Hamzah Zainuddin Dikecam Campurtangan Pertukaran Pegawai2 Kanan Polis


 
Saya Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang memandang serius percubaan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin yang cuba campur tangan dalam urusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador dalam soal pertukaran jawatan dan tugas pegawai-pegawai kanan polis Malaysia dalam PDRM.
Saya mendapat maklum bahawa Ketua Polis Negara telah membuat keputusan menukarkan jawatan dan tugas pegawai-pegawai tinggi PDRM menurut kuasa Undang-Undang yang memperuntukkan “ Control and Command” PDRM adalah terletak dalam bidang kuasa Ketua Polis Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin tidak ada kuasa di bawah undang-undang untuk menangguhkan, apa tah lagi untuk menggagalkan keputusan yang telah diambil oleh Ketua Polis Negara.
Saya memandang perkara yang cuba dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri adalah serius. Walaupun sekarang negara berada di dalam keadaan Darurat dan Parlimen digantung, ini tidak bermakna Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa yang melampaui peruntukan undang-undang sehingga mengganggu bidang kuasa Ketua Polis Negara.


Satu perkara yang perlu diingat bahawa baru-baru ini, Ketua Polis Negara telah mendedahkan wujudnya gejala yang dipanggil Kartel di dalam PDRM yang telah menjejaskan integriti PDRM.


Pada hari ini pula, Sabtu 10 April 2021 melalui telivesyen (Astro Awani jam 3 petang), Ketua Polis Negara telah mendedahkan bahawa Dadah telah menjadi ancaman nombor satu negara.
Menurut beliau jumlah rampasan dadah oleh Polis seperti syabu dan lain-lain dalam simpanan PDRM sekarang berjumlah RM3.5 bilion.
Manakala ada akhbar pada hari ini, (Sinar Harian 10 April 2021) di muka depan mendedahkan Malaysia telah menjadi sasaran kartel dadah antarabangsa yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai pusat transit dadah sebelum diseludup ke negara ketiga.
Akhirnya, sebagai Ahli Parlimen, saya menasihatkan supaya Menteri Dalam Negeri menarik balik arahannya yang meminta Ketua Polis Negara menangguhkan keputusan pertukaran pegawai-pegawai kanan Polis.
Ketua Polis Negara mesti diberi ruang dan sokongan semua pihak untuk membasmi jenayah di negara ini dan menjadikan PDRM sebuah agensi yang menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dapat berfungsi secara profesional, cekap dan amanah.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Merangkap
Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kebebasan Asasi Dan Hak-Hak Di Bawah Perlembagaan, Dewan Rakyat
Bertarikh 10 hb April 2021.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/hamzah-zainuddin-dikecam-campurtangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Pertukaran Pegawai Kanan Polis Kpn Akan Jumpa Menteri

Isu Pertukaran Pegawai Kanan Polis Kpn Akan Jumpa Menteri

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 231 hits
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador akan berjumpa Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin untuk memberikan penjelasan mengenai pertukaran tersebut KLANG Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador akan berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri Hamzah Za...
Campurtangan Politik Pertukaran Pegawai Polis

Campurtangan Politik Pertukaran Pegawai Polis

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 393 hits
Mana lebih power sebenarnya ni KPN atau MKN Kalau KPN susah bertindak untuk membanteras macam mana nak pastikan ketelusan Tapi persoalannya sajat bila nak tangkap Kalau sajat pun tak dapat tangkap Jho low dapat tengok sayup bayangan dari nu...
Hamzah Patut Dikecam

Hamzah Patut Dikecam

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 656 hits
Yang menyokong tindakan Hamzah mungkin mereka yang sedang diburu polis
Licik Selepas Jais Polis Juga Gagal Tangkap Sajat

Licik Selepas Jais Polis Juga Gagal Tangkap Sajat

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 218 hits
April 5 2021 Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador meminta usahawan kosmetik kontroversi Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman agar segera keluar dari tempat persembunyiannya dan seterusnya berhadapan dengan kes...
Lari Dari Polis Suspek Maut Kereta Rempuh Pokok

Lari Dari Polis Suspek Maut Kereta Rempuh Pokok

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 281 hits
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA KERETA Proton Waja yang dipandu suspek merempuh dua batang pokok di Bukit Lintang Melaka UTUSAN DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA MELAKA Seorang lelaki maut kerana cuba melarikan diri daripada sepasukan lima kereta pero...
Tak Jadilah Backup Netizen Berubah Fikiran Selepas Polis Sahkan Pencuri Beras Susu Positif Dadah Miliki 6 Rekod Jenayah

Tak Jadilah Backup Netizen Berubah Fikiran Selepas Polis Sahkan Pencuri Beras Susu Positif Dadah Miliki 6 Rekod Jenayah

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 343 hits
Tak jadilah backup Netizen berubah fikiran selepas polis sahkan pencuri beras susu positif dadah miliki 6 rekod jenayahPolis mengesahkan suspek yang memecah masuk premis makanan di Jalan Indah Kota Tinggi Johor dan mencuri sekampit beras 10...
Bukitmertajam Sendikit Judi Atas Talian Tumpas Polis Serbu Kondo Mewah

Bukitmertajam Sendikit Judi Atas Talian Tumpas Polis Serbu Kondo Mewah

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 244 hits
Polis menumpaskan sindiket perjudian dalam talian yang mampu mengaut keuntungan ribuan ringgit setiap hari selepas serbuan dibuat di sebuah kondominium mewah semalam Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Rahimi Ra ais berkata polis me...
Yuslaini Buat Laporan Polis Ekoran Tiada Permohonan Maaf Dari Pkr Terengganu

Yuslaini Buat Laporan Polis Ekoran Tiada Permohonan Maaf Dari Pkr Terengganu

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 457 hits
Ketua Wanita Muda AMK Terengganu Yuslaini Azmi telah menuntut kenyataan maaf dari Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri Terengganu Syed Mohd Al Amin bin Tuan Sharif diatas satu kenyataan dikeluarkan yang mendakwa beliau di tahan di bawah ...
Polis Perketat Pemeriksaan Di Sekatan Jalan Raya Elak Rentas Negeri Secara Haram Sempena Awal Ramadan

Polis Perketat Pemeriksaan Di Sekatan Jalan Raya Elak Rentas Negeri Secara Haram Sempena Awal Ramadan

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 302 hits
Polis Diraja Malaysia akan melakukan pemeriksaan ketat di setiap sekatan jalan raya bagi memastikan tiada individu cuba merentas negeri balik ke kampung bagi menyambut awal Ramadan minggu depan Setakat ini terdapat kira kira 35 sekatan jala...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Fuel Prices Remain Unchanged

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Doko Koko Bawa Pengalaman Anime Jepun Ke Malaysia

Clicks To Conversion E Com Startups

Mak Pergi Menuai Hasil Tanaman

Amalan Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

11 Cinta Sebelum Kamu

Renew Domain Dan Kembali Menulis