Hanya 100 Mp Kerajaan Pn Secara Teknikal Tumbang



Pengumuman Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai keabsahan pentadbiran Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Meskipun Ahmad Jazlan sendiri berkata kerajaan PN tidak tumbang kerana pembangkang hanya mempunyai 108 sokongan, beza dua kerusi berbanding PN, namun dari sudut Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan seseorang PM mestilah mempunyai majoriti secara teknikalnya kerajaan Muhyiddin sudah pun tumbang.
Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, secara prinsip Muhyiddin tidak lagi boleh berlengah-lengah menyelesaikan status keabsahan pemerintahannya.
Menurut Hassan, berdasarkan Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan, terdapat 222 Ahli Dewan Rakyat yang dipilih melalui pilihan raya. Dua orang Ahli Parlimen telah meninggal dunia iaitu Ahli Parlimen Batu Sapi dan Ahli Parlimen Gerik.
Hal itu, katanya menjadikan jumlah ahli Dewan Rakyat tinggal 220 orang. Maka jumlah sokongan 110 yang dimiliki oleh Muhyiddin menjadikan Kerajaan PN tidak ada majoriti di Dewan Rakyat.
“Sepanjang 10 bulan lalu Muhyiddin pula telah mengelak dan menafikan pembentangan usul Tidak Percaya terhadapnya sebagai PM di Parlimen. Malah usul Undi Percaya terhadap beliau sebagai PM yang dibawa oleh Ahli Parlimen kerajaan juga tidak diberi peluang .
“Perkara yang paling hampir boleh ditafsirkan sebagai Undi Percaya kepada Muhyiddin ialah pengundian pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat. Undi yang paling tinggi dicapai oleh Kerajaan PN pada 15 Disember 2020 ketika Kerajaan PN mendapat 111 undi manakala pembangkang 108 undi. Namun 111 undi yang diperolehi PN itu termasuk sokongan daripada Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan.
“Kini Ahmad Jazlan menarik balik sokongan secara terbuka maka dari segi Perlembagaan PM Muhyiddin hilang sokongan majoriti di bawah Perkara 43(2)(a).
“Saya selaku salah seorang ahli Dewan Rakyat menyeru agar Muhyiddin supaya mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan mendapatkan perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan seberapa segera,” katanya dipetik.
Kata Hassan lagi, Muhyiddin mempunyai beberapa pilihan sekiranya mengadap Agong sama ada beliau meletak jawatan atau pun membubarkan Parlimen.
“Pilihan pertama tentulah beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri
“Beliau juga boleh menasihati Agong supaya Parlimen dibubarkan dan Pilihan Raya Umum diadakan dalam tempoh 60 hari,” katanya
Menurut Hassan, Muhyiddin juga boleh menasihati baginda untuk melantik PM interim bagi meneruskan pentadbiran negara.
Namun, kata Hassan, sekiranya Muhyiddin mengutamakan rakyat yang sensara menghadapi musibah Covid 19 dan banjir besar di Pantai Timur serta Selatan tanah air maka beliau seharusnya mencadangkan pihak yang lebih berwibawa, iaitu Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM baharu.
Pada 6 Januari lalu, Ahmad Jazlan mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkuat kuasa serta-merta.
Dengan pengumuman menarik sokongan dari PN semalam, Ahmad Jazlan merupakan Ahli Parlimen Umno yang kedua berbuat sedemikian selepas Tengku Razaleigh Hamzah yang menghantar usul kepada Speaker Dewan Rakyat meminta diadakan Undi Tidak Percaya terhadap pentadbiran Muhyiddin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31197

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Darurat Taktik Elak Kerajaan Pn Tumbang

Darurat Taktik Elak Kerajaan Pn Tumbang

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 301 hits
Proklamasi darurat yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 12 Januari lalu tidak menepati keperluan melawan Covid 19 sebagaimana yang diperkatakan pemerintah Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen berkat...
Kerajaan Pn Tumbang Tiada Siapa Yang Layak Memerintah

Kerajaan Pn Tumbang Tiada Siapa Yang Layak Memerintah

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 383 hits
NUAR BRAHIM DAN PH BOLEH CUBA NASIB NI MUNGKIN ADA 4 ATAU 5 ORANG BOLEH TARIK DARI UMNO TU BARU ADA NUMBERUMNO BERJAYA TUMBANGKAN KERAJAAN PN WALAUPUN MUHYIDDIN BOLEH TERUS MENJADI PIEM KEDUDUKAN DIKATAKAN 110 110 TIADA SIAPA MENANG DAN KAL...
Hanya Diam Membisu Kerajaan Pahang Terus Di Buli Penceroboh Haram Musang King Raub

Hanya Diam Membisu Kerajaan Pahang Terus Di Buli Penceroboh Haram Musang King Raub

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 375 hits
KUANTAN Senario kawalan ketat di setiap penjuru kawasan termasuk sekitar simpang masuk ke tanah pencerobohan di Raub Pahang seperti didakwa Pertubuhan Pembela Pembela Islam dalam laporan sebelum ini hanya menggambarkan kegagalan kerajaan Pa...
Jika Hubungan Umno Ppbm Retak Kerajaan Perikatan Nasional Akan Tumbang

Jika Hubungan Umno Ppbm Retak Kerajaan Perikatan Nasional Akan Tumbang

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 409 hits
PETALING JAYA UMNO tidak mempunyai banyak pilihan selain menarik diri daripada kerajaan pimpinan Perikatan Nasional selepas majoriti bahagiannya menolak kerjasama dengan PPBM satu tindakan yang hanya akan menjejaskan parti itu kata penganal...
Kerajaan Pn Akan Tumbang Jika 5 Lagi Mp Umno Tarik Diri Dari Sokong Muhyiddin Kata Nazri

Kerajaan Pn Akan Tumbang Jika 5 Lagi Mp Umno Tarik Diri Dari Sokong Muhyiddin Kata Nazri

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 282 hits
January 11 2021 KERAJAAN Perikatan Nasional akan tumbang jika sekurang kurangnya lima ahli Parlimen Umno menarik diri daripada menyokong kerajaan Muhyiddin Yassin kata Nazri Aziz Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata kelab penyokong ahli ...
Punya La Lipas Kalut Bukan Apa Takut Kerajaan Tumbang Kah

Punya La Lipas Kalut Bukan Apa Takut Kerajaan Tumbang Kah

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 202 hits
BOB KELANANG Masa guling depan kereta Sultan Perak tak derhaka pulak Masa engkar perintah Sultan mengadap tak derhaka pulak Masa bantah Agong bagi pengampunan kat Anwar tak derhaka pulak Tetiba masa Anwar mintak tamatkan awal perintah Darur...
Ahmad Maslan Hanya Beritahu Salah Guna Kuasa Kerajaan Ph Tak Dibetulkan Pn Kata Najib

Ahmad Maslan Hanya Beritahu Salah Guna Kuasa Kerajaan Ph Tak Dibetulkan Pn Kata Najib

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 313 hits
mykmu netNajib Razak tampil mempertahankan Ahmad Maslan dengan berkata setiausaha agung Umno itu hanya memaklumkan ketidakadilan perundangan dan salah guna kuasa pentadbiran Pakatan Harapan tidak diperbetulkan kerajaan Perikatan Nasional ta...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah

Resipi Kuah Rojak Homemade Ala Penang Manis Pedas Memang Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lavazza X Aura Pop Up Coffee Experience Di Suria Klcc Rasai Kemewahan Kopi Itali Asli

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan

Rafizi Aku Dah Tak Kenal Parti Ini Rafizi Petik Situasi Umno 1998

S Line Thriller Fantasi Misteri Korea Lakonan Lee Soo Hyuk Paling Berani Tahun Ini