Hanya 386 Daripada 1 505 Sekolah Dinaik Taraf Dibangunkan Semula


Imej hiasan

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022, mendapati pencapaian prestasi kerja menaik taraf dan pembangunan semula bangunan daif di sekolah di negara ini adalah kurang memuaskan.

Hanya 25.6 peratus atau 386 daripada 1,505 sekolah di seluruh negara yang dikenal pasti mempunyai bangunan daif, telah dilaksanakan Projek Naik Taraf dan Pembangunan Semula Sekolah.

Daripada 1,505 sekolah yang dikenal pasti mempunyai bangunan daif hingga 31 Disember lalu, hanya 411 atau 27.3 peratus sekolah diangkat permohonan pelaksanaan projek daif kepada Kementerian Ekonomi.

"Sementara sebanyak 263 atau 68.1 peratus sekolah pula masih dalam peringkat pelaksanaan meliputi 93 sekolah di peringkat pembinaan dan 170 sekolah di peringkat prabina.

"Keberhasilan pengurusan naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif tidak tercapai sepenuhnya kerana sebahagian projek masih dalam fasa pelaksanaan atau belum dimulakan hingga akhir tahun 2022," katanya.

Secara keseluruhan, sebanyak 16 pengauditan prestasi dilaksanakan di 14 kementerian membabitkan projek dan program bernilai RM208.882 bilion bagi LKAN Tahun 2022.

Pengauditan dijalankan pada November 2022 hingga Februari lalu dengan menyemak fail, rekod dan dokumen di KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta sekolah di negeri Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak.

Semakan juga dibuat di agensi pelaksana yang dilantik iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, JKR Sabah dan JKR Sarawak serta Kementerian Ekonomi iaitu agensi pusat yang meluluskan pelaksanaan projek daif.

Pada masa sama, menurut LKAN 2022, sebanyak 398 atau 96.8 peratus sekolah diluluskan projek daif manakala 13 (3.2 peratus) permohonan pula tidak diluluskan disebabkan peruntukan yang terhad.

Analisis audit juga mendapati permohonan projek daif bagi baki 1,094 (72.7 peratus) sekolah masih belum diangkat kepada Kementerian Ekonomi sehingga 31 Disember lalu.

Keadaan itu menyebabkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) masih dilaksanakan di ruang yang disahkan tidak selamat oleh JKR dan terdapat penempatan sementara yang disediakan pihak sekolah, tidak kondusif.

Menurut LKAN 2022, kelewatan mengangkat permohonan projek daif kepada Kementerian Ekonomi dan kelewatan pelaksanaan projek yang diluluskan boleh menjejaskan keselamatan murid dan guru apabila bangunan atau ruang yang disahkan tidak selamat masih digunakan.

Sehubungan itu, pihak audit mengesyorkan supaya Kementerian Pendidikan (KPM) mengangkat lebih banyak permohonan projek daif kepada pihak Kementerian Ekonomi untuk kelulusan bagi memastikan sekolah yang dikenal pasti mempunyai bangunan daif dinaik taraf dengan segera.

"Selain itu, KPM disyor supaya melaksanakan sesi libat urus dengan semua pihak terbabit supaya keperluan setiap agensi berkenaan dapat diselaraskan dan pembangunan sekolah menepati keperluan pengguna.

"Pelaksanaan projek juga perlu dipantau dengan rapi supaya projek daif dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan," katanya.

Menurut LKAN 2022, KPM hendaklah menyediakan perancangan penyuraian murid bagi sekolah yang dikenalpasti mempunyai bangunan daif supaya PdP dapat dilaksanakan dalam keadaan yang selamat dan kondusif.

Katanya, KPM perlu melaksanakan penyenggaraan secara berkala bagi memastikan bangunan sekolah sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kondusif untuk tujuan pelaksanaan PdP.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/11/hanya-386-daripada-1505-sekolah-dinaik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Gb Tidur Dalam Stor Sekolah Telah Dinaik Taraf Kpm

Isu Gb Tidur Dalam Stor Sekolah Telah Dinaik Taraf Kpm

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 384 hits
Sekolah Kebangsaan Ulu Ansuan Telupid SabahPETALING JAYA Kementerian Pendidikan telah mengambil tindakan bagi menambah baik akses dan fasiliti pendidikan Sekolah Kebangsaan Ulu Ansuan Telupid Sabah Ini kerana kata KPM pihaknya memandang ser...
Mmmm Tak Sekolah

Mmmm Tak Sekolah

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 129 hits
Zainuddin OmarAda juga lelaki vanggang zaman sains dan teknologi ini erk Mesti walaun Ahaksss
Kalendar 2024 Tarikh Cuti Sekolah Dan Cuti Umum

Kalendar 2024 Tarikh Cuti Sekolah Dan Cuti Umum

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 375 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaiklah seperti biasa pastinya ramai ternanti nantikan kalendar bagi tahun mendatang supaya segala urusan dapat dirancang dengan baik Untuk mereka yang bekerja melihat tarikh tarikh cuti umum dan sebagainy...
Selangor Komited Bela Sekolah Agama Semak Garis Panduan Pemutihan

Selangor Komited Bela Sekolah Agama Semak Garis Panduan Pemutihan

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 336 hits
Oleh Helmi Mohd Foad Kerajaan Negeri Selangor terus memberikan komitmen untuk membela kedudukan sekolah sekolah agama persendirian dengan memberikan lanjutan tempoh proses pemutihan hingga hujung tahun depan Menurut Exco Hal Ehwal Agama Isl...
Ibu Ini Ngamuk Pergoki Anaknya Disuruh Sekolah Malah Asik Tidur Siang Di Warung

Ibu Ini Ngamuk Pergoki Anaknya Disuruh Sekolah Malah Asik Tidur Siang Di Warung

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 237 hits
Bikin emosi saat ibunya membanting tulang untuk biaya sekolah tapi ternyata sang anak malah malas malasan
Ijazah Alumni Smkn 1 Cikarang Selatan Ditahan Karena Menunggak Iuran Kepala Sekolah Miskomunikasi

Ijazah Alumni Smkn 1 Cikarang Selatan Ditahan Karena Menunggak Iuran Kepala Sekolah Miskomunikasi

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 173 hits
Dinas Pendidikan turun tangan menyusul tindakan pihak SMKN 1 Cikarang Selatan Kabupaten Bekasi menahan ijazah alumni yang memiliki tunggakan
Ijazah Ditahan Sekolah Karena Nunggak Spp Nasib Alumni Smkn Di Bekasi Terkatung Katung

Ijazah Ditahan Sekolah Karena Nunggak Spp Nasib Alumni Smkn Di Bekasi Terkatung Katung

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 247 hits
Berdasarkan data yang dihimpun oleh orang tua siswa alumni dari tujuh yang terdata ada lulusan 2019 yang belum mendapatkan ijazah
Janji Ganjar Ke Pekerja Migran Sekolah Vokasi Hingga Penghormatan Saat Pulang Ke Indonesia

Janji Ganjar Ke Pekerja Migran Sekolah Vokasi Hingga Penghormatan Saat Pulang Ke Indonesia

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 283 hits
Ganjar juga menekankan pentingnya menyambut para pekerja migran dengan baik saat mereka pulang ke Indonesia
Warga Emas Didenda Rm1 500 Kerana Pukul Jiran Dengan Penyapu

Panduan Lengkap Cara Jadi Digital Nomad Untuk Warganegara Malaysia

Lirik Lagu Tanggal 31 Ogos Dato Sudirman Haji Arshad

Op Kontraban Mega 1 0 Rampas Rokok Minuman Keras Bernilai Rm12 2 Juta

Singgah Di Arena Warna Ayer Hitam

Contoh Soalan Temuduga Spa Jawapan Power Untuk Calon Baru

Indonesia Riot Protest Ganas Kerana Pemandu Ojol Mati Dipanggar Polis

Rezeki Yang Tidak Terduga Datang Menjadi Santapan Yang Membahagiakan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wanita Dan Bayi Perempuan Maut Lima Cedera Kemalangan Di Lebuhraya Timur Barat

Gempa Bumi Apa Itu Sesar Jenis Jenisnya

Kamil Bidas Fadhli Anggap Kenyataan Hina Thailand Dan Kemboja

Mappa Xx Anwar Umum Pelbagai Inisiatif Perkukuh Perkhidmatan Awam

Hajon Mahdy Mahmudin Inovator Teknologi Dari Kalimantan Barat Yang Mendunia

Zara Qairina S Case Sparks More Bullying Reports By Parents In Kelantan