Hantar Nobit Masuk Jawi
Assalamualaikum...
DAH hampir lima bulan jugaklah membela bujang yang seekor ni. Ini adalah kucing jantan yang ke lima peliharaan keluarga Sk, bermula dengan Zonan, Boboiyot, Aboo, Koka dan sekarang tinggallah dia seekor. Nama sebenar, Norbit, inspirasi dari drama bersiri Kampung People, hahaha, tapi lebih manja dipanggil Obit, hensem kan tayeee
Sebagai satu-satunya anak jantan dalam rumah dan berwarna oren pulak tu, ada sahaja keletah Obit yang menghiburkan kami. Kisah bagaimana kami mula memelihara Obit, ada Sk kisahkan dalam BELI BANGLO TIGA TINGKAT. Sekarang ni, banglo tiga tingkat tu selalu kosong je sebab semua dah duduk dalam rumah. Cuma ada masanya kena masuk banglo jugak terutama bila suka mengacau bonda mengemas, hahaha
Kami menghantar Obit untuk dikembirikan atau dimandulkan di Noah's Ark Natural Animal Sanctuary yang terletak di Kampung Ulu Choh, Pekan Nanas. Tak sampai 20 minit perjalanan dari rumah kami. Asalnya Sk mendaftar untuk program kembirikan kucing dan anjing tapi disebabkan program kembiri tu wajib menjalani potong tepi hujung telinga atau tatoo, jadi Sk memilih untuk menghantar terus ke klinik. Kesian pulak budak hensem ni kalau telinga kena potong atau ditatoo
Penghantaran secara pandu lalu, kita tak perlu turun kereta pun nanti ada staf Shelter yang akan keluar ambil haiwan yang kita nak kembirikan tu. Kami hantar Obit jer, nanti yang betina semua akan ikut program kembiri yang akan berlaku pada hujung bulan ni di Klinik Haiwan Pulai Hijauan. Untuk kucing-kucing betina, kami pilih untuk ditatookan telinga mereka. Harga untuk gunting telinga cuma RM50 dan tatoo RM80. Okeylah tukan, dulu-dulu, nak mandulkan kucing betina sampai RM250 seekor, tu yang Ponti dan CikLang tak pernah dimandulkan sampai sekarang. Hadap jerlah tiap bulan bila datang mengenyamnya tu, hahaha
Di kawasan shelter ni memang banyak anjing, sebab tu kita tak perlu turun. Tapi anjing-anjing ni semua elok tak kacau orang. Bukan sahaja tak kacau, tapi dia boleh buat bodoh aje tengok kereta kita nak jalan, saja jer dia berdiri tengah jalan buat tataw
Kawasan ni agak pedalaman sikit tapi taklah jauh dari jalan besar. Selepas melalui jalan tar, kita akan lalu jalan tanah merah lebih kurang 100 meter sebelum sampai ke rumah perlindungan ni. Ada sebuah rumah lama bercirikan tradisional dalam kawasan tu, cantik sangat, rasa nak masuk tengok. Senibinanya sungguh cantik dengan ciri-ciri rumah lama yang masih gunakan atap rumbia dan dinding buluh. Tu Sk tengok sekilas jerlah, nak tengok lama-lama seram pun ado. Seram tapi teringin nak masuk, camne tu? hahahaha
Lebih kurang tiga jam, kami dipanggil untuk mengambil Obit. Masih mamai lagi budak ni katanya. Jangan bagi makan sehingga dia boleh berjalan dengan stabil kerana dikhuatiri akan tercekik. Boleh bagi minum air aje.
Sampai malam pun masih macam ni keadaannya. Risau tu risau jugak, maklumlah, bujang-bujang kami dulu tak ada seekor pun yang bersunat. Zonan tu sampai dah jadi abang kawasan, tiga pagi baru balik mabuk rumah. hahaha. Staf klinik pesan, sehari dua ni, jangan bagi Obit buang air di pasir. Nasib baik kat rumah ada stok Tofu Liter, kalau tak, takkan nak biar dia membuang kat lantai, kan, matik bonda nanti nak basuh
Semoga cepat sembuh, Obit
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/10/hantar-nobit-masuk-jawi.html