Hapus Sekolah Cina Tamil Dap Nak Kecam Siapa


DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF25 JUNE 2019

BERTERUSAN nampaknya kecaman DAP terhadap PAS sehubungan dengan cadangan wakil Dewan Muslimat PAS Pusat, Salamiah Mohd Nor, supaya sekolah-sekolah Cina dan Tamil dihapuskan.

Hari ini giliran Ketua Pemuda DAP merangkap Ahli EXCO Kerajaan Perak, Howard Lee, pula mengecam PAS melalui tulisan bertajuk “tiada bukti masyarakat bertutur bahasa sama tak berpecah”.

Kata Howard Lee, cadangan ini “amatlah dangkal”, “'tin kosong' yang langsung tidak membina”, “pemikiran terpesong”, “berniat menyemai kebencian antara rakyat”, “berbaur hasutan” dan “mengundang permusuhan”.

Poin utama beliau adalah tuduhan bahawa sistem pendidikan vernakular tidak menyumbang kepada perpaduan kaum adalah tidak benar serta kelompok yang bercakap satu bahasa juga tidak semestinya sehati dan sealiran.

Saya tertanya-tanya kepada siapa sebenarnya semua kecaman DAP ini hendak ditujukan kerana jika kita teliti balik bukan PAS sahaja malah banyak pihak berwibawa lain yang turut mengutarakan perkara sama sebelum ini.

Termasuk di antara tokoh-tokoh ini adalah pemimpin kerajaan sekarang seperti:-
(1) Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri, yang menyatakan pada 25 Oktober 2018 bahawa sekolah-sekolah Cina dan Tamil adalah penghalang kepada perpaduan nasional, 28 Jun 2018 bahawa beliau berharap untuk melihat wujudnya satu sistem sekolah sahaja, di samping menyatakan perkara sama sebelum ini, antaranya pada 14 Disember 2008, 20 Jun 2012 dan 17 November 2014

(2) Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah, yang menyatakan pada 1 Disember 2008 bahawa sekolah-sekolah Cina dan Tamil perlu dihapuskan dan semua kanak kanak dikehendaki mengikut satu sistem persekolahan untuk mencapai kesamarataan dan perpaduan

(3) Datuk A Kadir Jasin, Pegawai Media kepada Perdana Menteri, yang menyatakan pada 5 Disember 2008 bahawa “tidak guna kita mengekalkan sistem yang ada sekarang semata-mata kerana cauvinisme politik sedangkan sistem pendidikan kita hambar dengan pelajar pelbagai kaum yang tebal perkauman serta lemah dalam semua bahasa yang kononnya diperjuangkan”.

Termasuk di antara tokoh-tokoh ini juga adalah golongan istana seperti:-
(1) Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, yang menyatakan pada 7 Mei 2015, 21 September 2016 dan 3 November 2016 bahawa sekolah rendah hanya perlu memiliki satu aliran dengan bahasa kebangsaan harus dijadikan bahasa penghantar bagi mengatasi masalah perpaduan kaum

(2) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, yang menyatakan pada 4 September 2016 bahawa sekolah-sekolah Cina dan Tamil perlu dihapuskan dan digantikan dengan sekolah satu aliran.

Termasuk di antara tokoh-tokoh ini juga adalah golongan agamawan seperti:-
(1) Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak, yang menyatakan pada 23 September 2015 bahawa sekolah-sekolah Cina dan Tamil perlu dimansuhkan bagi mengurangkan masalah perbalahan kaum yang semakin meruncing

(2) Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis, yang menyatakan pada 24 Disember 2018 bahawa semua anak Malaysia hendaklah melalui pendidikan sistem sekolah kebangsaan dari umur tujuh tahun sehingga ke umur dua belas tahun.

Termasuk di antara tokoh-tokoh ini juga adalah golongan cendekiawan seperti:- 
(1) Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, pakar sejarah UM (waktu itu), yang menyatakan pada 2 Disember 2008 bahawa cadangan menyatukan sistem persekolahan sangat baik dan menyamai cadangan dalam Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Barnes (1950) dan 22 Oktober 2009 bahawa sistem sekolah satu aliran perlu dilaksanakan bagi mewujudkan perpaduan kaum

(2) Prof Datuk Dr Ramlah Adam, Rektor KYM (waktu itu), yang menyatakan pada 2 Disember 2008 bahawa cadangan menyatukan sistem persekolahan asalnya diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dan diterjemahkan dalam Penyata Razak 1956 dan pelaksanaannya akan dapat mengeratkan perpaduan kaum

(3) Datuk Mohd Noor Abdullah, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, yang menyatakan pada 12 Mei 2013 bahawa sekolah-sekolah Cina dan Tamil perlu dihapuskan kerana ia bukan sahaja memecahbelahkan masyarakat malah tidak diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan

(4) Prof Dr Rosnani Hashim, pakar pendidikan UIA (waktu itu), yang menyatakan pada 5 Februari 2013 bahawa sekolah-sekolah Cina gagal memupuk perpaduan di kalangan pelajar sekolah dan melemahkan penguasaan bahasa Melayu

(5) Tan Sri Dr Abdul Rahmad Arshad, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, yang menyatakan pada 12 Mei 2013 bahawa sekolah-sekolah Cina dan Tamil perlu dihapuskan dan digantikan dengan sekolah aliran tunggal bagi menyatukan sistem persekolahan

(6) Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, Felo Utama KITA, UKM, yang menyatakan pada 27 September 2015 bahawa sekolah-sekolah Cina dan Tamil perlu dihapuskan dan digantikan dengan sekolah kebangsaan

(7) Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, pakar peradaban UNISZA, yang menyatakan pada 25 Januari 2016 bahawa sekolah-sekolah Cina dan Tamil perlu dihapuskan dan digantikan dengan sekolah kebangsaan

(8) Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Harun, pakar pendidikan UM, yang menyatakan pada 8 Januari 2019 bahawa Malaysia perlukan sekolah rendah satu aliran bagi mengukuhkan asas keharmonian negara

(9) Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, yang menyatakan pada 24 Mac 2019 bahawa beliau menyokong hanya wujudkan sekolah satu aliran demi perpaduan yang utuh.

Ramai lagi tokoh-tokoh lain yang berpandangan sama, termasuk dari dunia akademik, politik atau pentadbiran, tetapi cukuplah dengan senarai ini sahaja dahulu.

Malah, secara berkumpulan, pelbagai NGO Melayu Islam juga berpandangan sama, termasuklah:-
(1) Gabungan 130 NGO Melayu Islam yang menyatakan pada 11 Jun 2013 bahawa kerajaan hendaklah menghapuskan sekolah-sekolah Cina dan Tamil dan mewujudkan satu aliran sekolah kebangsaan

(2) Gabungan lebih 300 NGO Melayu Islam yang menyatakan pada 23 November 2014 bahawa kerajaan hendaklah menghapuskan sekolah-sekolah Cina dan Tamil dan mewujudkan satu aliran sekolah kebangsaan

(3) Gabungan 10 NGO Melayu Islam yang menyatakan pada 23 Mei 2019 bahawa kerajaan hendaklah menghapuskan sekolah-sekolah Cina dan Tamil dan mewujudkan satu aliran sekolah kebangsaan.

Apakah DAP mahu menyatakan bahawa kenyataan semua tokoh ini “amatlah dangkal”, “'tin kosong' yang langsung tidak membina”, “pemikiran terpesong”, “berniat menyemai kebencian antara rakyat”, “berbaur hasutan” dan “mengundang permusuhan”?

Mengapakah pula DAP bersikap sangat selektif dan hanya berani membuat laporan polis terhadap PAS sahaja sedangkan banyak pihak lain yang turut membuat gesaan seperti yang dibuat oleh PAS, khususnya gesaan yang dibuat selepas berlangsungnya PRU 14?

DAP mahu kecam PAS atau mahu kecam siapa sebenarnya?

DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF - HARAKAHDAILY 25/6/2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/hapus-sekolah-cina-tamil-dap-nak-kecam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sengaja Minta Kecam Buat Parodi Picit Roti Netizen Nak Muntah Tengok Faiz Roslan

Sengaja Minta Kecam Buat Parodi Picit Roti Netizen Nak Muntah Tengok Faiz Roslan

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 433 hits
Sekian lama menyepi dan hampir bunuh diri Instafamous Faiz Roslan yang terkenal dengan kelembutannya muncul kembali dengan video parodi picit roti dimuat naik menerusi laman Twitter miliknya BACA Faiz Roslan Tak Jadi Bunuh Diri Kini Sudah K...
Syor Tulisan Jawi Mandarin Dan Tamil Subjek Wajib Di Sekolah Kebangsaan

Syor Tulisan Jawi Mandarin Dan Tamil Subjek Wajib Di Sekolah Kebangsaan

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 291 hits
KUANTAN Dewan Pemuda Pas Pusat mencadangkan supaya mata pelajaran berasaskan tulisan jawi Mandarin dan Tamil dijadikan sebagai subjek wajib di sekolah sekolah kebangsaan di negara ini Ketuanya Ir Khairil Nizam Khirudin berkata cadangan itu ...
Nak Bawa Gambar Mamajee Ke Sekolah Sebak Dengar Perkongsian Fatimah Di Sekolah

Nak Bawa Gambar Mamajee Ke Sekolah Sebak Dengar Perkongsian Fatimah Di Sekolah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 407 hits
Nak bawa gambar Mamajee ke sekolah begitulah luahan Fatimah yang dikongsi oleh ibu bapanya di instagram The Family UK Ramai yang mengetahui betapa rapatnya Fatimah dan arwah bapa saudaranya yang dikenali sebagai Adamdidam atau Chef Adam Che...
Nak Masuk Cyber Cafe Punya Pasal Pelajar Sanggup Tebuk Kotak Untuk Melindungi Pakaian Seragam Sekolah

Nak Masuk Cyber Cafe Punya Pasal Pelajar Sanggup Tebuk Kotak Untuk Melindungi Pakaian Seragam Sekolah

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 308 hits
Jika diimbau kembali sebelum telefon pintar mampu dimiliki oleh golongan golongan muda terutamanya pelajar sekolah kafe siber merupakan tempat yang paling sesuai untuk dikunjungi atas pelbagai tujuan Kebiasaannya kafe siber akan dipenuhi ol...
Netizen Kecam Pan Bawa Borang Parti Ke Sekolah

Netizen Kecam Pan Bawa Borang Parti Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 268 hits
By 29 Jun 2019 Tarmizi melihat seorang guru mengisi borang keahlian PAN dalam bilik guru sebuah sekolah di Perak Tengah KUALA LUMPUR Netizen mempersoalkan tindakan seorang Ahli Jawatankuasa Biro Komunikasi Parti Amanah Negara membawa borang...
Bahasa Cina Di Semua Peringkat Di Sekolah Arab Saudi

Bahasa Cina Di Semua Peringkat Di Sekolah Arab Saudi

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 219 hits
This news came out earlier I though it was fake news But it is true and has been reported in a number of Middle Eastern media JEDDAH Saudi and China Friday agreed to include Chinese as curriculum at all stages of education in schools and un...
Hati Hati Kalau Nak Keluar Duit Lelaki Ini Kena Tikam Depan Mesin Atm

Hati Hati Kalau Nak Keluar Duit Lelaki Ini Kena Tikam Depan Mesin Atm

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 534 hits
Kita selalu guna mesin ATM untuk buat urusan keluar duit transfer duit bayar bil atau apa apa yang berkenaan dengan duit lah Sekarang ni banyak kejadian yang membahayakan berlaku berdekatan dengan ATM Kejadian yang dilaporkan berlaku di Chi...
Berbaloi 7 Tahun Menunggu Terus Dapat Kembar Bukan Ivf Tapi Allah Nak Bagi

Berbaloi 7 Tahun Menunggu Terus Dapat Kembar Bukan Ivf Tapi Allah Nak Bagi

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 360 hits
Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi 39 dikurniakan anak kembar perempuan beberapa hari lalu Menerusi laporan dia bersyukur kepada Allah SWT atas kurniaan rezeki walaupun dirinya dan isteri tidak mempunyai sejarah kembar Isterinya ...
Dah Ke Terengganu Nak Balik Singgah Pantai Cahaya Bulan

Dah Ke Terengganu Nak Balik Singgah Pantai Cahaya Bulan

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 354 hits
Dah Ke Terengganu Nak Balik Singgah Pantai Cahaya Bulan Esoknya kami bergerak keluar dari Pulau selepas sarapan pagi dan teruskan perjalanan ke Kelantan dengan menaiki teksi Kenapa kami memilih ke Kelantan Sebab ianya dah hampir dengan utar...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment