Hanya Tinggal Dr M Selepas 48 Jam



Dalam 48 jam lepas, nasib Mahathir berubah daripada status seorang PM yang perlu diganti dengan Anwar pada 2020, kepada seorang ahli Parlimen bebas yang pertama mendapat sokongan hampir semua parti politik untuk menjadi PM Malaysia.
Timmy Say, Free Malaysia Today
Selepas 48 jam sejak gempa bumi politik yang bermula pada Ahad lepas, dalam kerajaan Pakatan Harapan hanya tinggal Dr Mahathir Mohamad yang masih mengekalkan jawatannya sebagai perdana menteri.
Kini, kedudukan beliau berubah daripada perdana menteri interim PH kepada perdana menteri interim yang dilantik Agong apabila perletakkan jawatannya diterima Agong.
Tindakan Mahathir meletakkan jawatan berkait dengan 2 isu, iaitu berpecahnya PH dengan tindakan PPBM dan segelintir ahli Parlimen PKR keluar daripada gabungan kerajaan itu dan dakwaan beliau enggan bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan baru. Namun, untuk 48 jam yang lalu, tiada sepatah katapun yang keluar daripada mulut Mahathir setakat ini.
Mahathir juga secara teknikalnya menjadi ahli Parlimen bebas setelah beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi PPBM sejam selepas Jabatan Perdana Menteri mengesahkan beliau meletak jawatan sebagai PM.
Dalam drama politik 48 jam ini, persepsi rakyat terhadap Mahathir turut berubah secara drastik. Suara-suara yang sentiasa mendesak beliau untuk meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim tetiba menjadi sunyi.
Sebaliknya, semua presiden parti komponen PH yang lain, Amanah, DAP dan PKR termasuk Anwar sendiri membuat kenyataan merayu Mahathir kembali menjadi PM. Mereka semua percaya Mahathir tidak terlibat dengan komplot untuk menggulingkan kerajaan PH.
Kebetulan sehari sebelum peletakan jawatan Mahathir, parti Warisan, PPBM dan sebilangan PKR yang keluar parti bersama parti pembangkang seperti Umno, PAS, PBB juga mengisytiharkan mereka menyokong Mahathir sebagai PM.
Ini bermakna dalam 48 jam lepas, nasib Mahathir berubah daripada status seorang PM yang perlu diganti dengan Anwar pada 2020, kepada seorang ahli Parlimen bebas yang pertama mendapat sokongan hampir semua parti politik untuk menjadi PM Malaysia.
Cuma, nasib Mahathir sangat berbeza dengan nasib PH. Dalam 48 jam yang lepas, mereka kelihatan kehilangan majoriti di Parlimen, dan kehilangan semua jawatan lantikan Kabinet. Antara benda yang turut terkorban di dalam 48 jam yang lepas ialah perjanjian peralihan kuasa di antara Mahathir dan Anwar.
Tidak diketahui, apakah PH akan mendapat semula sokongan majoriti dengan segelintir ahli Parlimen pembangkang dalam masa terdekat ini? Apakah PH akan tewas kepada gabungan ahli pembangkang yang mendapat majoriti dengan segelintir ahli Parlimen PH daripada PPBM dan PKR? Apakah ada beza istilah kepada kedua-dua cara pembentukan kerajaan yang baru ini?
Sebagai PM interim yang dilantik Agong, Mahathir kini nampak bebas kerana tidak lagi terikat dengan PH mahupun Majlis Presiden PH ekoran tindakan PPBM keluar dari PH. Untuk tempoh yang singkat ini, beliau adalah kerajaan dan kerajaan adalah beliau.
48 jam yang lepas juga menimbulkan pelbagai persoalan dalam minda rakyat.
Betulkah Mahathir tidak terlibat dengan rancangan menubuhkan kerajaan baru seperti yang dikatakan Anwar dan Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng?
Jika begitu, di manakah Azmin dan Muhyiddin Yassin mendapat keberanian untuk keluar PKR dan membawa PPBM keluar daripada PH? Mengapa anak Mahathir, Mukhriz masih hadir ke mesyuarat PPBM malam semalam? Apakah mereka tidak takut rancangan mereka akan digagalkan oleh Mahathir sendiri menyebabkan mereka hilang segalanya?
Apapun, kini ruang menjadi PM terbuka kepada semua. Takhta PM secara rasminya sudah ditanggalkan Mahathir dan kini diamanahkan kepada Mahathir oleh Agong sambil menunggu tuannya yang baru.
Syarat untuk menjadi tuan hanya satu – tunjuklah kepada Agong bahawa ia mempunyai sokongan melebihi 112 ahli Parlimen. Peluang sudah dibuka, jangan salahkan sesiapa jika sendiri gagal untuk “claim the throne”.
Jika tiada sesiapa yang dapat menuntutnya, takhta PM ini mungkin kekal di tangan ahli Parlimen bebas baru berusia 94 tahun ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/02/25/hanya-tinggal-dr-m-selepas-48-jam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Tinggal Sekejap Dalam Kereta Anak Di Bawa Lari Lebih 2 Jam

Hanya Tinggal Sekejap Dalam Kereta Anak Di Bawa Lari Lebih 2 Jam

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 257 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia 6 tahun dilarikan perompak pada sekitar 7 45 pagi tadi telah berjaya ditemui Kejadian berlaku apabila perompak berkenaan bertindak masuk dan melarikan kenderaan mangsa di mana kanak kanak itu berada Diculi...
Jokowi Tinjau Tol Pekanbaru Dumai Sekarang Waktu Tempuh Hanya 2 Jam

Jokowi Tinjau Tol Pekanbaru Dumai Sekarang Waktu Tempuh Hanya 2 Jam

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 169 hits
Presiden Joko Widodo melakukan peninjauan di ruas Tol Pekanbaru Dumai seksi 1 Secara keseluruhan diharapkan pembangunan tol Pekanbaru Dumai selesai akhir April 2020
Essential Menghentikan Operasi Selepas Mengeluar Hanya Satu Peranti

Essential Menghentikan Operasi Selepas Mengeluar Hanya Satu Peranti

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 116 hits
Essential syarikat yang diasaskan oleh bapa Android Andy Rubin kini tidak lagi beroperasi Kenyataan mengenai masa depan syarikat telah diumumkan oleh Essential menerusi blog rasmi mereka awa pagi tadi Sejak lima tahun wujud Essential hanya ...
Terlupa Anak Di Dalam Kereta Bayi 9 Bulan Maut Selepas 4 Jam Terkurung

Terlupa Anak Di Dalam Kereta Bayi 9 Bulan Maut Selepas 4 Jam Terkurung

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 348 hits
Luluh hati seorang bapa apabila bayi yang baru berusia 9 bulan ditemui tidak bernyawa di dalam kereta di Kompleks Tun Razak Indera Mahkota Kuantan tengah hari tadi Bapanya sendiri menemui mangsa di dalam kereta yang ketika itu mahu keluar d...
Bayi 9 Bulan Maut Selepas Ditinggalkan 4 Jam Dalam Kereta

Bayi 9 Bulan Maut Selepas Ditinggalkan 4 Jam Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 426 hits
Bayi 9 bulan maut selepas ditinggalkan 4 jam dalam keretaSeorang bayi berusia 9 bulan ditemui tidak bernyawa di dalam kereta bapanya di Kompleks Tun Razak Indera Mahkota Kuantan tengah hari tadi Mangsa ditemui oleh bapanya sendiri yang keti...
Lepas Mesyuarat 4 Jam Dr M Hanya Kunci Mulut

Lepas Mesyuarat 4 Jam Dr M Hanya Kunci Mulut

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 214 hits
Diterbitkan Hari ini 4 14 petangBERITAPemimpin pemimpin Bersatu hari ini bermesyuarat selama kira kira empat jam Bagaimanapun mereka hanya mengunci mulut selepas didekati pemberita selepas tamat mesyuarat tersebut Hari ini beberapa kumpulan...
Selepas 5 Tahun Kami Curi Masa Reunion 3 Jam

Selepas 5 Tahun Kami Curi Masa Reunion 3 Jam

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 270 hits
Selepas 5 Tahun Kami Curi Masa Reunion 3 Jam Penghujung tahun 2014 pejabat kami terpaksa ditutup atas sebab tertentu Tak ada yang merancang untuk berpindah ke mana mana pada masa itu tetapi oleh kerana tempat kami terpaksa ditutup kami juga...
Hanya Tinggal 2 Mp Bersatu Sokong Mahathir

Hanya Tinggal 2 Mp Bersatu Sokong Mahathir

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 552 hits
Mahathir Mohamad perlu melalui proses pemilihan semula parti jika beliau ingin kembali menjadi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Ahli Majlis Pimpinan BERSATU Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata mengikut perlembagaan parti mereka yang mele...
Warga Jepun Disahkan Positif Covid 19 Selepas Pulang Dari Indonesia

Warga Jepun Disahkan Positif Covid 19 Selepas Pulang Dari Indonesia

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 228 hits
Seorang lelaki warga Jepun telah disahkan positif dijangkiti wabak novel koronavirus selepas dia pulang daripada Indonesia lapor agensi berita NHK Menurut NHK majlis perbandaran Tokyo telah memaklumkan pada Sabtu bahawa seorang penduduk Tok...
Dapat Suami Tak Banyak Cakap Menyesal Kahwin Dulu Tak Ikut Cakap Mak Stres Aku

Pinup Casino Peru Casino En L Nea Pin U

Box Bag Crochet

Penerangan Akaun 3 Kwsp Syarat Dan Cara Keluar Duit Kwsp Akaun 3

How The Kkb By Election Might Itself Trigger Of More By Elections

Has Pn Behaved Ungentlemanly By Wanting To File A Petition After Its Face Losing Defeat In Kkb S By Election

Rumah Terbuka Tc Metal Care

Dah Jumpa Sebab Kalah Pn Kata Sebab Pengundi Luar



Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka


Kembar Sado

Restu Dan Ku Chord

Peganglah Erat Erat Sahabat Solehmu

Beli Sarapan Di Umie Harmony

Video Pengakuan Sopir Bus Maut Rombongan Siswa Smk Depok Sudah Tahu Rem Rusak

Menyusuri Sungai Mahakam Kepala Bkkbn Edukasi Warga Soal Kb Dan Stunting Di Desa Terpencil