Hanya Melayu Buta Hati Tuduh Bangsa Sendiri Angkuh Hadi


agendaily.com07/04/2023
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
PAS kecewa kerana ada dalam kalangan orang Melayu yang menuduh bangsa sendiri sebagai rasis, angkuh dan sebagainya, selain menyifatkan mereka sebagai ‘mahkluk asing’ yang menggoda menggunakan slogan ‘reformasi’ dan ‘Arab Spring’.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata menuduh Melayu Malaysia angkuh, berbanding Melayu Kemboja, menunjukkan individu berkenaan jahil berhubung kejatuhan kerajaan Melayu Islam di negara itu, atau kerana buta hati.

Mengimbas sejarah, beliau berkata Islam pernah dianut oleh bangsa Champa iaitu rumpun Melayu di Indochina yang memerintah Kerajaan Champa. Pengaruh kerajaan ini berkembang dalam wilayah yang luas sehingga wujudnya Pangkalan Champa (Pengkalan Chepa) di Kelantan.

“Malangnya, kerajaan ini mengalami kelemahan dan kejatuhan sehingga rumpun Melayu Champa menjadi kumpulan minoriti yang merempat kemiskinan dan kejahilan dalam tanah air mereka sendiri, sehingga mereka menjadi lemah tidak bermaya.

“Pada era komunis, ramai penganut Islam dibunuh dan paling ramai yang berhijrah ke Malaysia. Kalau Melayu ini angkuh, mereka tidak akan memilih Malaysia sebagai tempat hijrah untuk menyelamatkan agama mereka,” katanya dalam Minda Presiden, hari ini (7 April 2023) tanpa menyatakan pemimpin Melayu terbabit.

Bagaimanapun, beliau dipercayai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, yang mengingatkan Melayu Islam Malaysia supaya tidak berasa selesa dan angkuh hingga meminggirkan kaum lain.

Anwar ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama Warga Kementerian Kewangan pada 4 April lalu, juga menceritakan pengalamannya ketika berkunjung ke Kemboja baru-baru ini, Anwar berkata beliau melihat sendiri bagaimana umat Islam minoriti di negara berkenaan dilayan.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata adalah malang apabila terdapat dalam kalangan orang Melayu yang lebih dahsyat kefahamannya daripada kacang yang tidak berakal, bermata dan bertelinga yang melupakan kulitnya, sehingga menuduh bangsanya rasis, angkuh dan sebagainya.

“Termasuk yang dianggap ilmuwan yang berjela ijazahnya dan pemimpin yang diulungkan, tetapi lemah akalnya atau akalnya lebih kecil daripada ilmu dan ketokohan jasadnya.

“Alhamdulillah, Melayu selamat daripada makhluk asing yang menggunakan godaan slogan Reformasi dan Arab Spring, sehingga ada negara yang tumbang kerajaannya dan hanya tinggal gusi.

“Malah, ada negara yang hancur kerana terlibat dalam perang proksi yang telah diaturkan oleh makhluk asing itu. Melayu masih selamat daripada gangguan Musa Samiri yang merosakkan aqidah Bani Isra’il pada zaman dahulu.

“Hanya Melayu yang tidak sayangkan kaumnya yang berada di luar tabii atau tegak bersama fanatik kaumnya sahaja yang merosakkan Melayu itu sendiri dan merosakkan semua bangsa dalam masyarakat majmuk.

“Sebaliknya, hanya Melayu yang tegak bersama Islam akan menjadikan Melayu selamat dan semua bangsa selamat,” katanya.

Memetik ayat 34 surah Al-Baqarah, Abdul Hadi berkata jika Melayu ini angkuh seperti Iblis, sudah pasti mereka tidak akan memeluk Islam dengan mudah kerana Islam dibawa oleh pendatang asing daripada kalangan bangsa Arab dan India Muslim yang bukan Melayu.

Apa yang sebenarnya berlaku, katanya ialah Melayu yang berkuasa dan mendaulatkan Islam tidak memaksa penganut agama lain memeluk Islam, tetapi melaksanakan Islam yang adil kepada semua.

“Teguhnya pegangan Islam bangsa Melayu ini sehingga gagal dimurtadkan oleh penjajah yang datang silih berganti, bermula dengan Portugis sehinggalah Belanda, British dan Jepun.

“Melayu tidak boleh dimurtadkan sepertimana yang berlaku di negara-negara lain, apatah lagi dipengaruhi oleh ideologi komunis yang tidak percayakan Tuhan,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/04/hanya-melayu-buta-hati-tuduh-bangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejak Bila Pula Melayu Islam Angkuh Mp Pn Tanya Anwar

Sejak Bila Pula Melayu Islam Angkuh Mp Pn Tanya Anwar

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 297 hits
agendaily com05 04 2023Ketua Pemuda Perikatan Nasional yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari Ketua Pemuda Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan orang Melayu...
Hiburan Rahsia Pantang Larang Melayu Hanya Yang Pro Je Betul Semua Cubalah

Hiburan Rahsia Pantang Larang Melayu Hanya Yang Pro Je Betul Semua Cubalah

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 252 hits
Dalam kehidupan seharian mesti kita pernah dengar tentang pantang larang kan Tak boleh buat sesuatu risaukan terjadi yang apa apa Kalau tak dari ibu bapa kita akan diberitahu mengenai pantang larang ini oleh orang yang lebih tua macam pakci...
Cukuplah Hanya Pkr Melayu Yang Bukan Parti Melayu

Cukuplah Hanya Pkr Melayu Yang Bukan Parti Melayu

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 305 hits
Penyatuan parti Melayu atau pembubaran mana parti Melayu termasuklah umno BERSATU PAS atau AMANAH sekalipun ia sangat wajar CUKUPLAH parti Melayu Ada satu atau Dua SAHAJA untuk menjaga kepentingan UGAMA BANGSA Dan Negara Suka atau tidak umn...
Anwar Kata Melayu Jangan Angkuh Apa Kata Tun

Anwar Kata Melayu Jangan Angkuh Apa Kata Tun

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 410 hits
Tun atas ehsan bagi kebenaran untuk Anwar lanjutkan sehingga 17April melalui tommy Thomas untuk menjawab letter of demand Melayu ANGKUH ini jawapan Tun
Sakit Hati Hak Penjagaan Anak Diberi Kepada Bekas Isteri Lelaki Bakar Rumah Saudara Sendiri

Sakit Hati Hak Penjagaan Anak Diberi Kepada Bekas Isteri Lelaki Bakar Rumah Saudara Sendiri

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 279 hits
Sakit hati hak penjagaan anak diberi kepada bekas isteri lelaki bakar rumah saudara sendiriSeorang lelaki bernama Firman 39 di Sulawesi Tenggara Indonesia nekad membakar rumah adik kandungnya dalam kejadian petang Jumaat 24 Mac 2023 Jurucak...
Membodohkan Diri Sendiri Dan Orang Melayu

Membodohkan Diri Sendiri Dan Orang Melayu

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 221 hits
Norman RadzuanApa sahaja boleh dibangkangMEMBODOHKAN DIRI SENDIRI DAN ORG MELAYUMOT telah luluskan 527 penerbangan tambahan sempena hari raya ini Bila banyak penerbangan bermakna ramai yg berpeluang pulang ke kampung terutama mereka yg ting...
Jenama Melayu Demi Bangsa Dan Ugama Yang Meraih Untung Siapa

Jenama Melayu Demi Bangsa Dan Ugama Yang Meraih Untung Siapa

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 305 hits
Sila ikuti secara langsung Ucapan Dato Dr Ibrahim Ali Presiden Perkasa bertajuk MALAPETAKA BANGSA sempena Perasmian Persidangan Agung Tahunan ke 9 Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia Jam 2 30 petang 2 Disember 2018 Tonton demi MELAYU di htt...
Hadi Mengajar Di Seluruh Dunia Tiba Tiba Balik Kampung Sendiri Tak Boleh Mengajar

Hadi Mengajar Di Seluruh Dunia Tiba Tiba Balik Kampung Sendiri Tak Boleh Mengajar

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 449 hits
Isu Presiden PAS Hadi Awang menyampaikan kuliah di masjid tidak patut timbul kerana ilmu dan kepakarannya diakui ulama antarabangsa kata Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan presiden PAS itu juga mendakwa larangan berceramah atau menyampaikan kul...
Anwar Sendiri Tidak Faham Apa Maksud Melayu Malas Ungkapan Mahathir

Anwar Sendiri Tidak Faham Apa Maksud Melayu Malas Ungkapan Mahathir

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 284 hits
Anwar sanggah dan bidas tanggapan Mahathir Melayu Malas Orang china dan India adalah asal pendatang miskin dari China dan India tetapi hari ini mereka terkaya di Malaysia Bagaimana Melayu boleh tertinggal Apa alasan yang kuat dulu hingga se...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun