Hanya Bagi Respon Mungkin Doktor Tidak Jelas Dengan Apa Maksud Sumpah Suhaimi Saad
Susulan isu tersebut, angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah tampil memberi penjelasan lanjut beserta dengan fakta sebenar mengenai bentuk bumi. Ia juga berdasarkan pengalaman beliau semasa di angkasa lepas serta apa yang beliau lihat dengan mata sendiri.
Namun, Dr Sheikh akui beliau tidak mampu mengubah pandangan dan pemikiran golongan ‘flat earth’ tegar.
“Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas. Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas , adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar.
“Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari. Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam.
Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr. Laungan Azan kedengaran seketika. Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi
“Melihat Bumi dengan mata sendiri. Degupan jantung berhenti seketika. Meremang Bulu Roma. Mata tidak terkebil. Melihat Kebesaran Maha Pencipta. Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas,” tulisnya.
Tambah angkasan negara tu, sepanjang berada di angkasa lepas, dia amat terpegun melihat kebesaran Allah itu.
“Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana. MasyaAllah. SubhanAllah. And the Earth is spherical in shape. Geosphere to be exact. Squashed at the poles and bulged at the Equator .
“Not like a ball but more to an egg. Every human being should go to space if given the opportunity. It changes your perspective on life as a whole. It makes you a true believer on the Creator. The experience is truly amazing and spectacular.
“It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers. But here I am sharing you my experience of what I have seen. In the name of Allah it comes from my heart
Salam Jumaat Everyone. Semoga mendapat Barakah semua. Amiinn. Love As Always.
PS – Just wanted to straighten the facts!,” katanya lagi.
Agak cepat membaca respon yang diberikan oleh Dr Sheikh, Suhaimi dengan pantas menjawab setiap kenyataan daripada angkasawan negara itu.
Menurut Suhaimi, beliau kecewa kerana Dr Sheikh hanya sekadar memberikan respon dan bukannya bersumpah seperti yang diminta sebelum ini. Oleh itu, beliau tidak akan berhenti membuat ‘kajian’ mengenai bentuk bumi ataupun membantu berdakwah untuk golongan ‘flat earth’ yang begitu mempercayau bumi itu adalah rata.
SORRY SORRY😄
Lepas ss dan Ina tergelak tadi,
Nak tambah sikit lagi😂
Minggu lepas Dr kata bumi ni sfera.
Pagi ni Dr kata,
tak sfera sangat.
Macam bentuk telur😂😂
Dr biar betul..?😆
Besar harapan netizen dan rakyat Malaysia ni nak dengar Dr kata sfera.
Tup tup tup,Dr kata macam telur pulak.
Yang ss tau,sfera tu macam bola.
Telur tu macam bujur sikit.
Dalam buku sekolah pun memang diajar sfera kan?ke macam telur?😅
Okey,ss husnuzon.
mungkin Dr maksudkan telur Penyu😁
Elok la Dr tak bersumpah..
ss takut jugak kalau Dr termakan sumpah.
Sebab Dr tengok tu pun dah lebih 10 tahun kan.
Mungkin Dr dah tak berapa sure.
Takpe,
ss faham.
ss maafkan.
Tq sekali lagi Dr ya sebab sudi respon.
Netizen,
Banyakkan bersabar ya.
Selawat banyak banyak ya.
Mana tau,berkat selawat korang,bumi jadi sfera semula😁kan?
Allah Maha Kuasa.
Makhluk tak ada kuasa.
La ilaha illAllah☝
Kami tidak pasti ilmu apa yang saudara Suhaimi pelajari sehingga angkasawan yang mengikuti misi selama 12 hari di angkasa lepas memberitahu fakta sebenar pun beliau tidak boleh terima. Tidak mengapalah, yang penting segalanya sudah dijelaskan dan terpulang jika hendak percaya ataupun sebaliknya.
Sumber : beautifulnara.com
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.blogmazeer.com/2019/02/hanya-bagi-respon-mungkin-doktor-tidak.html