Hanya Pru 15 Boleh Tutup Pintu Dr Mahathir

JOHOR BAHRU: Hanya melalui Pilihan  Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang boleh menutup pintu Tun Dr. Mahathir  Mohamad untuk kembali ke kerajaan memandangkan masih terdapat lagi  cita-cita bekas Perdana Menteri itu belum dicapai.
Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul  Samad berkata, salah satu cita-cita Ahli Parlimen Langkawi itu adalah  untuk memastikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kalah  dalam semua kes yang dihadapinya di mahkamah.
Ujarnya lagi, walaupun dua matlamat  Dr. Mahathir telah berjaya iaitu menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional  (BN) sewaktu pilihan raya umum lalu dan menyekat peluang Presiden PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, namun belum mencapai  membabitkan nama Najib.
“Pada perkiraan beliau ianya belum  boleh dikatakan semua matlamatnya sudah tercapai. Dalam hal Najib, hanya  baharu kes SRC International kerana beliau ingin melihat Najib kalah  dalam kesemua perbicaraan iaitu 1MDB, laporan audit dan barulah dia akan  berpuas hati.
“Oleh demikian, hanya PRU-15 yang  boleh menutup pintu Dr. Mahathir kembali ke dalam kerajaan dan oleh itu  Barisan Nasional (BN) tidak boleh terlalu berlembut sangat dengan Parti  Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelang PRU-15,” katanya dalam  hantaran Facebook beliau di sini semalam.
Ujar Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru  itu lagi, PRU-15 perlu dilakukan dengan lebih awal walaupun masih timbul  tanda tanya sama ada ianya akan berlaku dalam masa terdekat atau  sebaliknya.
“Lagilah seronok kumpulan elit  berpolitik sesama sendiri daripada menyerahkan kuasa kepada rakyat.  Walaupun Bersatu sudah isytihar ingin menyertai MN, jangan-jangan parti  itu bagaikan ‘Trojan Horse’ untuk Dr. Mahathir,” katanya.
Terdahulu, Shahrir berkata, Ahli  Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Tan Sri Rais Yatim telah mengesahkan  kenyataannya sebelum ini berhubung perubahan kerajaan antara Dr.  Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau sebelum ini pernah menyatakan  Dr. Mahathir sudah mengetahui mengenai gerakan membawa keluar daripada  Pakatan Harapan (PH) oleh dua kumpulan yang masing-masing diketuai  Muhyiddin dan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Tujuan Dr Mahathir pada pandangan  saya, ingin menafikan Anwar menjadi PM, ini matlamat beliau yang kedua.  Namun pertama adalah menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN pada PRU-14 dan  ini pun Dr. Mahathir telah berjaya. Maka sudah dua matlamat tercapai  itu.
“Yang ketiga, beliau ingin melihat  Najib dibawa ke mahkamah seperti mana disahkan bekas Peguam Negara, Tan  Sri Mohamed Apandi Ali apabila dikunjungi di rumahnya oleh bekas Hakim  Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram sebelum PRU-14. 
“Setakat kes SRC di Mahkamah Tinggi, Tun Mahathir sudah berjaya. Gopal juga yang menjadi pendakwa raya,” katanya. 
#Sumber : – UTUSAN     
MR :  Setuju  
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/hanya-pru-15-boleh-tutup-pintu-dr.html