Hang Tuah Vs Hang Jebat Siapa Salah


Kawan-kawan kenal tak siapa Hang Tuah dan Hang Jebat?
Kawan2 pernah dengar kisah mereka bertarung di antara sesama sendiri kerana perbezaan ideologi?
Tedi pun berbeza ideologi dengan Master mengenai Tuah dan Jebat.
Gambaran potret Hang Tuah
Persatuan sejarah terbit setem wajah Hang TuahKenapa Hang Tuah berlawan dengan Hang Jebat?"Master, kenapa Tuah berlawan dengan Jebat? Mereka kan kawan baik?""Kerana perbezaan ideologi", jawab Master dengan yakin."Siapa yang salah, Tuah atau Jebat?""Erm, mungkin kedua-dua mereka tak salah. Tedi rasa siapa salah?""Mestilah Jebat, kerana dia derhaka.", Tedi segera menjawab dengan bersemangat seolah-olah semangat Tuah meresap ke dalam diri. Resam dalam dunia ini, penderhaka akan dibenci, namanya akan dicaci, aibnya akan ditelanjangi, dan keluarganya mungkin dibuang negeri.
"Jebat seorang yang setia, sebab itu dia melawan.", balas Master pula.Tedi termangu sebentar. Macam mana seorang yang setia boleh melawan? Melawan maksudnya derhaka, kan? Sungguh kontra kedua-dua makna kata.
"Jebat setianya kepada kawan. Dia membela kawannya yang dizalimi. Jebat setianya kepada kesultanan Melaka. Derhakanya kepada pemimpin yang merosakkan pemerintahan kesultanan Melaka.", Master segera menjelaskan kepada Tedi. Mungkin Master faham Tedi kehilangan kata dek keliru."Jadi, Tuah lah salah. Dia tak pertahankan sahabatnya?", Tedi tak puas hati. Masakan Jebat benar orangnya? Semua orang tahu dia penderhaka.
"Tuah mungkin tak salah. Kita tak tahu apa di fikirannya. Setianya juga kepada Kesultanan Melaka, mungkin baginya tiada Melaka tanpa Sultan. Setia kepada Melaka bermakna setia kepada Sultan."Setia... cuma satu kata, namun maksudnya berbeza mengikut sesiapa yang mentakrifkannya. Setia kepada Sultan, setia kepada sahabat., adakah cara untuk menilai mana yang utama?
"Jadi, siapa yang salah?", Tedi berharap Maste ada jawapan untuk persoalan ini."Itulah Master kata, mungkin tiada siapa yang salah. Fahaman mereka berlainan. Seorang berkata Melaka akan hancur dengan pemimpin yang zalim, manakala seorang lagi berkata Melaka akan hancur apabila Sultannya tidak ditaati", jelas Master.Bencilah Tedi, mana boleh dua2 betul. Tedi buat muka tak puas hati.
Master senyum dan kemudian menyambung, "Tedi nak tau jugak siapa yang salah?"Tedi angguk.
"Sudah terang lagi bersuluh, yang salah adalah Sultan kerana mendengar hasutan, tapi yang benar-benar bersalah adalah para pembesar yang dengkikan Tuah dan sanggup memfitnahnya."Tedi terduduk. Selama ini Tedi salahkan Jebat kerana derhaka, tak setia kepada Sultan. Tapi rupa-rupanya setia itu luas skopnya.
Gambar kulit buku bertajuk Laksamana Hang Tuah: Jangan Pertikai Kewujudannya oleh Mohd Jamil Mukmin. 
Jebat ternyata setia,cuma setianya bukan sekadar kepada rajatetapi kepada kawan-kawan dan rakyat jelata.Tiada gunanya setia kepada raja derhaka,Derhaka kepada amanah baginda untuk menjadi pemerintah adil.Jebat sudah lama mengajar kita. 
Tuah pula.Setianya bukan tiada makna.Setianya menjalankan amanat tugasnya.Walaupun terpaksa menentang sahabat dari kecilnya.Baginya semua orang tiada beza.Musuh raja adalah musuh negara dan musuh dirinya. 
Benarkah Hang Jebat menderhaka kepada Sultan Melaka?"Tedi, benarkah Jebat derhaka kepada Sultan?", tiba-tiba Master menguji minda."Err, tak tau.""Jika Jebat derhaka kepada Sultan, kenapa dia tak bunuh Sultan? Sebaliknya diamuknya pembesar-pembesar Melaka? Jebat bukan derhaka kepada Sultannya. Dia hanya menghukum mereka yang menghasut baginda."
Benar kata-kata Master itu. Bukan Sultan yang disasarkan Jebat. Ternyata Jebat dalam diam masih setia. Dia tidak menghukum payung kerajaan, cuma mencantas daging yang membusuk. Dia membuat onar di Istana Melaka namun tidak cederakan baginda.
Dalam diam Tedi akui, Tuah tak salah. Jebat tak salah.
Kedua-dua mereka setia orangnya.
Yang derhaka adalah para pembesar yang memfitnah Hang Tuah. Sanggup korbankan seorang yang berjasa kepada negara semata-mata untuk penuhi nafsu mereka. Mereka dengkikan nama dan pangkat yang ada pada Hang Tuah kerana Laksamana Melaka bukan hanya memimpin angkatan laut negara malahan menjadi duta kepada Kesultanan Melaka.
Tedi bangga dengan Tuah dan Jebat. Mereka adalah padanan sempurna.
Benarkah Sultan Melaka silap dalam menghukum Hang Tuah dan Hang Jebat?Tiba-tiba Master sambung bicara, "Tedi, benarkah Sultan bersalah? atau sebenarnya Sultan juga berkomplot menghapuskan para pembesar pengkhianat negara?"
Ya tak ya. Banyak yang boleh dibincangkan:
Bendahara tak bunuh Hang Tuah. Adakah memang konspirasi dengan Sultan Melaka?Hang Jebat pula "mati" di rumah Hang Tuah. Tiada siapa yang tahu, cuma Hang Tuah! Mungkinkah Hang Tuah sembunyikan Hang Jebat?Sultan Melaka terpaksa hukum Hang Tuah kerana peraturan istana, walau sebesar mana jasa Hang Tuah kepada negara. Bagaimana mahu selamatkan Hang Tuah tanpa cabar kredibiliti Sultan Melaka?Sultan Melaka tak boleh hukum semua pembesar sekaligus kerana akan menggoncang kestabilan Kesultanan Melaka (jika baginda sedia tahu pengkhianatan para pembesar).Kenapa Hang Jebat tak bunuh Sultan Melaka? Hebat sangatkah pengawal diraja? Jika hebat, kenapa Istana Melaka dapat ditawan Hang Jebat?Hang Tuah tak bunuh Hang Jebat betul2, sebaliknya Hang Jebat cuma "cedera" dan boleh mengamuk selama seminggu! Takkanlah Tuah sanggup tengok rakyat Melaka diamuk? Siapa yang Jebat amuk?Siapa saksikan pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat di dalam Istana Melaka?Kenapa Hang Jebat tak mengamuk awal sebelum Hang Tuah "dihukum" bunuh? Adakah dia dah tahu Hang Tuah hanya akan disembunyikan?Kawan2 Hang Jebat yang bertiga (Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu) tak mampu bunuh dia? Atau hanya lakonan semata-mata?Fikir-fikirkan dan semoga semangat Hang Tuah dan Hang Jebat menyerap ke dalam diri kita.

Hang Jebat derhaka atau bukan? Mungkin hanya Allah S.W.T mampu menilainya.
*Tedi pernah baca Sejarah Melayu & Sulalatus Salatin, sebuah mencatatkan Hang Tuah lawan Hang Jebat, manakala sebuah lagi mencatatkan Hang Tuah lawan Hang Kasturi. Tedi lebih yakin kepada Hang Tuah lawan Hang Kasturi sebenarnya. Kena cari balik la kedua-dua buku tu, memang amat bagus untuk dibaca.Bacaan lain berkaitan dengan Hang Tuah lima bersaudara & Kesultanan Melaka:Wikipedia: Bahasa Indonesia || Bahasa Malaysia || EnglishOrigins of Hang Tuah and friendsHang Jebat: a traitor or a hero?Bandar Melaka

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2013/05/tuah-vs-jebat-siapa-salah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Juruwang Mengaku Salah Curi Jongkong Emas Wang Tunai

Bekas Juruwang Mengaku Salah Curi Jongkong Emas Wang Tunai

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 152 hits
Meor Riduwan Meor Ahmadbhnews bh com myGoh Min Xiu dihukum penjara 5 bulan dan denda RM11 000 kerana mencuri jongkong emas dan wang tunai bulan lalu NSTP Meor Riduwan Meor Ahmad MELAKA Bekas juruwang restoran dijatuhi hukuman penjara lima b...
Leon Dozan Langsung Ciut Pak Kapolri Saya Minta Maaf Saya Salah Khilaf

Leon Dozan Langsung Ciut Pak Kapolri Saya Minta Maaf Saya Salah Khilaf

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 125 hits
Dirinya yang sangar sebelumnya dengan mengolok olok kepolisian untuk menangkap dirinya kini langsung ciut
Mot Guna Pakai Sistem Pengurusan Antirasuah Elak Salah Guna Kuasa

Mot Guna Pakai Sistem Pengurusan Antirasuah Elak Salah Guna Kuasa

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 151 hits
Kementerian Pengangkutan Malaysia guna pakai sistem Pengurusan Antirasuah selepas berjaya melepasi Audit Pensijilan MS ISO 37001 2016 dari pihak NIOSH Certification Sdn Bhd Menterinya Anthony Loke berkata pensijilan itu dijangka akan diber
Ndarboy Genk Salah Pilih Chord

Ndarboy Genk Salah Pilih Chord

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 233 hits
E Am E B C m B F B E Am jaremu aku mung E B siji sijine C m C sing bakal mbok tresnani sak F m A lawase B nanging opo bukti kabeh mung G m C m sewates janji F m B nyatane ono sing liyo ning E B mburi E Am yen pancen kowe seneng karo E B dek...
Salah Diserang Di Liberia Terpaksa Dilindungi Tentera

Salah Diserang Di Liberia Terpaksa Dilindungi Tentera

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 161 hits
BHonlineMohamed Salah terpaksa dilindungi oleh tentera daripada penyokong ketika kemenangan Mesir ke atas Sierra Leone MONROVIA Liberia Mohamed Salah terpaksa dilindungi oleh tentera daripada penyokong ketika kemenangan Mesir ke atas Sierra...
Ayah Sayang Tuah Dulu Rasa Kosong Kini Anak Isteri Buat Remy Ishak Makin Bahagia

Ayah Sayang Tuah Dulu Rasa Kosong Kini Anak Isteri Buat Remy Ishak Makin Bahagia

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 228 hits
Benarlah kata orang kelahiran cahaya mata buat hidup kita ceria dan bahagia Inilah yang sedang dilalui oleh hero Malaya Remy Ishak Selepas kehadiran Tuah Alam dalam hidupnya dan isteri akui Remy hidupnya kini banyak berubah Jika dulu dia pe...
Karipap Pusar Keropok Lekor Viral

Gadis Maut Dua Penumpang Parah Kereta Bertembung Suv

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Dive Into Joy And Creativity At Legoland Malaysia Resort S Brick Tacular Holidays

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar

Pemandu E Hailing Cemas Kereta Terjun Tasik

Cara Matikan Ai Microsoft Word Yang Mengintip Apa Yang Anda Tulis

Lelaki Muda Hilang Di Sungai Jeram Badoh Risau Lemas


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Abdullah Bin Jahsy Ingin Bertemu Allah Dengan Hidung Terpotong

Ministry Won T Interfere In Ptptn S Decision On Student Loans Says Zambry

Polytechnics To Triple Number Of Students To 300 000 By 2030

Pas Linked Group Holds Another Flag Rally In Teluk Intan

Resepi Ikan Bakar Sambal

Harap Tiada Majikan Dikhianati Seperti Saya Hanis Zalikha