata Muhyiddin Dikemas kini 13 minit yang lalu Diterbitkan pada 2 A
Perhimpunan Pembangkang Tak Akan Ubah Keputusan Tangguh Parlimen Kata Penganalisis Politik

Perhimpunan Pembangkang Tak Akan Ubah Keputusan Tangguh Parlimen Kata Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 322 hits
Penganalisis politik berkata tindakan Ahli Parlimen pembangkang itu tidak wajar buat masa sekarang ketika kes Covid 19 masih tinggi KUALA LUMPUR Tindakan beberapa Ahli Parlimen pembangkang berarak ke bangunan Parlimen meskipun mengetahui Me...
Survey Budget 2026 Seen As Positive But Gaps Still Need To Be Addressed

Cabinet To Decide On Issues Of Student Safety Tomorrow Pm

Ramanan Vs Prabakaran Mitra In Leadership Crisis

Apakah Itu Carcosa

The Usual Suspects Our Favorite Motorcycles For Customizing

Kuskop Sokong Peluasan Jenama Borneo Ke Seluruh Negara

Mh370 Antara Fakta Dan Jiwa Yang Masih Mencari Jawapan

Why Combining Retirement Income Planning With Tax And Estate Strategies Creates True Peace Of Mind


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Langsai Hutang Dengan Emas

Paper Bowl Packaging F B Custom Kunci Pelanggan Ingat Jenama Anda Setiap Kali Makan

Kacang Goreng Salut Tepung

25 Tahun Perjalanan Seni Inteam Nur Kasih Bakal Berlangsung Di Axiata Arena

Saya Masih Sayangkan Keluarga Saya Isteri Nubhan Dedah Diceraikan Kali Pertama Ketika Hamil Anak Sulung

Migrasi Android Dari Api 28 Ke Api 35 Menghadapi Dependency Yang Saling Menggantung