Hanyalah Sebab Dapat 1e Je Semua Sekolah Tolak Anak Saya Jangan Kata Nak Mohon Nak Pegang Borang Pun Tak Boleh




Sebaik keputusan peperiksaan UPSR diperolehi, kami suami isteri menaiki motosikal ke sebuah sekolah agama di Tampin. Dalam perjalanan sekejap hujan sekejap panas akhirnya kami sampai juga.

Kerani bertanyakan keputusan UPSR Faris. “Maaf ya, ada 1E borang pun kami tak bagi”. “Tapi UPKK nya 7A 1B, PAJSK nya bagus” kataku. “Maaf ya, kami tetap tengok keputusan UPSR. PAJSK pun kami tak kira”.

Dalam hati tertanya tanya utk apa PAJSK ni kalau UPSR juga dipandang. Untuk apa UPKK 7A 1B ni kalau keputusannya tak dijeling untuk apa ujian J-Qaf tertera mumtaz disijilnya. Untuk apa aktif mewakili sekolah. Kalau semuanya hanya kertas yang tak berguna.

Apa yg E? Bahasa Inggeris penulisannya E. Kami tak patah semangat. Langkah diatur ke sekolah agama yg ke 2. Ya dapat borangnya. Syaratnya tiada E. Tapi kami cuba. Tak dapat juga. Saya menulis surat rayuan. Tiada balasan. Mesej pertanyaan adakah rayuan saya diterima juga tiada balasan. Sekadar blue tick.

Akhirnya saya hubungi sekolah.
Sekolah kata hubungi pengetua
Dan jawapannya tiada pengambilan pelajar lelaki lagi. Sekolah agama yang ke dua pun begitu juga. Jawapan sama. Dukacita beritanya.

Saya bagitau Faris, tak dpt sekolah agama. Dia termenung.Sedih.
Itu kemahuannya. Bersekolah di sekolah agama. Minatnya lebih kepada agama.
Jadi saya cuba mohonkan utk dia.
Setelah tak dapat ke mana mana, Faris ke sekolah harian biasa. Namun usaha saya tidak berakhir disitu saja.

Saya bertemu guru disekolah itu.
Dengan harapan dapat mohon aliran KAA (kelas aliran agama). Jawapan hampa.
Katanya ada ramai lagi senarai menunggu. Sedangkan saya tak buat permohonan pada mulanya.

Saya tak mohon kerana Faris berhasrat untuk tinggal diasrama sebagaimana abangnya. Oleh sebab itu saya tak mohon pun aliran KAA .Tak melalui proses temuduga dan sebagainya.Tak mengapa. Saya masih mengambil masa.

28hb Feb saya ke PPD. Dilayan sgt baik disana. Saya bertanya bolehkah Faris memohon aliran KAA di sekolahnya. Katanya tiada masalah kerana UPKKnya bagus. Lalu dia menghubungi pihak sekolah dan memaklumkan permohonan saya. Saya bergegas pula ke sekolah.
Saya diminta membuat surat rayuan.

Keesokan harinya saya datang lagi bertemu pengetua bersama surat rayuan, kemudian Faris perlu melalui ujian bertulis dan hafazan. Pagi itu juga Faris dipanggil utk melalui ujian tersebut tanpa apa apa persediaan.

Sehari selepas ujian, saya mesej guru yg menjalankan ujian. Blue tick saja. Mesej saya tidak berbalas. Mungkin sibuk agaknya. Bisik hati saya. Seminggu berlalu. Tiada jawapan. Saya tidak sabar menunggu keputusan. Terlalu lama dirasakan.

Lantas saya menghubungi beliau. Katanya Faris tidak diterima kerana ada E. Ya ada E. 1 je E Itulah penulisan bahasa inggerisnya E. Bukan bahasa Melayu. Bukan matematik. Bukan juga sains.Tapi E untuk bahasa inggeris penulisan. Kerana 1 E itu dia gagal lagi untuk menempatkan diri di kelas aliran agama. Saya tertanya tanya. Adakah aliran agama itu diajar dalam bahasa inggeris???

Saya sampaikan berita sedih kepada Faris. Permohonannya di tolak. Jawapan yang saya terima dari anak ini. “Faris nak masuk tahfiz”. Saya tenung wajahnya. Tiada riak kecewa. Tapi tegas suaranya.Nekadkah dia?

“ibu nak amik adik sekolah. Faris fikir dulu betul betul”. Balik dari sekolah, saya panggil dia.”Faris”…”Tahfiz” Jawabnya pendek.Ringkas.Padat. Ya dia nekad.

Saya hantar adiknya ke kafa, petang yg sama saya pergi ke tahfiz berdekatan.Meninjau ninjau kalau kalau ada tempat untuk Faris. Alhamdulillah masih ada kekosongan.

Bulanannya RM150. Akan kami usahakan. Belajar kitab dan hafazan Al Quran tetapi tiada akademik disini.Tak mengapa.yang penting minat dan kemahuan Faris kami sokong saja.

Ahad berikutnya kami bawa Faris ke pusat tahfiz untuk menjalani sesi temuduga lisan, hafazan,bacaan dan bertulis. Beberapa hari penuh debaran menanti keputusan. Alhamdulillah syukur Faris melepasi ujian.

“Faris, Faris dapat tau tahfiz tu”. Ye ke bu? Alhamdulillah..Alhamdulillah” sambil dia menekup mukanya. “Faris tak sabar nak botak bu”. Senyum panjang dia. Alhamdulillah..syukur.

Tak apa Faris. Jangan bimbang jika manusia tak terima kita. Tapi bimbanglah jika Allah tak terima kita. Syukur Alhamdulillah. Tercapai hajat Faris nak sekolah agama.Belajar agama.

Pagi esoknya saya bawa Faris ke pusat Tahfiz. Melihat asramanya, bertemu kawan kawan barunya. Saya tanya. Apa cita cita Faris? Doktor yang hafiz Al Quran ke? “Faris nak jadi imam”. Aamiinn ya rabbal alamin. Nanti doakan ibu ya…doakan ayah.

Teruskan perjalanan Faris. Susah payah akan kami usahakan. Semoga impian Faris jadi kenyataan. Aamiinn. E bukan bermakna semua akan berakhir. Moga E itu adalah satu perjuangan ke arah kemenangan.

Kita dah berusaha. Kita dah cuba sedaya upaya. Jika tertulis bukan rezeki kita. Tetap bukan jadi milik kita.

Tapi jika Allah dah tetapkan situ tempatnya.Tiada siapapun dapat mengubahnya. Allah dah susun cantik perjalanan hidup Faris. Moga penghakhiran juga seindah perjalanan yang telah Allah aturkan.

Semoga di tahfiz itu menjadikan Faris lebih baik bacaan dan hafazan. Faris memang anak baik. Tak pernah tinggi suara dekat ibu. Ibu redha ke atas Faris dunia akhirat.

Ya Allah, Jagakan dia untukku. Apa saja yg ditakdirkan untuknya. Takdirkan jua dengan segala kebaikan, kesenangan dan kemudahan disepanjang kehidupan dunia akhiratnya.

Sumber: Facebook Juraini Kadir via susukurma via ekisah.com © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Sumber Hanyalah sebab dapat 1E je, Semua sekolah tolak anak saya. Jangan kata nak mohon, nak pegang borang pun tak boleh...

Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/03/hanyalah-sebab-dapat-1e-je-semua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sayangkan Anak Bukan Tak Boleh Marah Atau Larang Cuma Ada Caranya Nak Marah

Sayangkan Anak Bukan Tak Boleh Marah Atau Larang Cuma Ada Caranya Nak Marah

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 285 hits
Sayangkan anak bukan bermaksud kita tak boleh marah atau larang Cuma kita perlu belajar cara marah dan melarang yang boleh membantu anak anak kita jadi lebih berupaya dan sayang diri dia dan kita Caranya mudah sahaja seperti yang dikongsika...
Ummi Amna Nak Jadi Anak Syurga Kata Kata Akhir Nur Amna Beberapa Jam Sebelum Maut Kemalangan

Ummi Amna Nak Jadi Anak Syurga Kata Kata Akhir Nur Amna Beberapa Jam Sebelum Maut Kemalangan

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 450 hits
ANAK bongsu memaklumkan kepada saya bahawa dia mahu menjadi anak syurga selepas kami solat Maghrib berjemaah semalam kata Laila Mohd Zazali ibu kepada Nur Amna Nafeesa Mohd Azni 5 yang maut dalam kemalangan Kilometer 1 9 Jalan Machang Pasir...
Nak Beli Mainan Jangan Depan Anak Ibu Ini Berjaya Didik Anak Supaya Tak Tantrum

Nak Beli Mainan Jangan Depan Anak Ibu Ini Berjaya Didik Anak Supaya Tak Tantrum

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 534 hits
Mesti ramai ibu bapa yang mengalami situasi dimana anak akan mengamuk di dalam kedai bila kehendak mereka tidak dipenuhi Ada sesetengah dari anak kecil menghempaskan diri ke lantai membaling barang dan menangis sekuat hati sehingga mengangg...
P Ko Skmm Pehal Nak Censored Kata Netizen Tapi Ini 4 Sebab Kenapa Video Keganasan Tak Boleh Diviralkan

P Ko Skmm Pehal Nak Censored Kata Netizen Tapi Ini 4 Sebab Kenapa Video Keganasan Tak Boleh Diviralkan

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 637 hits
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia semalam mengeluarkan kenyataan melarang pengguna media sosial memuat naik dan menyebar video kejadian pengganas berfahaman radikal melepaskan tembakan rambang terhadap jemaah Masjid Al Noor di Chri...
Jangan Halang Hak Anak Anak Tak Divaksin Ke Sekolah Untuk Belajar

Jangan Halang Hak Anak Anak Tak Divaksin Ke Sekolah Untuk Belajar

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 390 hits
Oleh Sebenarnya aku setuju dengan Dr Maszlee yang anak tidak divaksin itu tidak patut dihalang ke sekolah Tidak patut kerana kesalahan ibu bapa dia dia pula kena tanggung Apabila anak tidak divaksin ke sekolah inilah masanya mendidik anak a...
Mak Mak Tolong Sediakan Bekal Untuk Anak Boleh Tak Cikgu Ini Kongsi Apa Yang Terjadi Di Sekolah

Mak Mak Tolong Sediakan Bekal Untuk Anak Boleh Tak Cikgu Ini Kongsi Apa Yang Terjadi Di Sekolah

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 734 hits
Mungkin ada anak anak terutama tahun satu yang masih lagi dalam sesi suai kenal dan pembelajaran untuk berdikari tambahan lagi ketika membeli makanan waktu rehat di kantin sekolah Beratur panjang itu kebiasaan lah sempat atau tak sempat mak...
Jangan Sebab Nak Rumah Kemas Ibu Marah Anak Buat Ikut Kemampuan Cakap Elok Elok

Jangan Sebab Nak Rumah Kemas Ibu Marah Anak Buat Ikut Kemampuan Cakap Elok Elok

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 435 hits
Mak mak yang ada anak kecil jangan selalu susah hati Jangan selalu rasa bersalah Jangan selalu salahkan diri Kenapa Ini yang wanita bergelar ibu kena faham Perkongsian dari ibu kepada tiga orang anak Puan memberi sedikit kekuatan untuk ibu ...
Adakah Mereka Nak Kata Pendeposit Semua Mudah Diperbodohkan

Adakah Mereka Nak Kata Pendeposit Semua Mudah Diperbodohkan

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 430 hits
Propaganda PH tentang Tabung Haji agak kelakar Bertahun tahun mereka tuduh duit berbilion bilion TH telah dirompak oleh BN dan TH dah bankrap Akibatnya ada pendeposit terperdaya dan hilang giliran menunaikan haji Propaganda mereka masa itu ...
Anak Tak Nak Masuk Sekolah Sebab Nak Tengok Lori Bomba Apa Yang Dilakukan Si Ayah Buat Netizen Terharu

Anak Tak Nak Masuk Sekolah Sebab Nak Tengok Lori Bomba Apa Yang Dilakukan Si Ayah Buat Netizen Terharu

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 847 hits
Macam macam karenah anak anak yang kita terpaksa hadap lagi lagi bagi anak yang dah mula ke sekolah Setiap pagi nak menghadapi mood mereka yang tak menentu bukan nya perkara mudah Kalau tak pandai kawal kita sendiri pun boleh naik angin jug...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah