Hanya 12 Sektor Perkilangan Boleh Beroperasi Ismail Sabri


Oleh Afiq Mohd. Shah Ismail Sabri dan Dr. Noor Hisham dalam sidang akhbar hari ini. SEMUA sektor perkilangan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh atau total lockdown mulai 1 hingga 14 Jun ini.
Walau bagaimanapun, Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran diberikan kepada 12 sektor terpilih sahaja untuk terus beroperasi sewaktu tempoh berkenaan.
Menurut Ismail Sabri, sektor terlibat adalah aeroangkasa melibatkan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO); makanan dan minuman; bahan pembungkusan dan percetakan hanya berkaitan bahan makanan serta kesihatan di samping barang-barang penjagaan diri dan bahan pencuci.
Selain itu, kata beliau, jenis perkilangan lain yang dibenarkan merangkumi keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan; barang penjagaan diri, peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran.
Beliau berkata, sektor-sektor lain adalah komponen bagi peranti perubatan; elektrikal dan elektronik; minyak dan gas; mesin dan peralatan hanya berkaitan kesihatan dan makanan; tekstil untuk pengeluaran PPE serta pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir.

“Sektor perkilangan yang dibuka pun hanya dengan kapasiti bekerja setakat 60 peratus sahaja. Kita berharap semua akur dengan arahan diberikan kerajaan.
“Ini kerana saya baca dalam media sosial, walaupun kita dah tetapkan syarat 60 peratus pekerja tetapi ada aduan terdapat majikan yang memaksa bekerja melebihi jumlah tersebut.
“Saya harap perkara seperti ini tidak berlaku kepada sektor yang dibenarkan. Jika berlaku, kita harap pekerja tersebut membuat aduan. Saya minta pihak berkuasa ambil tindakan tegas,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri memaklumkan, sektor pertanian, perikanan, penternakan, perladangan dan komoditi turut dibenarkan beroperasi.
Kata beliau, ia termasuk rantaian bagi sektor tersebut seperti kedai menjual baja dan racun atau kilang memproses buah sawit.
Pada masa sama, beliau memberitahu, sektor pembinaan pula melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal.
“Selain itu, kita juga benarkan kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama.
“Kerja-kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina atua pekerja yang ditempatkan di kuarters pekerja berpusat juga dibenarkan,” jelas beliau.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/hanya-12-sektor-perkilangan-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pergerakan Tidak Melebihi Radius 10km Dari Kediaman Hanya Dua Orang Dibenarkan Keluar Dari Rumah Ismail Sabri

Pergerakan Tidak Melebihi Radius 10km Dari Kediaman Hanya Dua Orang Dibenarkan Keluar Dari Rumah Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 327 hits
Hanya dua orang dari setiap rumah dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan sepanjang sekatan pergerakan penuh kata Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Katanya pergerakan itu tertakluk dalam radius 10 kilometer sahaja P...
Ismail Sabri Tidak Tahu Kasino Di Genting Highlands Beroperasi Arah Tutup Serta Merta

Ismail Sabri Tidak Tahu Kasino Di Genting Highlands Beroperasi Arah Tutup Serta Merta

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 348 hits
nbsp Menteri Kanan Pertahanan Datuk Ismail Sabri Yaakob menegaskan tindakan pengurusan Genting yang terus membiarkan kasino beroperasi adalah di luar pengetahuan beliau Memetik laporan berita portal The Vibes Ahli Parlimen Bera itu berkata ...
Saya Dah Tutup Pintu Depan Tapi Keluh Ismail Sabri Yaakob

Saya Dah Tutup Pintu Depan Tapi Keluh Ismail Sabri Yaakob

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 244 hits
nbsp Muat naik terbaharu Menteri Umno Ismail Sabri Yaakob di Facebook menjadi perbualan hangat di media sosial ekoran catatan yang menimbulkan pelbagai tanda tanya Saya dah tutup pintu depan tapi kata Ismail yang menutup catatan itu dengan ...
Ismail Sabri Arah Kilang Arak Tutup Operasi

Ismail Sabri Arah Kilang Arak Tutup Operasi

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 279 hits
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media telah mengarahkan operasi kilang arak ditutup serta merta Kenyataan media 3 perenggan yang dikeluarkan turut mengarahkan semua sektor perkilangan ditutup melai...
Semua Kilang Minuman Keras Ditutup Serta Merta Kata Ismail Sabri

Semua Kilang Minuman Keras Ditutup Serta Merta Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 279 hits
Semua kilang minuman keras ditutup serta merta kata Ismail Sabri Dikemas kini 22 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 Jun 2021
Apa Maksud Ismail Sabri Saya Dah Tutup Pintu Depan Tapi

Apa Maksud Ismail Sabri Saya Dah Tutup Pintu Depan Tapi

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 289 hits
Malaysiakini Hantaran Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob di laman sosial tentang pintu depan mengundang seribu tanda tanya di alam maya Dilampirkan bersama gambarnya yang juga menteri kanan sedang menutup pintu pejabatnya Hantaran yang ...
You Can T Lie To Covid 19 Ismail Sabri Warns Travellers

You Can T Lie To Covid 19 Ismail Sabri Warns Travellers

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 293 hits
Almost 200 000 people returned to their kampungs under various excuses during the Raya period says Ismail Sabri Yaakub PETALING JAYA Senior minister for security Ismail Sabri Yaakob has urged the public to only apply for interstate and inte...
Penutupan Kilang Arak Semasa Lock Down Tahniah Kepada Ismail Sabri

Penutupan Kilang Arak Semasa Lock Down Tahniah Kepada Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 314 hits
Penutupan Kilang Arak semasa Lock Down Semalam MN Selangor mengeluarkan kenyataan bersama saya dan YB Dato Dr Yunus Khairi Pesuruhjaya PAS Selangor mendesak kerajaan supaya menutup operasi kilang arak semasa lockdown Alhamdulillah petang se...
Najib Kata Kalau Dengar Cakap Azmin Pasti Kilang Boleh Beroperasi

Najib Kata Kalau Dengar Cakap Azmin Pasti Kilang Boleh Beroperasi

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 283 hits
May 29 2021 Bekas perdana menteri Najib Razak mengingatkan kerajaan supaya tidak menyerahkan kuasa penuh kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk membuat keputusan senarai sektor yang dibenar beroperasi dalam tempoh pe...
Market Trends To Shape Your Business

Man United Setuju Harga Lammens Bakal Cabar Onana

Why Choosing The Right Patent Illustration Services Can Make Or Break Your Application

Pampasan Tanah Kerajaan Persekutuan Setuju Selesai Babit Kem Syed Sirajuddin Pm Anwar

Ribuan Warga Sumanep Diserang Campak Ragut 17 Nyawa Siakap Keli

Mytnb Cara Semak Bil Elektrik Online

Lirik Lagu Harapalsu Arghpiez Ft Mus Satira

Drama Dr Pontianak 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keutamaan Masjidil Aqsha Dan Kewajiban Umat Islam Menjaganya

Throwback Hujung Minggu Spaghetti Bolognese Pedas Pemberian Kawan

Rezeki Itu Tidak Pernah Akan Habis

Jualan Merdeka Free Shipping Teruja Klik Barangan Jualan Di Temu

Flavorful Recipes Ideas With Ground Beef

Five New Bikes For August From Track Ready Super Sports To Iconic Revivals