Hang Tuah Berjiwa Besar Dari Negeri Sembilan Yang Sangat Disayangi Rakyat




Penulisan ini telah diambil dari wall fb tuan Amir Hamzah Abdul Hamid

Antara penulisan terbaik tentang Tok Mat Hassan yang ada difb..

*********

HANG TUAH JIWA BESAR DARI NEGERI SEMBILAN

Kalau ingat sebelum nak PRU dengan selepas PRU tahun lepas, aku banyak up posting berkenaan Politik. Aku menolak UMNO PRU lepas secara total. Bukan benci pada UMNO tapi benci dengan pemimpin-pemimpin yang mula sombong di dalam UMNO. Akhirnya UMNO rebah buat pertama kalinya.

Perubahan besar pada UMNO tu sendiri apabila yang sombong dulu mula diserang oleh bawahannya sendiri. Bawahan yang dulu mempertahankan gila-gila, bila dah jatuh, masing-masing mula berani bercakap benar. Akhirnya atasan terpaksa akur untuk diam diri dan letak jawatan. Part ni jangan sembang rakyat kena kencing dulu. Rakyat tak kena kencing, kekalahan UMNO ni beri mesej yang cukup kuat pada semua tampuk pimpinan akan datang, jangan ulangi kesilapan sama. Tiada istilah kencing bagai. Istilah kencing ni cuma marketing parti politik untuk malukan kelompok pimpinan hari ini je. Yelah, dulunya pimpinan hari ni masa di kerusi pembangkang, sembang deras sangat. Semua benda dia boleh buat.

Babi pun dia boleh sucikan. Lebih kurang macam tu lah level deras dia.

Sekarang dah ada dikedudukan yang kau nak, baru kau tahu. Tak rasa, tak duduk di atas, memang boleh cakap apa je pun. Memang boleh hentam apa je pun macam hero, macam cerdik. Bila dah duduk dan berdepan realiti, ternganga. Tak sama rupanya. Lain kali jangan deras sangat. Nanti nak pusing balik bukan senang. Imej tu.

Sepanjang aku mengkritik UMNO sebelum ini, aku selalu fokus pada pimpinan ini di dalam UMNO. Siapa dia? Ni haa, The Legend. Tok Mat Hassan. Salah sorang pemimpin yang berkaliber. Sorang lagi masa tu aku sebut, Khairy Jamaluddin. Walaupun Khairy ni problem dia boleh tahan zaman Pak Lah PM dulu, tapi kita anggap itu sifat normal kerakusan orang muda yang tiba-tiba dapat "payung besar". Sampai satu usia, dia tersedar dan dia cuba baiki semuanya.

Entah. Agak-agak je lah kan.

Tapi ni aku tulis atas pandangan peribadi aku lah berkenaan Tok Mat Hassan ni. Kau punya pandangan, tu kau punya pasal. Aku antara kelompok yang terkesan bila tengok Tok Mat Hassan turut jadi korban pada PRU lepas. Bukan sebab orang Nismilan benci pada Tok Mat Hassan, tapi sebab orang benci dengan Barisan Nasional waktu tu. Nak taknak, UMNO wajib digulingkan supaya UMNO belajar sesuatu. Lalu antara tokoh hebat yang turut merasa tempias ini ialah Tok Mat Hassan. Siapa yang duduk Nismilan waktu tu, mesti sayu tengok gambar Tok Mat Hassan yang tengah berkemas bawa keluar semua barang-barang dari pejabat dia waktu tu.

Yang bersedih ni termasuk kelompok yang tandakan pangkah pada Pakatan Harapan waktu tu. Cuma boleh ungkap dalam hati, "Maaf Tok Mat, kami terpaksa."

