Happy Birthday Novemberian
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Happy Birthday NovembeRian. Majlis birthday Novemberian dan jugak doa selamat sempena anak s.i.l khatam Al-Quran itu disambut suka dalam duka. Itulah manusia hanya mampu merancang tapi perancangan Allah adalah yang terbaik.
Happy Birthday NovembeRian.
Ice-cream cake sponsor by organizerPada hari yang sama tanpa kami semua duga berlaku kematian pulak dikalangan ahli keluarga iaitu cousin kepada Mr. A dan adik-beradiknyalah kira anak sedara kepada f.i.l. Di petang hari time Mrs. A baca berita tu dalam group WhatsApp ingatkan majlis tersebut post pone ke esok harinya tetapi sehingga ke petang tiada sebarang pengumuman post pone. Aryssa, Mr. and Mrs. A ada je kat rumah sendiri cos Mr. A tak berapa nak sihat.
Adik dan Along awal-awal lagi dah pergi ke Jiboi cos sebelah tengahari ada barbeque. Kemahen! tau depa siap tunjuk....
Happy Birthday NovembeRian.
barbeque ayam in progressOleh kerana Mr. A tak berapa sihat (to be exact kena G) mulanya dia fikir macam tak dapatlah nak ziarah cousin dia yang meninggal tu. Tapi bertalu-talu pulak call masuk daripada sedara-mara yang kat hospitallah, kat rumah di Mambau tu lagi so kekdahnya dia pun rasa tak sedap hati dengan bertongkat-tongkat tu pergi jugaklah dah petang pun nak dekat maghrib we all pergi Mrs. A yang drive cos dia tak boleh drive.
Sesampai di Mambau belah family Mr. A hanya ada we all bertiga aje. Sedara-mara ramai jugaklah dah berkumpul sementara menunggu jenazah sampai. Mrs. A difahamkan jenazah telah siap dimandikan di hospital HTJ, akan dikebumikan selepas solat Isyak dan akan disembahyangkan di rumah serta tahlil kemudian baharulah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Mambau untuk dikebumikan. Solat maghrib sendiri-sendiri je Mrs. A ingatkan ada buat solat jemaah. Alhamdulillah sempat jugaklah Mrs. A habiskan bacaan Yasin sementara menunggu jenazah sampai. Tak lama kemudian Mrs. A nampak parents-in-laws pun datang bersama dengan Along dan Alang time tu jenazah baru sampai dan yang jadi imam sembahyang jenazah itupun adalah f.i.l. Selesai sembahyang jenazah we all terus aje balik Jiboi tak hantar sampai ke kubur pun. Ialah kat rumah ada majlis yang perlu diselesaikan.
Sesungguhnya malam tu rezeki orang-orang perak yang datang ziarah itu jugaklah kat majlis birthday Novemberian tu cos selepas selesai solat jenazah tu m.i.l ajak mereka datang rumah sebelum balik terus ke Perak. Memikirkan mereka jauh lagipun kat rumah orang meninggal tak sesuailah nak jamu makan-makan. Di jiboi sekali lagi f.i.l buat tahlil dan kemudian doa selamat. Kemudian barulah kami menjamu selera bersama tetamu dari Perak (sedara-mara m.i.l)
7 orang birthday di bulan November yang tudung kuning tu s.i.l punya mil
Birthday boy dengan birthday girl sedang membakar kamving
Awat!? yang marak sangat apinya tu
Happy birthday dear s.i.l and happy anniversary jugak to both of you moga berbahagia till Jannah.
eh! ada photo bomb laAlhamdulillah walaupun majlis tak berjalan sebagaimana yang di plan macam tahun lepas [SINI] banyak aturcara terpaksa dibatal tapi syukur tetap jugak kita dapat berkumpul beramai-ramai dan meraikan tetamu dari Perak.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2019/11/happy-birthday-novemberian.html