Hantaran Vin Diesel Pasal Ronaldo Dalam Fast Furious Terakhir Curi Tumpuan
Hantaran Vin Diesel Pasal Ronaldo Dalam “Fast & Furious” Terakhir, Curi Tumpuan
Bintang bola sepak antarabangsa, Cristiano Ronaldo, dikhabarkan bakal menyertai keluarga Fast & Furious apabila pelakon utama francais itu, Vin Diesel, mendedahkan bahawa satu watak khas telah ditulis untuknya dalam filem akan datang.
Perkara tersebut dikongsikan menerusi Instagram apabila Diesel memuat naik gambar bersama Ronaldo sambil memberi bayangan tentang kerjasama itu.
Menurut Diesel, ramai peminat bertanya sama ada Ronaldo akan muncul dalam dunia Fast & Furious.
Menjawab persoalan itu, beliau menyatakan bahawa pasukannya telah pun mencipta satu watak khusus untuk bintang Portugal berusia 40 tahun itu.
https://www.instagram.com/p/DSJ_naSjkDz/
Namun begitu, tiada pengesahan rasmi setakat ini daripada pihak Ronaldo mahupun pasukan produksi filem.
Kerjaya filem Ronaldo mungkin bermula
Jika kemunculan Ronaldo menjadi kenyataan, ia akan selari dengan perancangan masa depannya selepas bola sepak.
Pada 2025, beliau melancarkan studio filemnya sendiri, UR•MARV, bersama pengarah terkenal Hollywood, Matthew Vaughn, bagi menghasilkan francais filem aksi yang menggabungkan dunia sukan dan sinematik.
Langkah ini menunjukkan Ronaldo semakin aktif membina kerjaya di luar padang sambil terus bermain bola sepak di kelab Al-Nassr, dengan rekod jaringan yang masih cemerlang.
Adakah CR7 akan benar-benar muncul?
Walaupun masih belum rasmi, keterbukaan Diesel tentang “watak khas untuk Ronaldo” menimbulkan harapan peminat bahawa mereka mungkin dapat melihat ikon bola sepak dunia itu membuat penampilan istimewa dalam penutup legenda Fast & Furious.
Jika menjadi kenyataan, ia bukan sahaja menambah nilai kemasyhuran francais filem tersebut, malah menjadi satu lagi pencapaian besar dalam perjalanan karier Ronaldo sebagai antara figura paling berpengaruh di dunia.
Buat masa ini, peminat hanya mampu menunggu pengesahan rasmi. Namun, bayangan yang diberikan Vin Diesel sudah cukup untuk membuatkan dunia hiburan dan sukan kembali teruja.
Filem akhir Fast & Furious akan jadi lebih istimewa
Fast & Furious 11 yang dikatakan bakal membawa judul Fast Forever dirancang sebagai filem penutup legenda Fast & Furious yang bermula sejak 2001.
Walaupun tarikh tayangan rasmi masih belum dimuktamadkan, Diesel sebelum ini pernah menyebut bahawa studio ingin menayangkannya sekitar April 2027. Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada beberapa syarat yang dibincangkan bersama pihak Universal Studios.
Difahamkan, antara perkara yang ditekankan Diesel ialah keinginannya untuk mengembalikan penceritaan francais itu ke Los Angeles.
Selain itu, Diesel mahu menghidupkan semula elemen asal Fast & Furious, iaitu budaya kereta serta perlumbaan jalanan.
Beliau juga berharap dapat menyatukan kembali wataknya, Dominic Toretto, dengan watak Brian O’Conner lakonan mendiang Paul Walker dalam filem finale nanti.
Untuk info, Paul Walker meninggal dunia pada November 2013 akibat kemalangan jalan raya ketika penggambaran Fast & Furious 7 masih berlangsung.
Namun wataknya berjaya ‘ditamatkan’ melalui teknologi CGI dan bantuan dua adik lelakinya.
BACA: Johan Bongkar Pernah Hantar Anak Sendiri Ke Rumah Anak Yatim
BACA: Pekerja Restoran Di London Dedah ‘Sikap’ Sebenar Uyaina Arshad, Raih Perhatian Ramai
Sumber: The Hollywood Reporter, Goal.com
The post Hantaran Vin Diesel Pasal Ronaldo Dalam “Fast & Furious” Terakhir, Curi Tumpuan appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/23/hantaran-vin-diesel-pasal-ronaldo-dalam-fast-furious-terakhir-curi-tumpuan/