Hanya Ada 100 Naskah Sahaja Lagi
PERHATIAN
Saya antara penulis kerdil yang membuat prediction mengenai perjalanan politik Anwar Ibrahim sejak 30 tahun lampau. Bagi mereka yang mengikuti penulis saya secara istiqamah dapat menilai sendiri apa yang saya ramalkan mengenai tokoh ini.
Saya bukan menulis dengan emosional tanpa melihat kepada realiti dan bukti. Saya menulis bukan apa sahaja yang saya dengar, tetapi saksi sendiri dan adakalanya langsung terlibat.
Kalau Anwar seorang pemaaf dan tidak pendendam, saya juga memiliki sikap apa itu. Saya tidak berdendam dalam penulisan saya, tetapi saya mungkin bukan seorang pemaaf sebaik Anwar.
Saya tetap berdiri atas kewarasan, dalil dan prinsip sendiri yang kadang kala menyebabkan saya dituduh dengan berbagai tuduhan sadis.
Misalnya apabila saya mengkritik pemimpin tertentu daripada parti agama ( Pam) maka saya ditunding dengan tuduhan hanyir dan busuk. Sebaliknya kalau saya memuji dan memuja mereka semuanya diterima baik. Namun itu tidak sedikitpun menggugah kerja saya sebagai penulis, perakam sejarah dan pengkritik.
***PERJALANAN Anwar Ibrahim untuk sampai ke Putrajaya sungguh memenat dan memeritkan. Ia memakan masa terlalu lama serta cukup mencabar meskipun jaraknya tidak begitu jauh. Laluannya menjadi sulit dan sukar disebabkan ia ditaburi duri dan onak. Lantaran tribulasi itu juga menyebabkan ada rakan dan temannya mengaku kalah, berundur, hanya tinggal yang cekal, gigih dan setia sahaja.
Segala cabaran dan halangan itu dicipta demikian rupa dengan satu nawaitu untuk membunuh jiwa jihadnya, sekaligus memadamkan obor Reformasi. Namun itu tidak pernah menggugah hati dan perasaanya. Cabaran dan halangan itu sebaliknya menjadi waja dan pupuk ampuh buatnya melangsungkan perjuangan.
Apa mengkagumkan, kendatipun beliau diasingkan daripada rakyat dengan disembunyikan di sebalik “tirani”, namun beliau masih bisa menggerakkan perjuangan. Pesan-pesan perjuangannya menerobos tembok penjara dan sampai ke telinga dan hening di sukma rakyat. Semalam hampir 10 tahun berada dalam penjara beliau memimpin gerakan Reformasi dari dalam, akhirnya mencapai kejayaan 9 Mei 2018. Itulah kehebatan dan itulah kekeramatan Anwar, dan sebab itulah PENJARA BUKAN PUSARA buatnya.
Meskipun sudah lulus segala cabaran dan ujian namun jalan ke Putrajaya tetap masih bersimpang siur. Disaat kita menghitung beliau akan tiba dalam masa kurang dua tahun setelah tumbangnya kerajaan kleptokrasi BN, namun ada pula halangan “mengetikkan” apabila rakannya sendiri cuba menganggunya untuk terus maju.
Apakah Anwar akan sampai ke destinasinya itu demi rakyat? Meskipun ada jawaban antara kita, tetapi ia tetap menjadi tanda tanya yang mendebarkan. Namun berfirasat atas keyakinan semangat gigih beliau selama ini, Insya-Allah Anwar akan sampai juga ke laman Putrajaya untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
Sesiapa pun tidak dapat menafikan hajat itu kerana Anwar adalah PM yang didambakan.
Cuplikan di atas ada catatan untuk muka surat belakang kulit buku PENJARA BUKAN PUSARA: Anwar Ibrahim PM Yang Didambakan. Perhatian kepada sesiapa ingin memilikinya boleh buat pembelian melalui online, sila rujuk kepada iklan di atas atau berhubung terus dengan saya WhatsApp ke nombor 019 233 6996 atau 013 233 6776 [wm.kl.4:40 pm 19/08/19]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://msomelayu.blogspot.com/2019/08/hanya-ada-100-naskah-sahaja-lagi.html