Hanya Allah Mampu Hapus Kesusahan




Terpegun seketika ketika menelaah kitab Tafsir Ibn Kathir. Kisah ini sungguh menarik walau status kesahihannya masih tergantung. Pun begitu, saya yakin dengan kesolehan Imam Ibn Kathir ketika memuatkan kisah ini dalam kitab tafsirnya.
Memang Allah satu-satunya zat yang berkuasa menghapus kesusahan dan menghilangkan segala keresahan.
Firman Allah Ertinya: “Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan lain bersama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).” (al-Naml: 62)
Ketika mentafsirkan ayat ini, Imam Ibn Kathir menyebut sebuah riwayat al-Hafiz Ibn ‘Asakir ertinya: Al-Hafiz Ibn ‘Asakir menceritakan kisah seorang lelaki yang digelar al-Diqqiyy al-Sufi.
“Aku menunggang keldaiku dari Damsyik menuju negeri al-Zabadani. Perjalananku diiringi seorang lelaki dan kami melalui beberapa jalan yang tidak biasa dilalui orang ramai.”
Lelaki tersebut berkata kepadaku: “Ikutlah jalan ini kerana ia adalah jalan pintas yang lebih dekat.”
Aku menjawab: “Aku tak biasa melalui jalan ini.” 
Lelaki itu meyakinkanku: “Betul! Ia jauh lebih dekat”.
Kami pun mengikut jalan tersebut sehinggalah sampai ke sebuah tempat yang tersorok lagi dalam dan kelihatan banyak tulang mayat bertaburan di situ. Lelaki itu kemudiannya menghunuskan pisaunya. Aku cuba melarikan diri dan berkata kepadanya: “Ambillah keldai dan semua hartaku.”
Perompak itu berkata: “Memang ia sudah menjadi milikku, tapi aku tetap mahu membunuhmu.”
Aku cuba menggerunkannya dengan azab Allah, tetapi tetap tidak dipedulikannya. Aku kemudiannya meminta agar dibenarkan solat dua rakaat.
Lelaki itu berkata: “Sila dan solatlah dengan segera!” Aku mula bersolat tetap aku tidak mampu membaca sebarang ayat (kerana ketakutan yang amat sangat). Akhirnya aku terduduk kebingungan. Lelaki itu berkata: “Sudah! Cukup!”
Tiba-tiba Allah menggerakkan lidahku untuk membaca ayat ini (al-Naml: 62). Sejurus selepas itu, tiba-tiba seorang penunggang kuda bersenjatakan tombak muncul dari permukaan lembah tersebut. Penunggang kuda itu melontarkan tombaknya dan tepat menikam jantung si lelaki itu yang langsung jatuh tersungkur.
Aku memegang penunggang kuda itu seraya berkata: “Demi Allah! Siapakah kamu ini?”
Penunggang kuda itu berkata: “Aku adalah utusan Allah! Yang memperkenankan doa orang menderita apabila dia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan.” Sesudah itu, aku mengambil keldai serta barangku dan kembali dengan selamat.” (Tafsir Ibn Kathir).

ALLAH PELINDUNG SEBENAR
Memang hanya Allah pelindung sebenar. Itulah intisari tauhid yang perlu dipasak kemas dalam hati setiap orang beriman.
Sebagaimana firman Allah ertinya: “Dan jika Allah kenakan engkau dengan sesuatu yang bahaya, maka tiada sesiapa pun dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Dia kehendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang dapat menghalangi limpah kurnia-Nya. Allah melimpahkan kurnia-Nya itu kepada sesiapa dikendaki-Nya daripada hamba-Nya, dan Dia lah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Yunus :107)
Itu sebabnya juga ketika Nabi Musa a.s. lari menyelamatkan dirinya daripada buruan bangsawan Qibti selepas membunuh seorang lelaki kabilah tersebut secara tidak sengaja, baginda berdoa harap hanya pada Allah.
Firman Allah ertinya: “Dan datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, (lalu menyampaikan berita) dengan berkata: “Wahai Musa, sesungguhnya pegawai-pegawai Firaun sedang mengadakan pakatan terhadapmu, mereka hendak membunuhmu; oleh itu pergilah dari sini, sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat secara ikhlas kepadamu”. Musa pun keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya) serta berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku daripada kaum yang zalim.” (al-Qasas :20-21)
Rasa tauhid seeloknya dipasak semenjak kecil, sebagaimana kisah nasihat Rasulullah kepada anak kecil yang juga sepupunya, Abdullah Ibn ‘Abbas:
Ertinya: Wahai anak! Aku akan mengajarkanmu beberapa pelajaran berguna. Jagalah hak Allah, pastinya Allah akan menjagamu. Jagalah hak Allah, pastinya Allah akan membantumu. Jika engkau mahu meminta sesuatu maka mintalah daripada Allah. Jika engkau mahukan pertolongan, maka mintalah pertolongan daripada-Nya. Percayalah bahawa jika seluruh umat manusia berkumpul untuk memberikanmu sesuatu manfaat, mereka tidak akan mampu (sama sekali) memberikanmu manfaat melainkan apa yang Allah tentukan untukmu. Dan jika mereka (seluruh umat manusia) berkumpul untuk memudaratkanmu, mereka tidak akan mampu (sama sekali) memudaratkanmu melainkan apa yang sudah Allah tentukan untukmu. Pena takdir sudah diangkat dan kertas takdirmu juga sudah kering! (Takdir yang ditulis semenjak azali sudah muktamad dan tidak akan berubah).” – Sunan Tirmizi