Sepanjang karier Tok Mat di dalam Politik, kau boleh tengok Tok Mat ni orangnya santun. Bahasanya penuh dengan nasihat dan bahasa lama. Dia tak menghina orang, dia tak perli pihak lawan. Dia tak beriya nak menyerlah untuk bagi Perdana Menteri nampak dia. Dia cuma cakap apa yang dia rasa betul dan apa yang dia pernah lalu, misi dia besar. Bab jaga hati pun memang dia tak main game-game selamat ni. Sebelum dia masuk politik pun, dia Ahli perniagaan berjaya. Kau boleh tengok setiap soalan yang di tanyakan pada dia, jawapan yang dia bagi tu semua bukan dia hentam semberono. Dia beri pandangan dari pengalaman dia. Lancar dan ikhlas.

Apatah lagi nak tolak salah pada orang. Bukan cara dia. Bagi dia, nak melawan, jangan buat silap dengan berborak benda yang tiada. Kena selalu ukur baju di badan sendiri. Cita-cita kena ada. Misi dia, nak orang Nismilan bahagia, senang, tak rasa terbeban. Ni waktu dia jadi MB Nismilan dulu lah. Dia buat.



Kau try cari isu berkenaan 1MDB. Dengar macam mana Tok Mat berikan penjelasan. Dia cakap yang apa dia faham dan dia beri pula pandangan peribadi dia merangkap bekas ahli perniagaan berjaya sebelum ini. Dia tak hentam orang. Dia tak mengampu sebab takut kena terajang. Ini baru betul pemimpin. Lantang dia berasas. Bukan sebab dia berani, tapi sebab dia pegang prinsip bercakap benar. Pernah tengok Tok Mat Hassan bidas kenyataan YB mana tah di parlimen sebelum ni isu talkin? Dia kupas satu-satu termasuk bab agama. Menggelupur YB tu. Tengok Tok Mat Hassan bercakap isu kandang babi yang nak dibuat di depan lapangan terbang beberapa tahun lepas.

Dia akan kupas satu-satu. Persoalan yang dia bangkitkan pun persoalan yang kemas. Bukan serangan peribadi. Contohnya bab kandang babi tu, dia tanya satu je. Takkan kita nak biar pelancong mendarat je, nak kena mengadap kandang babi? Apa? Khinzir? Ya khinzir tu babi lah.

Di Nismilan sendiri, aku percaya ramai dah rasa Tok Mat ni dah macam Bapak kepada rakyat Nismilan. Dapat feel kasih sayang tu. Negeri mana di Malaysia yang Menteri besar dia beri keizinan untuk melayu berniaga di kaki lima untuk tambah pendapatan? Ini penting tau tak untuk kau ambil tahu permasalahan ni sebelum keluar order kutip. Yelah, cukai sana sini, tapi rakyat nak cari rezeki, kau tak pernah ikhtiar untuk mudahkan. Tok Mat siap warning Majlis Perbandaran waktu tu supaya jangan buat duit dengan orang berniaga. Bantu permudahkan rakyat.

"Saya lombut bukan untuk dipuleh, saya kogheh bukan untuk dipatah. Saya bagi orang nak berniaga, saya bagi orang nak buat apa-apa. Tapi jangan sampai memijak kepala dan terus menyusahkan orang ramai. Ini saya tak benarkan. Di negeri sembilan saya tak benarkan. Tapi dalam masa yang sama, berniagalah. Saya dah posan dekat MPN dengan MPS, orang nak berniago biarlah dio niago. Dio pandai buek nasi lemak biar dia niago bukak mejo depan rumah. Meniago dari pukul 7 sampai pukul 9, apo salah? Nak menambah rezeki, nak menambah pendapatan bantu suami. Yang kau ghoram apasal? Bawak lori nak angkut mejo dengan kosi? Saya dah umumkan, sampai 3 tahun tak payah permit tak payah bayar apo-apo. Tapi jangan lah jual goreng pisang sampai RM10 sekeping. Kalau jual goreng pisang RM10, saya sendiri yang bawa lori angkut meja tuan-tuan.

Saya nak masyarakat Malaysia, masyarakat Nismilan ni hidup dalam keadaan yang ceria, hidup dalam keadaan yang sonang. Siapa yang ada skill, berniago. Berniago lah. Dan PBT-PBT dan Jabatan-jabatan kerajaan, permudahkan.."

Ini antara bait-bait kata yang keluar daripada mulut Tok Mat Hassan bila bicara pasal masyarakat Nismilan yang nak niaga. Power tak? Aku teringat ada waktu tu, Tok Mat Hassan cakap isu pasar malam kalau tak silap aku. Ada penduduk Cina yang beberapa kali hantar surat ke Pejabat MB minta ditutup pasar malam melayu yang berdekatan dengan kawasan rumah diorang. Sebab nak privasi katanya. Tok Mat ceritakan balik berkenaan kes tu.

"Biarlah orang melayu berniaga. Beberapa kali diorang hantar surat pada saya, saya tak layan. Saya tak setuju. Orang kita bukan orang senang. Nak berniaga satu hari je untuk tambah pendapatan, itu pun jam 5 potang sampai 9 malam. Bukannya hari-hari. Dah itu je pun orang melayu boleh buat, apa salah tolak ansur? Dio nak berniago pun kito bagi. Ini tak, habis nak ditutup eh bila orang melayu yang niago. Orang melayu cari makan bukannya untung berpuluh ribu pun satu hari tu."

Apa Tok Mat cakap ni, kau boleh nilai jiwa Tok Mat ni macam mana. Dia pernah lalu hidup susah satu masa dulu. Dia orang kampung je pun. Tengok part hidung pun tau dah totok melayu kan. Dia pernah berjaya. Dan hari ini dia ada di kedudukan yang dia boleh bela bangsa dia, dalam masa yang sama dia tak menidakkan pun hak bangsa lain. Dia selalu ulang, kita di Malaysia ini punyai kepelbagaian kaum. Kita tetap jaga semuanya sama. Tapi kita pegang pada perlembagaan parti. Part ni kena faham. Power lah tu. Apa cina nak, dia bagi. Kalau benda tu boleh melanggar hak atau penting diri, dia halang. Melayu pula bila dia bagi peluang, tapi buat macam taik, dia halang. Inilah pemimpin. Dia buat apa yang dia rasa betul, bukan sebab fikir nak jaga hati siapa-siapa.

Kau percayalah, dalam banyak-banyak pimpinan UMNO, Tun paling seram dengan sorang je. Siapa dia? Ni ha Tok Mat Hassan. Bukan seram apa, Tun Mahathir tahu Tok Mat ni jiwa besar punya pemimpin. Dia berkarisma dan tak banyak permainan. Dia bukan corner-corner punya orang. Kalau kau tipu, dia cakap kau tipu. Dia takda cakap, oh mungkin dia tersilap. Itu bukan Tok Mat. Kau ingat tak seram ke berdepan pihak lawan yang macam tu? Nak kautim pun payah. Tok Mat Hassan ni, rakyat sayang. Jadi, daripada nak risikokan diri lawan dengan Tok Mat, hujung nanti akan ada plan lain untuk menyokong Tok Mat daripada kem Tun Mahathir sendiri. Atas alasan, menyokong pimpinan yang berintigriti dan telus.



Ini bukan status membodek lah, Adul. Ini aku nak meluah betapa aku menghormati Bekas MB Nismilan ni bab menyantuni masyarakat. Kalau kau perasan lah, PRU lepas orang takda point mana pun nak belasah Tok Mat. Satu isu je pun, isu terbalik meja.

Haha.

UMNO akan berdiri gagah dengan Tok Mat Hassan sebagai Presidennya. Kau tenang je. Cuma Tok Mat kalau diizinkan monang bosa nanti, jangan mudah percaya dengan orang bawahan sangat. Esok-esok potensi nak jatuh tersungkur tu ada hanya sebab orang bawahan yang plastik dan gunakan kuasa untuk buat duit bagai nak gila. Bab kerja, haprak. Part ni Tok Mat Hassan kena belajar dengan Tun zaman Tun jadi PM ke 4 dulu. Wujudkan satu team Inteligent untuk fokus pada gerak geri menteri-menteri bawahan. Supaya percubaan sabotaj bagai dari ahli sendiri tu susah nak jadi, sebab segala info sulit menteri bawahan ada pada kita hasil gerak kerja team Inteligent

Semua orang bila dalam kedudukan selesa, dia akan mula panjang langkah. Itu biasa. Contoh menteri lah. Bila dia duduk di kerusi menteri pelancongan lah contoh. Dia kira boss besar. Segala kelulusan atas dia, siapa je akan tahu untuk dia rembat duit orang? Jadi bila dia dalam keadaan tak tergugat, dia akan panjang langkah. Cuba bila dia tahu, ada satu skuad yang Perdana Menteri wujudkan untuk ambik rekod segala gerak geri dan kerja dia untuk dilapor kepada Perdana menteri, kau ingat diorang tak dup dap nak menyamun dan kurang ajo?

Mana berani. Part ni kita salute Tun Mahathir masa jadi perdana menteri ke empat. Diktator dengan caranya tersendiri. Ini yang Tok Mat Hassan takda. Tegas ala-ala Diktator. No is NO. Tapi kita percaya, Tok Mat Hassan punya resepinya tersendiri. Tenang. Tengok macam mana dia menyantuni orang muda. Betapa dia kagumi orang muda.

Apapun, untuk siapa tak kenal Tok Mat Hassan, lapangkan dada kenali jiwa Tok Mat Hassan ni. Anak kampung dari keluarga susah, menjadi pembela untuk bangsanya. Pemimpin yang selalu bercakap tentang realiti kehidupan. Di selit dengan pepatah-pepatah lama yang aku rasa kita orang muda ni pun tak pernah dengar. Belum part agama lagi tau. Orang yang dalam lembut dia ada keras dalam membentengi nasib orang melayu. Dia sedar orang melayu kita masih ramai yang miskin, perlukan jalan, jadi dia ambik pendekatan untuk memudahkan melayu bina pendapatan. Bukan melayu je. Semua bangsa yang ada dekat Nismilan sana. Dalam masa yang sama, dia jadi pembela pada nasib melayu yang tertindas.

Semoga UMNO kembali gemilang dibawah pimpinan Tok Mat Hassan. Digeruni dan dihormati pihak lawan kerana prinsipnya dalam membela rakyat. Akhir sekali, Tun Mahathir akan akur dengan kepimpinan yang dibawa oleh Tok Mat Hassan di dalam UMNO. Percayalah. Tapi make sure UMNO betul-betul dah dibersihkan dari kumpulan haprak yang menjadi liabiliti dalam UMNO.

Sikit lagi bait-bait kata Tok Mat Hassan yang sangat power untuk kita renungkan.

"Kekalahan tempoh hari betul-betul mengajar kita. Jangan lagi bodoh sombong. Dengar cakap orang bawah, bukan kita je betul. Yang paling baik sekali, kita kena sedar diri. Post mortemlah macam mana pun, selagi ada bodoh sombong, kita tak akan kemana. Jangan terlalu ego, bercampur dengan orang. Maaf cakaplah, bila pergi makan dekat kedai, siap hisap cigar, datang naik alphard. Lepas tu bayar meja dia je. Apa salah bayar je untuk semua yang tengah makan dekat situ? Pakcik-pakcik, makcik-makcik yang ada dekat situ. Bayarkanlah semuo sekali. Ini saya cakap betul. Ego. "

Masa dia smash point ni, pimpinan UMNO lain boleh gelak pulak. Padahal point ni bagi aku sangat serius dan penting. Bukan lawak.

Belajarlah dari Tok Mat Hassan. Jangan bodoh sombong. Santuni rakyat. Zaman kau je bercakap dan orang lain dengar tu dah tak relevan, hari ni kau dengarlah pulak. Bagus ke tak bagus tu nombor dua.

Gua yang menulis,
Tuan Amir Danau

P/s : Untuk Rantau, aku nak pesan dekat orang Melayu. Bagilah undi pada Tok Mat Hassan. Dia dah buktikan pun dia jaga Nismilan sebelum ni pun penuh jiwa membela rakyat. Dah terbukti. Jadi jangan buang masa nak ambil calon lain yang cakap melayu pun pelat. Pantang betul aku bab bahasa melayu pelat ni. Lidah macam kena sepit dengan ketam. © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/03/hang-tuah-berjiwa-besar-dari-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Highlights Negeri Sembilan 0 0 Sabah Liga Perdana 2019

Highlights Negeri Sembilan 0 0 Sabah Liga Perdana 2019

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 356 hits
Highlights Negeri Sembilan 0 0 Sabah Liga Perdana 2019Saksikan perlawanan highlights perlawanan di antara pasukan Negeri Sembilan dan Sabah Diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada 9 Mac lalu Perlawanan keenam Liga Perdana ini ber...
Penggempur Negeri Sembilan Masih Belum Cukup Tajam

Penggempur Negeri Sembilan Masih Belum Cukup Tajam

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 272 hits
Pengendali Negeri Sembilan Mat Zan Mat Aris mengakui masih banyak yang perlu dipertingkatkan barisan pemainnya khususnya melibatkan kombinasi di bahagian serangan selepas mereka seri tanpa jaringan dengan Sabah pada aksi Liga Premier di Sta...
Pas Sokong Ketegasan Mb Negeri Sembilan

Pas Sokong Ketegasan Mb Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 396 hits
KL PAS Negeri Sembilan menyokong penuh ketegasan Menteri Besar Negeri Sembilan Dato Seri Aminuddin Harun yang melarang penjualan minuman keras di Seremban International Golf Club Walau bagaimanapun Aminuddin yang juga Presiden SIGC dituntut...
Isu Arak Mb Negeri Sembilan Letak Jawatan Sigc

Isu Arak Mb Negeri Sembilan Letak Jawatan Sigc

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 261 hits
ZULKIFLI MANZOR 25 Mac 2019 6 28 PM SEREMBAN Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun meletak jawatan sebagai Presiden Kelab Golf Antarabangsa Sere
Dari Melaka Ke Gemencheh Negeri Sembilan

Dari Melaka Ke Gemencheh Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 367 hits
Assalammualaikum Dunia Hallo Rabu sape sini orang nogori Sembilan Rayyan at BahauSelamat Datang ke Pekan Gemencheh Minggu lepas kita pi N9 pi Bahau dulu past tue pi jenjalan Gemencheh la pulak Seperti mana yang korang tahu N9 kayo dengan ad...
Mufti Negeri Sembilan Gesa Kerajaan Haramkan Permainan Video Pubg Di Malaysia

Mufti Negeri Sembilan Gesa Kerajaan Haramkan Permainan Video Pubg Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 371 hits
PERMAINAN dalam talian PlayerUnknown s Battleground perlu diharamkan kerana mendidik generasi muda ke arah aktiviti keganasan selain menghilangkan perasaan belas kasihan Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata kerajaan perlu me...
Exco Negeri Sembilan Warga Emas Bakal Tawan Everest

Exco Negeri Sembilan Warga Emas Bakal Tawan Everest

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 575 hits
Bersempena dengan program pendakian YB Bakri Sawir yang telah dilaporkan baru baru ini satu majlis penyerahan bendera bendera serta kelengkapan pendakian telah dianjurkan oleh Malaysia Autism Foundation bertempat di Nilai Negeri Sembilan Ma...
Pecinta Makanan Negeri Sembilan Masa Untuk Nikmatinya Di Putrajaya Marriott Hotel

Pecinta Makanan Negeri Sembilan Masa Untuk Nikmatinya Di Putrajaya Marriott Hotel

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 655 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Siapa sini orang Nogori Sombilan Siapa suka makan Masak Lomak Cili Padi Ini masanya untuk korang yang memang pecinta makanan berlemak pedas masam d...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization