Hanya Ingat Isteri Bayi Dalam Rumah Sempat Jerit Suruh Keluar Ikut Pintu Belakang


"Bila nampak percikan api di motosikal yang diletakkan di garaj, masa tu saya hanya teringat isteri dan anak sulung dalam rumah. Terus saya menjerit suruh isteri dan anak keluar menyelamatkan diri melalui pintu belakang dengan cepat," cerita Hafiz Ahmad Hariri, 34, yang rumahnya terbakar 80 peratus dalam kejadian 1 Jun lalu.
Menurut Hafiz, kebakaran ini sangat mengejutkannya sekeluarga selepas seminggu menyambut Aidilfitri.
"Tak sangka hanya disebabkan titisan minyak petrol dekat dengan motosikal, berlaku percikan api dan terus marak sehingga kami langsung tidak dapat menyelamatkan semua dokumen penting, kereta dan harta benda lain.
"Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi itu menyebabkan kami sekeluarga kini tinggal sehelai sepinggang," ujarnya.
Bercerita lebih lanjut, kebakaran itu berlaku ketika dia sedang memeriksa motosikal jenis Naza N50 di garaj depan rumah.
“Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata dan saya sendiri tidak tahu bagaimana api boleh tercetus pada motosikal hingga menyebabkan saya melecur pada dua jari dan betis kanan dan seterusnya marak.
“Saya dalam keadaan panik tidak sempat berbuat apa-apa melainkan hanya menjerit kepada isteri untuk bawa bayi kami keluar menerusi pintu belakang,” katanya.
Hafiz berkata, dia bersyukur isteri, Nurul Husna Najiha Zahari, 31 yang kini sedang hamil 2 bulan dan anak lelaki, Hafidh Naufal berusia lapan bulan terselamat dalam kejadian itu.
Akibat kebakaran itu dia melecur di jari tangan dan betis kaki kanannya akibat terkena bahang api.
“Saya hanya menunggu di pintu belakang apabila pintu depan tidak boleh dilalui kerana api yang marak begitu cepat.
“Saya sempat menghubungi pihak bomba. Kebakaran ini turut memusnahkan Perodua Axia dan kelengkapan rumah. Saya tidak tahu jumlah kerugian yang sebenar,” jelasnya.
Hafiz menjelaskan, kebakaran ini turut menjejaskan kediaman jiran di kanan dan kiri dan dianggarkan musnah dalam 30 peratus terutama bahagian bumbung.
Berikutan itu, Hafiz yang bekerja sendiri kini menetap sementara di rumah ibu mertua di Sitiawan dan akan pulang ke Seremban, Negeri Sembilan untuk mencari pekerjaan lain.
Sumber: Hafiz Ahmad Hariri & Sinar Harian
The post Hanya Ingat Isteri & Bayi Dalam Rumah. Sempat Jerit Suruh Keluar Ikut Pintu Belakang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hanya-ingat-isteri-bayi-dalam-rumah-sempat-jerit-suruh-keluar-ikut-pintu-belakang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaji Rm1 500 Tapi Mampu Beli Rumah Kereta Kahwin Dan Simpanan Rm33k Ikut Sahaja Tips Lelaki Ini

Gaji Rm1 500 Tapi Mampu Beli Rumah Kereta Kahwin Dan Simpanan Rm33k Ikut Sahaja Tips Lelaki Ini

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 601 hits
Sekadar Gambar HiasanBujang gaji RM 1500 bln blh beli 3 buah rmh kereta kahwin saving RM33k Tiada apa yg mustahil kalau kita berusaha Idea ini datang dari sahabat sy Penulis asal Hamba TuhanSaya bagi Contoh seorang yang baru bekerja dengan ...
Tediaa Darah Penyu Jadi Penawar Covid 19 Bayi 5 Bulan Maut Selepas Keluarga Ikut Saranan Bomoh

Tediaa Darah Penyu Jadi Penawar Covid 19 Bayi 5 Bulan Maut Selepas Keluarga Ikut Saranan Bomoh

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 472 hits
Darah penyu jadi penawar Covid 19 Bayi 5 bulan maut selepas keluarga ikut saranan bomohBomoh itu memberi saranan bahawa darah penyu boleh melindungi diri daripada dijangkiti Covid 19 SEWAKTU pakar perubatan di seluruh dunia masih lagi menca...
Isteri Hamil 7 Bulan Meninggal Dalam Kereta Ketika Tunggu Suami Singgah Ambil Dokumen Penting Di Rumah

Isteri Hamil 7 Bulan Meninggal Dalam Kereta Ketika Tunggu Suami Singgah Ambil Dokumen Penting Di Rumah

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 398 hits
Kegembiraan untuk menyambut kelahiran anak bertukar menjadi satu tragedi apabila seorang wanita yang sedang menunggu suaminya di dalam kereta untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri isteri akhirnya meninggal dunia Kejadian yang berlaku di...
Pkpp Beringat Jangan Sampai Polis Ketuk Pintu Rumah

Pkpp Beringat Jangan Sampai Polis Ketuk Pintu Rumah

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 781 hits
Yang jelas Covid 19 masih lagi wujud disekeliling kita dan masih belum lagi dapat dihapuskan sepenuhnya Jangan terlalu suka dan gembira dengan pelbagai kelonggaran sehingga terlupa norma baru Jarak yang selamat ialah 1 meter sekurang kurang...
Dengar Bunyi Tangisan Wanita Temui Bayi Bertali Pusat Dalam Kotak Depan Rumah Anak Yatim

Dengar Bunyi Tangisan Wanita Temui Bayi Bertali Pusat Dalam Kotak Depan Rumah Anak Yatim

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 382 hits
SANDAKAN 8 Jun Bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan oleh orang awam di hadapan pintu pagar sebuah rumah anak yatim di sini pagi tadi Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata bayi itu ditemukan oleh seorang wanit...
Anak Sempat Heret Ibu Keluar Gagal Selamat Bapa Kerana Api Marak

Anak Sempat Heret Ibu Keluar Gagal Selamat Bapa Kerana Api Marak

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 350 hits
KUANTAN 21 Mei Isteri kepada warga emas yang maut terperangkap di bilik air dalam kebakaran sebuah rumah banglo di Kampung Selamat malam tadi sempat diselamatkan anak lelakinya yang mengheret wanita itu keluar daripada bilik tidur Anak mang...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers

Ramkarpal Wants Preacher S Offensive Post Against Hindus Removed


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Merentas Desa Tempat Ke 12

Cara Periksa Homestay Scammer

Leadership In Building A Startup

Menu Berbuka Puasa

Makan Berlebihan Itu Zalim Zalim Pada Diri Sendiri Tv Ppim 05 03 2025

Lirik Lagu Raudah Hafiz Hamidun