Hanya Ph Mampu Selamatkan Feri Pulau Pinang Guan Eng


 Kredit Sinar Harian
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 31 Disember 2020



Guan Eng bersama pengikutnya menaiki feri dari terminal Pangkalan Raja Uda di sini menuju ke Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth sebagai simbolik mengucapkan selamat tinggal buat feri yang telah berjasa sejak 126 tahun lalu.
Foto FB Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Feri ikonik Pulau Pinang hanya boleh diselamatkan dan terus digunakan sekiranya Pakatan Harapan (PH) kembali mengambil alih kerajaan Persekutuan.
Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, satu kerugian besar buat Pulau Pinang apabila pengangkutan air paling tertua di negara ini akan ditamatkan bermula esok dan digantikan dengan katamaran atau bot laju
Menurutnya, rakyat khususnya warga Pulau Pinang marah dan tidak akan lupa dengan keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang cuba melenyapkan warisan budaya Pulau Pinang ini.
"Feri ikonik ini boleh diselamatkan kalau Menteri Pengangkutan kita ialah Anthony Loke Siew Fook dan bukannya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
"Sewaktu menjadi Menteri Kewangan, saya syaratkan syarikat swasta yang mengendali perkhidmatan ini wajib meneruskan penggunaan feri dan balasannya kerajaan akan beri RM30 juta peruntukan, namun syarat ini diabaikan oleh kerajaan Perikatan Nasional," katanya pada sidang media di sini pada Khamis.
Terdahulu, Guan Eng bersama lebih 100 orang pengikutnya menaiki feri dari terminal Pangkalan Raja Uda di sini menuju ke Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth sebagai simbolik mengucapkan selamat tinggal buat feri yang telah berjasa sejak 126 tahun lalu.
Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan PH tidak langsung berusaha menyelamatkan feri bersejarah itu sewaktu 22 bulan menjadi kerajaan Persekutuan.
Katanya, dahulu pihaknya mencadangkan agar feri ikonik dan bot katamaran digunakan bagi memberi pilihan kepada orang ramai menggunakan pengangkutan air moden atau warisan itu untuk menyeberang laut.
Orang ramai melambaikan tangan kepada pemandu kereta yang selepas ini tidak dapat menggunakan lagi perkhidmatan feri.
Dengan cara itu katanya, nilai warisan budaya yang menjadi kebanggaan Pulau Pinang dapat diteruskan dan bukannya dengan cara melenyapkan khazanah berharga ini begitu sahaja.
"Kenapa tak boleh kekalkan dua atau tiga buah feri sahaja terus beroperasi? Kenapa nak jimatkan kos syarikat swasta sedangkan sebelum ini mereka telah mengaut keuntungan yang banyak?
"Sebagai negeri yang diiktiraf sebagai Bandar Warisan Dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), pertukaran feri ini adalah satu kehilangan besar dan saya tidak akan putus asa untuk terus berjuang menyelamatkan feri kita," katanya.
Hari ini merupakan hari terakhir perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang digunakan setelah berkhidmat sejak sekian lama untuk semua lapisan rakyat, pelancong serta pemilik kenderaan.
Feri Pulau Angsa satu-satunya feri lama yang akan digunakan selepas ini untuk membawa pengguna bermotosikal dan basikal sahaja.
Bermula 1 Januari 2021, hanya sebuah feri lama akan digunakan untuk membawa pengguna bermotosikal dan berbasikal sahaja, manakala pejalan kaki akan menaiki tiga bot laju yang disediakan.
Kenderaan empat tayar pula tidak lagi dibenarkan menggunakan pengangkutan air itu untuk menyeberang laut sebaliknya perlu menggunakan dua jambatan yang ada.
Tinjauan Sinar Harian pada Khamis mendapati orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menaiki feri buat kali terakhir sebelum ia dihentikan tepat jam 12 malam nanti.
Berlaku kesesakan luar biasa sebelum tol masuk ke dalam feri apabila ratusan kenderaan sanggup beratur menunggu giliran dan keadaan ini dijangka berlarutan sehingga malam nanti.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/12/hanya-ph-mampu-selamatkan-feri-pulau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langkah Ganti Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Dipersetujui Adik Guan Eng Di Dewan Negara Wee Ka Siong

Langkah Ganti Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Dipersetujui Adik Guan Eng Di Dewan Negara Wee Ka Siong

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 300 hits
Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata kerajaan Pakatan Harapan bersetuju untuk menggantikan perkhidmatan feri Pulau Pinang dengan katamaran atau teksi air Beliau berkata perkara itu juga dipersetujui oleh adik Setiausaha Agung DAP Lim G...
Tak Bantah Katamaran Cuma Kekalkan Kapal Feri Lama Di P Pinang Tegas Adik Guan Eng

Tak Bantah Katamaran Cuma Kekalkan Kapal Feri Lama Di P Pinang Tegas Adik Guan Eng

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 224 hits
PETALING JAYA Senator Lim Hui Ying menegaskan tidak membantah rancangan memperkenalkan kapal jenis katamaran untuk perkhidmatan feri Pulau Pinang menggantikan kapal dua hujung sedia ada cuma menggesa Putrajaya mengekalkan kapal lama kerana ...
Kerajaan Negeri Pulau Pinang Terkejut Putrajaya Mahu Teruskan Feri Ikonik

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Terkejut Putrajaya Mahu Teruskan Feri Ikonik

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 346 hits
Foto oleh Sayuti ZainudinKerajaan negeri masih belum jelas sama ada perkhidmatan feri Pulau Pinang akan terus beroperasi atau ditamatkan perkhidmatannya tahun depan kata ketua menteri Chow Kon Yeow Beliau berkata kerajaan negeri berharap me...
Pulau Pinang Sambut Baik Keputusan Kekal Perkhidmatan Feri

Pulau Pinang Sambut Baik Keputusan Kekal Perkhidmatan Feri

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 399 hits
17 12 2020 07 09 PMGEORGE TOWN 17 Dis Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan untuk mengekalkan perkhidmatan feri di negeri itu Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata keputusan itu adalah selari dengan pendir...
Feri Ikonik P Pinang Diteruskan Hanya Untuk Basikal Motosikal Mulai 1 Jan

Feri Ikonik P Pinang Diteruskan Hanya Untuk Basikal Motosikal Mulai 1 Jan

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 394 hits
Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan mengikut syarat pembiayaan kerajaan kepada Pelabuhan Pulau Pinang Gambar hiasan GEORGE TOWN Perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang akan diteruskan tetapi hanya ditawarkan kepada penunggang motos...
Polis Cuba Halang Guan Eng Naik Feri

Polis Cuba Halang Guan Eng Naik Feri

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 231 hits
Guan Eng diberi amaran polis kerana mahu naik feri P Pinang esokMMALAYSIA DATELINELim Guan Eng melahirkan rasa hairan dengan amaran pihak polis terhadapnya berikutan beliau mahu mengambil perjalanan menggunakan feri Pulau Pinang pada 10 00 ...
Sanggup Beratur Lebih 2 Jam Demi Rebut Peluang Terakhir Naik Feri Pulau Pinang

Sanggup Beratur Lebih 2 Jam Demi Rebut Peluang Terakhir Naik Feri Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 380 hits
Ribuan penduduk tempatan dan pengunjung luar merebut peluang terakhir menaiki feri Pulau Pinang sebelum perkhidmatannya ditamatkan 1 Jan ini Ada yang sanggup beratur lebih dua jam dan bertahan ke tandas Di bahagian pulau kereta beratur lebi...
Selamatkah Bot Laju Terpakai Jadi Feri Penumpang Di Pulau Pinang

Selamatkah Bot Laju Terpakai Jadi Feri Penumpang Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 522 hits
BOT LABUANOleh December 29 2020Tindakan kerajaan Perikatan Nasional mahu menghentikan operasi feri penumpang yang bersejarah sebagai nadi pengangkutan manusia dan kenderaan sejak sekian lama di antara Pulau Pinang dan tanah besar amat dikes...
Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Cara Cuci Kerang

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly