Berkaitan Flat Earth Wanita Ini Tulis Surat Terbuka Kepada Suhaimi Saad


Bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad yang mencabar angkasawan negara Dr. Sheikh Muzaffar hari ini menerima kritikan di media sosial berhubung dakwaan beliau bahawa bumi berbentuk rata.
Seorang pengguna media sosial Tun Fiqa Mohammad malah menulis surat terbuka mengkritik aktivis tersebut yang turut mempromosikan ‘home-schooling’.
“SURAT TERBUKA BUAT SAUDARI SUHAIMI SAAD”
Assalamulaikum wbt,
Pertama sekali tahniah saya ucapkan kepada tuan kerana menjadi seorang yang sangat teguh pendirian.
Tuan memilih untuk memandu tanpa seat belt.
Tahniah.
Tuan memilih untuk tidak memvaksin anak tuan. Tahniah.
Tuan memilih untuk tidak menghantar anak tuan ke sekolah.
Tahniah.
Tuan memilih untuk meletakkan anak di jalanan untuk meminta derma.
Tahniah.
Tuan memilih untuk membuatkan isteri Tuan beroleh pahala lebih dengan tidak menyediakan mesin basuh.
Tahniah.
Tuan juga menyatakan isteri tuan yang sama tidak tuan berikan kemudahan mesin basuh tadi, tidak bijak cuma level makcik kantin.
Tahniah.
Dan terkini, tuan memilih untuk berdebat dengan angkasawan negara tentang bulat bujur atau leper nya bumi ciptaan Allah swt.
Tahniah.
Dari kaca mata saya, a bad marketing is still marketing. Semua ini tuan pilih untuk berkongsi di facebook. Saya kira tuan bangga menentang arus. Tahniah. Tuan berjaya mendapat perhatian masyarakat. Tahniah atas populariti ini.
Tapi sedarkah Tuan tentang implikasi pilihan tuan ini kepada anak anak tuan dan isteri tuan?
Sesungguhnya hidup ini bersifat sementara, entah esok entah lusa sekiranya tuan tiada lagi, bagaimana agaknya nasib anak anak dan isteri tuan yang telah tuan pisahkan dari norma masyarakat ini? Bagaimana nasib anak anak tadi tanpa pendidikan formal? Sekiranya sakit anak anak tadi kerana tiada vaksin, adakah sekadar takdir dan tidak perlu usaha? Kerana tuan tidak berusaha untuk mencegah dari awal lagi.
Tuan, sekiranya Bumi ini berbentuk flat, dimanakah hujung nya? Dimana temboknya? Tak terjatuh manusia di hujung dunia ke planet sebelah? Apa tuan menidakkan graviti? Naik turun matahari? Dan juga bulan? Saya khuatir apa yang tuan ajarkan kepada anak anak tuan tentang kejadian alam?
Tuan, ini perlunya berguru tuan. Pesan ayah kepada saya, seperti juga ilmu persilatan, Ilmu tidak pernah boleh ‘ditebuk tengah’ sekiranya tetap dilakukan maka buruklah padahnya. Al quran adalah tunjang kepada sains, kejadian alam dan manusia semua dijelaskan di dalam al quran, tetapi tuan, sains menjelaskan semua ini dengan lebih mudah agar dapat difahami manusia. Tetapi tuan menolak semua ini dan memilih untuk mentafsir sesuka hati tuan. Apakah ilmu yang tuan ada? Siapa guru tuan? Apa rujukan tambahan tuan? Apa sirah yang tuan sandarkan?
Seiring dengan ilmu, perlu juga beradap. Islam menganjurkan kita berbaik sangka dan membina ukhwah. Ukhwah apa yang tuan terapkan dengan mencabar dan mempersoalkan orang lain? Setelah Syeikh Muszafar menzahirkan kesyukuran dan kebesaran Ilahi yang dilihatnya sendiri saudara masih mempersoalkan beliau. Terus menerus menjolok sarang tebuan. Apa yang cuba tuan buat? Adakah tuan mahu kami semua percaya yang bumi ini leper?
Tidak tuan, kami semua ke sekolah.
Tuan, seandainya dicelup jari kita ke dalam lautan, setitis cuma ilmu kita. Maka bergurulah, buka minda tuan dan jangan cuba menjadi pakar dalam sesuatu yang bukan bidang kita. Sesungguhnya, “ihdinassiratulmustaqim”.
Dengan rendah hati saya mohon tuan untuk mendapatkan nasihat kesihatan dari pakar kerana sejujurnya saya khuatir tuan mempunyai masalah yang tuan sendiri tidak ketahui. Agama adalah tunjangnya, sains adalah cabangnya. Janganlah ditolak sekiranya ilmu tidak penuh didada.
Semoga kita semua beroleh kebaikkan dan sentiasa dalam rahmat Allah swt.”
Dr. Sheikh Muzaffar hari ini memberi kenyataan balas membidas dakwaan Suhaimi bahawa bumi adalah berbentuk rata.
Beliau juga mengakui sukar mengubah pendirian individu yang percaya dengan ideologi terbabit.
Semoga Suhaimi dapatlah mebalas surat terbuka ini. Jangan pulak di block ke apa ke yee.. kemukakan hujah tuan yang bernas..
sumber: ceritakini
The post Berkaitan ‘Flat Earth’, wanita ini tulis surat terbuka kepada Suhaimi Saad appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/berkaitan-flat-earth-wanita-ini-tulis-surat-terbuka-kepada-suhaimi-saad/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Respons Suhaimi Saad Apabila Nama Digugurkan Dalam Konsert Amal 4nomena Alumni Uiam

Respons Suhaimi Saad Apabila Nama Digugurkan Dalam Konsert Amal 4nomena Alumni Uiam

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 688 hits
SAYA digugurkan bukan direhatkan Sepatutnya pihak penganjur kena berterus terang kata penyanyi Suhaimi Saad berhubung kenyataan penganjur Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM KGM Event dia direhatkan daripada konsert itu yang akan berlangsung d...
Saya Bagi Masa 3 Jam Dari Sekarang Atau Laporan Polis Akan Dibuat Suhaimi Saad Bagi Warning Kepada Hakimi Mohamad

Saya Bagi Masa 3 Jam Dari Sekarang Atau Laporan Polis Akan Dibuat Suhaimi Saad Bagi Warning Kepada Hakimi Mohamad

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 1754 hits
Penyanyi nasyid dab bekas ahli Inteam iaitu Suhaimi Saad sedang menjadi topik hangat di laman sosial sejak minggu lepas ekoran perdebatan tentang bentuk bumi yang disifatkannya sebagai rata Malah Suhaimi Saad juga ada mencabar Angkasawan Ne...
Hafiz Hamidun Minta Suhaimi Saad Berhenti Buat Kenyataan

Hafiz Hamidun Minta Suhaimi Saad Berhenti Buat Kenyataan

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 712 hits
Pada ketika ini nama Suhaimi Saad sudah tidak perlu diperkenalkan lagi Beberapa kenyataannya mengenai sains dan bumi membuatkan ramai pihak terkedu dan The post appeared first on
Suhaimi Saad Persoal Kewujudan Graviti Pula

Suhaimi Saad Persoal Kewujudan Graviti Pula

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 364 hits
Jika sebelum ini Suhaimi Saad tidak berpuas hati dengan penjelasan angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor kerana tidak bersumpah berkenaan bentuk bumi The post appeared first on
Anak Suhaimi Saad Beristighfar Selepas Baca Komen Terlajak Cerdik Netizen

Anak Suhaimi Saad Beristighfar Selepas Baca Komen Terlajak Cerdik Netizen

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 434 hits
Ramai juga yang tanya bagaimana keadaan anak kepada Suhaimi Saad yang kini sedang jadi tumpuan dan menerima banyak kritikan dari para netizen Namun di laman FB miliknya Suhaimi Saad mengatakan anaknya tahu segala tentang kontroversi yang me...
Hiburan Sufian Suhaimi Komen Foto Panas Lelaki Miripnya Tidur Bersama Seorang Wanita

Hiburan Sufian Suhaimi Komen Foto Panas Lelaki Miripnya Tidur Bersama Seorang Wanita

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 354 hits
Selepas berjaya merangkul Anugerah Persembahan Terbaik di AJL 33 dan viral dengan persembahan lagu Di Matamu yang penuh maksud mendalam timbul pula cerita kurang enak apabila tersebarnya foto seorang lelaki mirip penyanyi Sufian Suhaimi tid...
Sufian Suhaimi Tampil Bagi Penjelasan Sebenar Susulan Viral Gambar Mirip Dirinya Tidur Dengan Seorang Wanita Cantik

Sufian Suhaimi Tampil Bagi Penjelasan Sebenar Susulan Viral Gambar Mirip Dirinya Tidur Dengan Seorang Wanita Cantik

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 919 hits
BELUM pun reda dengan kontroversi pelamin di Anugerah Juara Lagu ke 33 nama Sufian Suhaimi terus mendapat perhatian netizen apabila foto seakan akan dirinya sedang tid ur bersama seorang wanita tersebar di laman sosial Menerusi foto yang di...
Tangguh Bicara Jabatan Peguam Negara Tulis Surat Ke Mahkamah Rayuan

Tangguh Bicara Jabatan Peguam Negara Tulis Surat Ke Mahkamah Rayuan

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 356 hits
NUZULSHAM SHAMSUDDIN 12 Februari 2019 12 19 PM KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan dalam kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM42 juta SRC In
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Online Presence Is Critical For Business

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Gummy Eyeball Bawa Maut Mak Ayah Minta Haramkan Penjualan Jajan Merapu


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

Pgzeed42 Bonuses Promotions Your Ticket To Jackpot Success

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital

Ura Kekalkan Ambang Persetujuan 100 Peratus Pemilik Tanah Akmal