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/16/hanya-allah-mampu-hapus-kesusahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya 20 Minit Naik Helikopter Lelaki Autism Mampu Melukis Bandar New York Dengan Terperinci

Hanya 20 Minit Naik Helikopter Lelaki Autism Mampu Melukis Bandar New York Dengan Terperinci

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 293 hits
Setiap orang dilahirkan dengan kelebihan dan keistimewaan masing masing Kelebihan inilah yang kita gunakan untuk menambah baik hidup sendiri dan orang sekeliling bagi menjadi individu yang bermanfaat untuk ummah God will give each and every...
Hanya 5 10 Minit Sahaja Jangan Berkira Dengan Allah Swt Ini Rahsia Bahagia Orang Berkahwin

Hanya 5 10 Minit Sahaja Jangan Berkira Dengan Allah Swt Ini Rahsia Bahagia Orang Berkahwin

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 531 hits
Dengan hanya menghabiskan masa lebih kurang lima ke sepuluh minit sebanyak lima kali sehari anda mampu menyuburkan kasih sayang antara suami isteri Impaknya mungkin tidak nampak terus tetapi jika diamalkan secara konsisten pasti berbahagial...
Ya Allah Zalimnya Tergamak Sembur Cat Ikat Monyet Hanya Kerana Durian Dicuri

Ya Allah Zalimnya Tergamak Sembur Cat Ikat Monyet Hanya Kerana Durian Dicuri

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 321 hits
Manusia diciptakan dengan hati dan perasan untuk saling menyayangi bukan sahaja sesama manusia tetapi juga dengan alam sekitar haiwan dan makhluk di sekitarnya Namun sebuah video yang tular sejak dua tiga hari ini seakan akan menafikan haki...
Saya Hanya Mampu Dengar Mereka Jerit Minta Tolong Bapa Saudara

Saya Hanya Mampu Dengar Mereka Jerit Minta Tolong Bapa Saudara

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 468 hits
Dua beradik yang terbunuh dalam kebakaran di Kampung Endah Kuala Langat semalam menjerit meminta tolong sebelum suara semakin sayup dan tidak lagi kedengaran apabila api semakin marak Bapa saudara mangsa Khamijas Ngainan berkata dia cuba me...
Baru 18 Hari Jadi Mommy Dan Daddy Untuk Noah Allah Ambil Noah Bermain Di Syurga

Baru 18 Hari Jadi Mommy Dan Daddy Untuk Noah Allah Ambil Noah Bermain Di Syurga

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 425 hits
Siapa kita nak menidakkan takdir Allah tapi itulah hakikat yang perlu dilalui oleh pasangan suami isteri ini apabila kehilangan anak syurga ketika berusia 18 hari selepas dilahirkan Pemergian ini sesuatu yang sangat mengejutkan buat pasanga...
Sungguh Hebat Kuasa Allah Fenomena Gerhana Matahari Berlaku Di Sekitar Amerika Utara Semalam

Sungguh Hebat Kuasa Allah Fenomena Gerhana Matahari Berlaku Di Sekitar Amerika Utara Semalam

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 283 hits
Fenomena ajaib yang hanya dapat disaksikan berpuluh puluh tahun sekali Gerhana Matahari terjadi tatkala kedudukan terletak di antara dan oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya Oleh itu ratusan ribu pelancong berpusu ...
Sejarah Bacaan At Tahiyyat Perbualan Antara Allah Swt Dan Nabi Saw

Sejarah Bacaan At Tahiyyat Perbualan Antara Allah Swt Dan Nabi Saw

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 498 hits
At Tahiyyat adalah doa yang sangat penting dan sering di baca kerana kita mengulanginya di dalam solat harian dan jika anda tahu kisah disebalik ayat ini ia sebenarnya amat menyentuh hati kerana adalah sebahagian daripada perbualan antara P...
Ada Hamba Allah Nak Hadiahkan Awak Telekung Yang Hilang Tu

Ada Hamba Allah Nak Hadiahkan Awak Telekung Yang Hilang Tu

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 634 hits
Baru baru ini seorang pengguna Twitter Dayang telah memuat naik status menceritakan kisah mereka sekeluarga yang telah berangkat menunaikan umrah sama tarikh dengan pelakon Lisa Surihani Namun ketika pulang ke Malaysia bagasi yang berisi te...
Sanad Akidah Asyairah Allah Billa Makan

Sanad Akidah Asyairah Allah Billa Makan

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 368 hits
Ramai ustaz2 skrg mengajar di masjid berkata Allah SWT tidak bertempat Hukumnya syirik kalau kata Allah SWT itu bertempat Namun sedikit pun mereka ini tidak boleh membawa sepotong hadeeth menyokong akidah mereka ini Tiada satu nas dari al Q...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya