Hamzah Kalau Betul Ada Duit Judi Kerusi Bn Pun Pn Sapu Habis


malaysiakini.com
N S Ramli
Diterbitkan: Dec 6, 2022 9:38 AM



PN semalam mengakui mereka ada memberikan wang kepada calon yang dipilih untuk bertanding mewakili gabungan terbabit dalam PRU lalu, namun ia bukanlah sumbangan syarikat judi.

Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin, berkata tindakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mendakwa mereka menerima wang daripada syarikat judi menunjukkan ketakutan kerajaan.

"Mereka takut dengan peristiwa yang telah menempuhi (dialami) dalam pilihan raya baru-baru ini, maka Anwar keluarkan (kenyataan) seolah-olah mengatakan bahawa dalam kempen kita (PN) jutaan ringgit dikeluarkan PN dan duit datang daripada tauke judi.

"[...] ya betul kita bagi duit. Saya nak maklumkan, betul, saya ini setiausaha agung PN, ini banyak calon yang ada di hadapan saya.

"Kita bagi RM50,000 saja, seorang calon RM50,000.

"Kalaulah saya ada duit daripada tauke judi ni, saya ingat bukan hanya menang 73 (kerusi) hak (yang) BN 30 (kerusi) hak (yang) ada itu pun kita sapu habis," katanya ketika berucap dalam ceramah sempena PRK Tioman di bandar Rompin, malam tadi.

Semalam, Anwar dalam sidang media di Putrajaya membayangkan sebahagian dana pilihan raya Perikatan Nasional datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

"Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.

"Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi," katanya.

Hamzah turut menjelaskan hal berkaitan jumlah cabutan khas judi ketika era pemerintahan Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, kuasa untuk menentukan dan meluluskan jumlah cabutan adalah di bawah bidang kuasa menteri kewangan dan tidak perlu melalui kabinet.

"Dia (Anwar) dok kata dalam kerajaan itu (ada) 22 kali cabutan judi, siapa menteri kewangan? Tengku Zafrul Tengku Aziz... Kau tanyalah yang berhormat Tengku Zafrul.

"Kabinet mesti tahu? Kepala hotak engkau! Hari ini (semalam) ada mesyuarat kabinet? Tak ada pun tetapi dia (Anwar) umumkan 22 (cabutan khas judi) turun jadi lapan, maknanya apa? Maknanya hanya menteri kewangan berkuasa," katanya.

Anwar dalam sidang media semalam turut menegur pentadbiran PN yang diketuai Bersatu dan PAS kerana menaikkan cabutan khas judi dari lapan kepada 22 kali setahun.

Langkah itu dibuat pada akhir 2020.

Kata Anwar, selaku menteri kewangan, dia telah memutuskan bilangan cabutan khas judi akan kembali dikurangkan kepada lapan kali setahun bermula tahun depan.

Hamzah yang juga ahli Parlimen Larut di Perak turut berkata kerajaan diterajui Anwar ketika ini hanya menyebarkan propaganda tertentu untuk mengalihkan tumpuan kepada isu asas yang lebih penting.

"Apa saja dibangkitkan mereka adalah propaganda, nak lari daripada isu asal.

"Isunya apa? Isunya dunia kata engkau adalah pemimpin ho...... (tidak dihabiskan), kemudian dunia kata kau mengambil timbalan perdana menteri yang turun naik turun naik (mahkamah).

"Ini menunjukkan kerajaan ini kerajaan yang kalut, kerajaan luar tabii," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/hamzah-kalau-betul-ada-duit-judi-kerusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Logik Tak Tokey Judi Nak Beri Duit Pada Parti Taliban Penyebab Saham Judi Jatuh

Logik Tak Tokey Judi Nak Beri Duit Pada Parti Taliban Penyebab Saham Judi Jatuh

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 94 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang menepis tuduhan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu yang membayangkan sebahagian dana kempen pilihan raya Perikatan Nasional datang daripada syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi A...
Pn Terima Duit Judi Anwar Berdepan Saman Pn Sekiranya Tidak Benar

Pn Terima Duit Judi Anwar Berdepan Saman Pn Sekiranya Tidak Benar

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 90 hits
PN sedang menunggu Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberikan bukti untuk menunjukkan gabungan itu menerima dana pilihan raya daripada syarikat perjudian Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata Anwar membuat tuduhan tidak berasas dan l...
Dana Judi Jangan Gopoh Saya Ada Dokumen Kata Anwar Kepada Takiyuddin

Dana Judi Jangan Gopoh Saya Ada Dokumen Kata Anwar Kepada Takiyuddin

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 84 hits
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mempunyai dokumen yang mengaitkan Perikatan Nasional dengan dana syarikat judi Sehubungan dengan itu beliau meminta Pas bersabar menerima dakwaan itu dan jan...
Tuduhan Dapat Wang Judi Buktikan Atau Pn Akan Saman

Tuduhan Dapat Wang Judi Buktikan Atau Pn Akan Saman

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 78 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 6 2022 10 11 AMPN sedang menunggu Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberikan bukti untuk menunjukkan gabungan itu menerima dana pilihan raya daripada syarikat perjudian Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan be...
Negeri Negeri Bawah Umno Dan Pakatan Harapan Yang Laksanakan Cabutan Nombor Judi

Negeri Negeri Bawah Umno Dan Pakatan Harapan Yang Laksanakan Cabutan Nombor Judi

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 122 hits
Realitinya Negeri yg terlibat cabutan judi khas 8 kali setahun1 Selangor PH2 Pulau penang PH3 Negeri Sembilan PH4 Johor UMNO5 Perak UMNO PH6 Melaka UMNO PH7 Perlis8 Pahang UMNO PHNegeri yg tidak terlibat Zero Cabutan1 Kelantan PAS2 Terengga...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


5 Simptom Gerd Paling Umum Yang Perlu Korang Ketahui

Fostering Critical Thinking In Our Children

Pantang Larang Berbincang Buat Tafsiran Sendiri Ayat Ayat Al Quran Yang Dipegang Kuat

Golden Lounge International Kuala Lumpur International Airport An Overview

Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet