Hantu Joki Timba Ganggu Orang Lalu


Santai hari minggu. Lepas joging dan makan tadi, lepas uruskan apa yang patut. Sekarang time tu landing2. Sambil landing sambil baca berita online, terbaca kisah ni. Cerita pasal Joki Timba ganggu orang lalu lalang.
Bukan apa tadi bangun pagi pergi joging dekat tepi hutan, masih gelap dan orang pula takde lagi. Bila baca cerita macam ni seram lak rasa hahaha. 
Cerita pagi tadi, lari dekat bukit dalam hutan yang aman dan damai
Benda-benda halus macam ni memang ada dekat sekitar kita, cuma nampak tak nampak je.
Jom baca ceritanya....
Sumber cerita : Kosmo Digital.
CERITA mistik yang dikaitkan dengan kematian seorang penjual air soya yang diberi jolokan Joki Timba di Balik Pulau, Pulau Pinang pernah menjadi buah mulut dalam kalangan penduduk negeri ini terutama kumpulan penunggang motosikal sekitar tahun 1980-an hingga 90-an.
Timba dalam loghat Utara membawa maksud baldi atau bekas mencedok air di perigi, joki pula gelaran untuk penunggang motosikal yang handal berlumba di trek atau jalanan.
Sumber gambar : KosmoKemalangan tragis yang didakwa menimpa lelaki itu semasa dalam perjalanan membawa dua timba berisi air soya sehingga kini masih terpahat dalam ingatan anak jati Pulau Mutiara terutama penduduk di daerah Barat Daya.
Difahamkan, insiden tersebut berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori pasir di Jalan Bukit Lama, Balik Pulau ke Teluk Bahang.
Dalam kejadian itu, dia dipercayai maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Nama Joki Timba dikatakan diberi berikutan kehandalan lelaki itu berulang-alik menunggang motosikal di selekoh tajam dan di laluan bengkang-bengkok dengan tahap kelajuan tinggi setiap hari sambil menggantungkan timba berisi air soya pada bahagian kiri dan kanan motosikalnya.
Seorang penduduk, Imran Hilmy Tawfik Hilmy ,42, berkata, kisah seram mengenai Joki Timba hangat diperkatakan sejak di bangku sekolah rendah lagi pada tahun 1980-an dan ketika itu, nama Joki Timba sering bermain di bibir dalam kalangan anak muda.
Menurutnya, mereka akan mengambil langkah berjaga-jaga sewaktu menyusuri laluan bukit yang gelap dan bengkang-bengkok di sepanjang Jalan Bukit Lama dari Teluk Bahang hingga Balik Pulau.
“Menjadi rutin pada setiap malam minggu, kami dengan beberapa geng motosikal lain akan ‘pusing’ satu pulau (Balik Pulau ke pusat bandar George Town) sehingga pagi. Ketika itu, masing-masing mempamerkan kehandalan menunggang motosikal di selekoh tajam.
“Jalan lama itu (Teluk Bahang ke Balik Pulau) sangat digeruni dalam kalangan penunggang motosikal. Selain menjadikan laluan berani mati ketika berlumba haram atau trek panas untuk pamer kehebatan menunggang motosikal, terpendam juga rasa bimbang dan seram dengan kemunculan hantu Joki Timba.
“Pernah ada antara kami mendakwa terserempak dengan sebuah motosikal yang digantung timba pada kiri dan kanannya meluncur laju di selekoh tajam selepas turun bukit,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Dakwa Imran lagi, kelibat motosikal tanpa memperlihatkan sebarang bentuk wajah itu dikatakan mempunyai kaitan dengan cerita mistik hantu Joki Timba yang ditemui mati dalam keadaan tragis suatu ketika dulu.
“Pengkisahan mistik tentang hantu Joki Timba itu juga didakwa mempunyai pelbagai sudut jalan penceritaan.
Kemunculan kelibat seorang lelaki tua berbaju putih di tepi jalan Titi Kerawang, Balik Pulau yang menegur penunggang motosikal di selekoh itu juga turut dikaitkan dengan kematian lelaki terbabit.
Lalu jalan macam ni waktu malam ada berani? “Mitos di sebalik kejadian sebenar yang berlaku bagaimanapun masih menjadi persoalan hingga kini dan menjadi igauan pengguna yang berdepan rasa gelisah dan meremang bulu roma sebaik menyusuri jalan itu,” tambahnya.
Sementara itu, menerusi akaun YouTube Warehouse Production dipercayai milik Chombi Lisa, wanita itu turut berkongsi pengalaman terserempak dengan kelibat Joki Timba yang memakai baju pagoda putih dan berseluar jean ketika melalui jalan tersebut.
Dakwa wanita itu, kejadian berlaku sewaktu dia berusia dalam lingkungan 19 dan 20-an ketika melalui laluan berkenaan bersama lima rakannya dari Batu Ferringhi menghala ke empangan Teluk Bahang.
“Ada satu jalan nak (hendak) naik ke atas. Naik naik kona (selekoh) atas…laju ni…bukit…ada sebuah motor (motosikal) datang laju dan potong kami yang naik Yamaha Lagenda lama.
“Tak apa lagi, kami dah sampai, motor EX5 yang sama mai (datang) balik bawa tong-tong semua. Tak mustahil motor sama, hang nak mai laju. Tiga kali, empat kali lalu duk kata tong sama.
“Kami nampak lampu dari belakang dari bawah bukit, macam rasa kena hambat (kejar). Tengok motor sama naik kali kelima. Sewaktu kona di titi gantung (Titi Kerawang) tempat depa (mereka) makan durian, datang motosikal dari tepi dan tengok tiada kepala, timba di tengkok,” kongsinya menerusi video berdurasi 12 minit 48 saat itu.
Wanita itu juga mendakwa dua kali terserempak kelibat Joki Timba pada tahun sama.
Sumber cerita : Kosmo Digital
Bila baca cerita ni teringat kisah cerita hantu di lebuhraya Karak. Dah biasa lalu siang malam pagi petang tapi Alhamdulillah tak pernah kena kacau macam dalam cerita orang-orang sekitar tu

Pandai pula hantu Joki ni bawa motorsikal EX5 ye. 80an dah ada motor EX5 ke ek. Wallahuaklam

Stay safe stay health everyone ya, keep moving. Kalau jumpa hantu, lari ek hehehe



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikguzim.blogspot.com/2020/12/hantu-joki-timba-ganggu-orang-lalu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Princemeed Memang Real Diganggu Roh Dari Dybbuk Box Pierre Andre React Video Princemeed Kena Ganggu

Princemeed Memang Real Diganggu Roh Dari Dybbuk Box Pierre Andre React Video Princemeed Kena Ganggu

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 1871 hits
Kecoh sehari dua ni mengenai seorang Youtuber Malaysia yang terkenal dengan content yang aneh dan misteri yang dikenali sebagai PrinceMeed Baru baru ini dia mendakwa dirinya diganggu oleh sesuatu daripada sebuah kotak sihir Dybbuk Box yang ...
Nenek 59 Tahun Rebut Peluang Timba Kemahiran It Erat Silaturahim Di Tengah Pandemik

Nenek 59 Tahun Rebut Peluang Timba Kemahiran It Erat Silaturahim Di Tengah Pandemik

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 394 hits
SINGAPURA Nenek berusia 59 tahun ini tidak canggung mendakapi pendigitalan Dalam tahun 2020 ini pula Cik Faridah Mansoor terus lebih bersungguh sungguh mendakapi pendigital apabila wabak COVID 19 melanda Singapura Semasa tempoh pemutus rant...
Hiburan Tiada Istilah Perigi Cari Timba Khai Bahar Terima Lamaran Aina Abdul

Hiburan Tiada Istilah Perigi Cari Timba Khai Bahar Terima Lamaran Aina Abdul

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 641 hits
Jangan salah sangka menerima lamaran itu bukanlah bermaksud dari segi perhubungan atau bercinta tetapi Khai Bahar difahamkan telah menerima undangan Aina Abdul untuk menjadi rakan duet dalam lagu baru berjudul Nafas Cinta Tidak menunggu lam...
Bapa Muda Naik Hantu Mengamuk Dan Menikam Anaknya Yang Berusia 20 Bulan

Bapa Muda Naik Hantu Mengamuk Dan Menikam Anaknya Yang Berusia 20 Bulan

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 382 hits
loading Subang Jaya Bayi perempuan berusia 20 bulan parah selepas ditikam bapanya yang dipercayai kurang siuman di Puchong Permai di sini petang hari ini
Nak Tengok Hantu Tunggu Pas Jadi Pembangkang

Nak Tengok Hantu Tunggu Pas Jadi Pembangkang

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 247 hits
MAN TOBANak tengok hantu kubur bangkit buat la PAS jadi pembangkang balik Sah sah hantu hantu kubur nih bangkit gangu otak korang hari hari
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments