Hamzah Dakwa Zahid Tawar Perjanjian Dengan Syarat Kesnya Selesai


malaysiakini.com
Geraldine Tong
Diterbitkan: Jul 21, 2023 9:46 AM
Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin membandingkan persetujuan yang menurutnya ditawarkan BN kepada mereka selepas PRN Sabah pada 2020 dengan persetujuan yang didakwa dicapai antara Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi PH Anwar Ibrahim selepas PRU15.

Menurut Hamzah, persetujuan asal antara PN dan BN - yang ketika itu masih bekerjasama - adalah Hajiji Noor menjadi ketua menteri Sabah namun dia mendakwa Zahid mengubah fikiran di saat akhir.

"Zahid tiba-tiba ubah fikiran dan kata mahu Bung Moktar Radin jadi ketua menteri Sabah.

"Kawan saya telefon ketika subuh (sehari selepas keputusan PRN Sabah diumumkan) dan kata 'brother, boleh selesaikan dengan satu syarat. selesaikan kes presiden Umno'.

"Jadi perjanjian diadakan antara Anwar dan Zahid (selepas PRU15) kerana Zahid mahu kes dia diselesaikan," dakwa Hamzah dalam satu program di Sik, Kedah malam tadi untuk menunjukkan sokongan kepada menteri besar sementara Muhammad Sanusi Md Nor yang dihadapkan dengan dua tuduhan menghasut minggu ini.

Hajiji akhirnya tetap dilantik sebagai ketua menteri manakala Bung menjadi timbalannya.
Dengan tiada gabungan politik mendapat majoriti mudah dalam PRU15, ada persaingan pihak mana yang dapat memeterai persetujuan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

Sementara BN pada mulanya dilihat cenderung untuk menyokong PN, gabungan itu akhirnya menyatakan sokongan kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri.

Dalam pada itu, Hamzah berkata dia baru-baru ini bertemu dengan kedua-dua presiden MCA dan MIC, Wee Ka Siong dan SA Vigneswaran, dan bertanya berkenaan sokongan BN kepada Anwar.

"Saya nak beritahu, depa kata tidak pernah ada keputusan BN menyokong Anwar seperti (dinyatakan) surat yang dihantar kepada Raja-raja Melayu.

"Kalau depa tipu saya (berkenaan perkara ini), (maka) saya tipu," katanya.

Namun, katanya lagi, PN sentiasa menjunjung dan mempertahankan institusi diraja dan maka mereka menghormati keputusan untuk melantik Anwar sebagai perdana menteri.

Atas dasar itu juga Sanusi tidak pernah menghina institusi diraja, katanya lagi.

"(Pihak) yang dia nak kacau adalah Anwar, (setiausaha agung PKR) Saifuddin Nasution Ismail dan (timbalan presiden PKR) Rafizi Ramli. Mereka yang kita nak kacau," katanya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/07/hamzah-dakwa-zahid-tawar-perjanjian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hamzah Dakwa Zahid Setuju Sokong Anwar Untuk Selesaikan Kes Rasuah

Hamzah Dakwa Zahid Setuju Sokong Anwar Untuk Selesaikan Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 217 hits
Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin mendakwa Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi setuju untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri selepas PRU lalu dengan syarat kes rasuah terhadapnya diselesaikan Hamzah yang juga ketua pembangkang ...
Hamzah Claims Zahid Offered Pact On Condition Of Resolving Cases

Hamzah Claims Zahid Offered Pact On Condition Of Resolving Cases

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 216 hits
Perikatan Nasional secretary general Hamzah Zainudin has compared a deal he said BN offered them after the Sabah state election to the one supposedly struck between BN chairperson Ahmad Zahid Hamidi and Prime Minister Anwar Ibrahim in the w...
Pemuda Umno Bidas Guan Eng Tapi Zahid Pertahan Dakwa Cuba Burukkan Dap

Pemuda Umno Bidas Guan Eng Tapi Zahid Pertahan Dakwa Cuba Burukkan Dap

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 197 hits
agendaily com09 7 2023Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan kenyataan Lim Guan Eng Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan Pengerusi DAP Lim Guan Eng yang didakwa sengaja membangkitkan isu 3R iaitu agama raja da...
Hamzah Zahid Wanted His Cases Resolved As A Term For Sabah Pact In 2020

Hamzah Zahid Wanted His Cases Resolved As A Term For Sabah Pact In 2020

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 442 hits
Datuk Seri Hamzah Zainudin claims that he was once told to resolve Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi s cases to secure Barisan Nasional s support to appoint Datuk Seri Hajiji Noor as Sabah chief minister in 2020 Perikatan Nasional secretary ...
Moves To Entice Mca Mic Away Common During Polls Says Zahid

Moves To Entice Mca Mic Away Common During Polls Says Zahid

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 156 hits
Barisan Nasional chairman Ahmad Zahid Hamidi says a certain party would always make offers to entice other parties during elections PETALING JAYA Barisan Nasional chairman Ahmad Zahid Hamidi says he is confident that MCA and MIC will remain...
Zahid Defends Guan Eng Says It S Character Assassination

Zahid Defends Guan Eng Says It S Character Assassination

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 556 hits
The BN chairman has come to the defence of the DAP chairman in a controversy over Perikatan Nasional s intentions should it win power PETALING JAYA Barisan Nasional chairman Ahmad Zahid Hamidi has come to the defence of his coalition partne...
Varsity Quota Misconstrued By Mca Says Zahid

Varsity Quota Misconstrued By Mca Says Zahid

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 195 hits
The government has stated that the Bumiputera quota on university admissions would be maintained prompting criticism from Nicole Wong of MCA Youth KUALA LUMPUR Deputy prime minister Ahmad Zahid Hamidi believes that MCA Youth chief Nicole Wo...
Mengapa Muka Zahid Sembab Tamrin Tun Ghafar

Mengapa Muka Zahid Sembab Tamrin Tun Ghafar

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 170 hits
MENGAPA MUKA ZAHID SEMBAB Tamrin Tun GhafarSabtu 08 07 231 Mustahil Zahid Hamidi nak melakukan operation mata dan muka kerana beliau pasti tahu HUKUM ALLAH SWT terhadap sesaorang yang mengubah wajah 2 Lagi pun mengubah wajah TIDAK akan memp...
Itu Perjanjian Sukuk Bukan Pelupusan Hutang Peneroka Kata Dr Marzuki Kepada Anwar

Itu Perjanjian Sukuk Bukan Pelupusan Hutang Peneroka Kata Dr Marzuki Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 243 hits
wartarakyat com myBy July 20 2023BEKAS Setiausaha Sulit Kanan PM Datuk Dr Marzuki Mohamad hari ini mendakwa dokumen yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan perjanjian pelupusan hutan peneroka Felda Tetapi kata beliau dokumen te...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Growth Mindset In Startups

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Arenaa Batik Boutique Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saat Istri Puasa Sunnah Syawal Dan Suami Mengajak Mana Yang Lebih Utama

Buasir Otak Tv Makanan Apa Yang Menjerit Be Like

What A Coincidence

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua