Happy Birthday Husband 10 10 2020
HAPPY BIRTHDAY HUSBAND 10.10.2020 - Tarikh cantik oiiii ! 10102020. Tapi apakan daya, tak sempat nak update pun kat blog. Makanya, sesi throwback je lah ! Mummy memang sangat kekangan masa nak update blog di sebabkan banyak kerja-kerja yang memerlukan berjumpa dengan orang (appointment setiap masa) dan bisnes online di Shopee . Biasalah, stok kalendar murah 2020 dah siap. Menderu juga orang order. 25 sen je harganya ! Mana orang tak berebut kan ! Nantilah, ada masa mummy update tentang kalendar tahun 2021 murah tu kat blog mummy. Sekarang ini, meh kita fokus pada entri BIRTHDAY HUSBAND pada tarikh cantik 10102020
Sesekali kita lunch berdua ye
HAPPY BIRTHDAY HUSBAND 10.10.2020
Nak di jadikan cerita HAPPY BIRTHDAY HUSBAND 10.10.2020 ni mummy memang dah plan awal untuk beli hadiah husband. Beberapa bulan lepas, darah husband naik sket, penat kerja agaknya. Sepanjang PKPP, PKPB ini jadual kerjanya selang sehari kena kerja pagi sampai pagi. Mulai dari tu, plan nak belikan jam yang boleh cek heart beat dan tekanan darahnya. Kami pernah ada Mi Band, tapi kali ini nak beli yang lagi canggih untuk suami. Almaklumlah, birthday kita aritu pun, kemahen lagi dia invest kan.
dating berdua dan lepak makan lunch berdua sekali harung
Sebelum 10102020. Bagi awal-awal senang. Malas nak sembunyikan sana sini
As usual, mummy dah menabung untuk birthday daddy. So, terus aim jam Garmin. Ha sudah, last year pun bagi jam, this year pun bagi jam jugak !
Tak pe lah, lelaki tu je lah aksesori depa kan. Apa salahnya kalau jam bebanyak pun. Orang perempuan pun sibuk nak gelang emas, rantai emas, cincing lah biskut tawar pulut dakap etc kan (but not me) banyak-banyak kan. Hehehe.
Nekad je,lah beli jam Garmin ni. Gigih mummy pi 1 Utama yang di tutup sekarang ini akibat Covid-19. Tapi mummy ke 1 Utama tu , sebelum adanya kes Covid-19 !
Rezeki si sang suami tu lah, kan. Memang ntahlah, tak tahu kenapa mummy awal-awal lagi dah beli dan bagi hadiah awal kepada daddy. Kalau lambat pi beli, mampuihlah ! Dengan 1 Utaam tutup, dengan PKPB nya lagi kan.
Tepat tarikh 10102020, birthday daddy yang sebenar. Kids dah bising-bising tanya tak ada hadiah ke, tak ada kek ke? Padahal mummy dah dating dulu aal dah hahaha. Oleh kerana tak mahu hampakan anak-anak. Siang tu, selepas mummy pi pos barang, basuh baju kat dobi, basuh kereta dan beli stok barang.
Mumm terus ajak anak-anak ke kedai Dede Flower & Ballons kat area rumah mak. Sebelum tu, kids ajak prank / surprise kan daddy. Tapi, sibuk call daddy. Tanya daddy dah balik kerja ke belum. Haha.
Samapi kedai ballon, beli ballon je lah, kids pilih warna memasing. Ye lah, nanti belon tu semua dorang gak yang nak main juga,kan hehehe.
Kek pula, mummy order food panda je lah. Malas dah nak ke sana sini. almost seharian jugaklah kami ni ke sana sini .
Order food panda senang, sebab kami balik rumah, siap mandi, anak-anak makan dinner dulu. Barulah kita potong kek daddy. Tak adalah kami buang masa lagi,kan !
Food panda sekarang ini pun, ada banyak offer dan free delivery . Bergantung pada promo dari semasa ke semasa jugaklah tu.
rezeki daddy juga sebab harga keke baskin robin ni tak sampai rm100 pun beli kat food panda. Jimat oiii !
Sakan lah birthday daddy tahun ni ye. Hehehe. Tak apalah, sesekali untuk orang yang tersayang dan orang yang banyak bekerja keras untk kami sekeluarga ni.
Moga daddy sentiasa sihat, di permudahkan urusan di dunia dan si akhirat. Ameen !
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2020/10/happy-birthday-husband-10102020.html