Hamzah Anak Tempatan Pertama Bekerja Di Pelantar Minyak



KUALA TERENGGANU – Ketika mula menapak dalam bidang minyak dan gas lebih lima dekad lepas, Hamzah Mamat tidak menyangka industri tersebut kini menjadi antara kerjaya idaman berikutan bayaran gaji yang dikatakan lumayan.
Menceritakan pengalamannya sebagai antara anak tempatan pertama bekerja dalam sektor minyak dan gas, Hamzah, 73, berkata, beliau memulakan kerjaya di pelantar minyak luar pantai pada penghujung 1968, sebagai buruh luar pantai atau dipanggil Roustabout.
“Ketika itu, saya baru berumur 20-an dan bekerja sebagai buruh kampung sahaja. Pada waktu itu juga kerja-kerja eksplorasi cari gali minyak di luar pantai Semenanjung Malaysia baru sahaja dimulakan dan saya terima tawaran bekerja sebagai Roustabout dengan gaji pokok sebanyak RM225 sebulan. Jadual kerja pula dua minggu di luar pantai dan cuti rehat selama seminggu,” katanya kepada Bernama.
Pada 1978, demi menimba ilmu dan pengalaman Hamzah menerima tawaran bekerja sebagai pengendali telaga minyak oleh sebuah syarikat asing dengan bayaran sebanyak RM350 sebulan.
Katanya, pada waktu itu kemahiran berkaitan penyelenggaraan telaga minyak tidak dapat dipelajari di mana-mana institusi latihan dan ia hanya boleh dipelajari melalui pengalaman bekerja bersama kru yang sudah mahir.
Peluang Hamzah untuk meneroka bidang minyak dan gas terbuka luas apabila majikannya membawa masuk pengendali telaga minyak berpengalaman daripada Australia untuk mendedahkan pengalaman mereka kepadanya dan pekerja-pekerja am lain.
 
Hamzah menceritakan kerjaya dalam bidang minyak dan gas lebih lima dekad yang lalu, tidak pernah menyangka industri tersebut kini menjadi antara kerjaya idaman rakyat Malaysia, berikutan pulangan gaji yang dikatakan lumayan.

 – Foto Bernama “Ia selari dengan Akta Pembangunan Petroleum yang diluluskan pada 1974 mensyaratkan syarikat asing beroperasi di Malaysia perlu melakukan pemindahan teknologi dan pengetahuan berkaitan minyak dan gas kepada rakyat tempatan,” katanya.
Beliau berkata, sekitar pertengahan 80-an, perkembangan industri minyak dan gas di Malaysia ibarat cendawan tumbuh selepas hujan apabila semakin banyak syarikat tempatan mula melibatkan diri dalam sektor berkenaan.
Perkembangan tersebut juga menjadikan kemunculan lebih banyak anak tempatan yang berkemahiran menjalankan operasi-operasi di luar pantai.
“Saya masih ingat sekiranya terdapat 10 orang pekerja mahir, sembilan daripadanya adalah bangsa Eropah manakala seorang sahaja rakyat Malaysia. Namun ia adalah sesuatu yang sangat membanggakan,” katanya.
Melihatkan perkembangan itu Hamzah menerima tawaran bekerja di sebuah syarikat penyelenggaraan telaga minyak milik rakyat Malaysia pada 1988 untuk mencurah khidmatnya kepada anak tempatan, sebelum menyertai Petronas pada 1993.
Hamzah yang bersara pada 2008 sebagai Penyelia Kanan Telaga Minyak di Petronas Carigali Sdn Bhd berasa bersyukur menyertai Petronas yang banyak membuka ruang kepada rakyat tempatan untuk menguasai industri minyak dan gas di Malaysia.
Katanya, generasi muda yang berkhidmat di Petronas seharusnya bersyukur kerana syarikat tersebut memberi banyak peluang kepada mereka untuk menimba ilmu melalui penubuhan pelbagai institusi antaranya Institusi Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) di Batu Rakit di Kuala Nerus yang kini telah melatih lebih 130,000 pelatih berkemahiran tinggi, sama ada di dalam atau luar negara.
Ditanya rahsia mampu bertahan selama 40 tahun dalam industri minyak dan gas, Hamzah berkata, beliau sentiasa berfikiran positif dan berkeinginan tinggi untuk menimba ilmu.
“Kita juga tidak boleh mengeluh dengan bebanan kerja yang banyak atau terpaksa bekerja lebih masa. Kita perlu anggap semua itu adalah pengalaman yang mematangkan kita dalam apa jua bidang diceburi,” katanya. – Bernama
 
Baca Artikel Menarik:
Muhyiddin masih jaja cerita dongeng – Najib PRN Melaka: Hentam Umno fokus kempen Muhyiddin ‘Sotong Kayangan’ muncul dahulu sebelum Siakap Maya Karin dibayar RM2 ribu untuk filem Hollywood Jangan sampai kita hempas makanan – Rider Suami Nynaa Harizal failkan permohonan supaya isteri kembali taat Muhyiddin dan Hadi ‘hentam’ Barisan Nasional Kakaktua bongkar suami curang dengan pembantu rumah ‘Letupan’ enjin sebuah pesawat Malaysia Airlines 50 penumpang ‘cedera’ Amaran Allah dalam 10 Ayat Pertama Surah al-Kahfi Dah Masuk 5 Series, Nasha Aziz masih ‘bergetah’ Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Myvi baharu lebih sporty

 
The post Hamzah anak tempatan pertama bekerja di pelantar minyak appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/14/hamzah-anak-tempatan-pertama-bekerja-di-pelantar-minyak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elly Mazlein Sahkan Hamil Anak Pertama

Elly Mazlein Sahkan Hamil Anak Pertama

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 248 hits
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi Elly Mazlein yang kini disahkan hamil anak pertamanya Menurut Elly dia kini sedang hamil enam minggu dan belum mengenal pasti lagi jantina anak sulungnya itu Alhamdulillah akak hamil Gestational...
Felicya Angelista Dan Caesar Hito Sambut Kelahiran Anak Pertama Ungkap Makna Di Balik Namanya

Felicya Angelista Dan Caesar Hito Sambut Kelahiran Anak Pertama Ungkap Makna Di Balik Namanya

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 290 hits
Yang dinanti selama 9 bulan akhirnya lahir ke dunia paras cantik baby Bible bikin publik ikut bahagia Selamat menjadi orang tua Feli dan Hito
Make School A Safer Place Jadi Penjenayah Kerana Anak Murid

Make School A Safer Place Jadi Penjenayah Kerana Anak Murid

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 496 hits
Hashtag cerita anak murid lawan cikgu ni bukan benda baru Cumanya kalau nak bantai cikgu tak cukup kalau setakat jadi juara isu kena ada kabel kuat duit banyak dan kekal konfiden walaupun bukannya betul pun Shining Eun soo Still Loving You ...
Rokok Pun Minta Ayah Pemuda Dedah Atuk Grab Tanggung Dua Anak Lelaki Tak Bekerja

Rokok Pun Minta Ayah Pemuda Dedah Atuk Grab Tanggung Dua Anak Lelaki Tak Bekerja

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 315 hits
Sejak semalam tular di media sosial berkenaan satu video seorang lelaki warga emas yang masih gigih bekerja menjadi penghantar makanan walaupun sudah berusia 68 tahun Dia yang sudah terbongkok bongkok menghantar pesanan dari pelanggan telah...
Bekas Suami Yatt Hamzah Dapat Hak Jagaan Penuh Anak

Bekas Suami Yatt Hamzah Dapat Hak Jagaan Penuh Anak

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 271 hits
Tidak mahu perkara menjadi semakin panas bekas suami Yatt Hamzah Abdul Mutalib menjelaskan bahawa dia sudah pun memaafkan bekas isterinya itu selain berharap agar rumahtangga yang bakal dibina kekal bahagia Tambah Mutalib jika Yatt sudah be...
Selamat Natta Reza Dan Istri Akhirnya Dikaruniai Anak Pertama Namanya Penuh Makna Dan Doa

Selamat Natta Reza Dan Istri Akhirnya Dikaruniai Anak Pertama Namanya Penuh Makna Dan Doa

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 291 hits
Sempat minta dipoligami karena tak kunjung memberikan momongan Wardah Maulina pun kini resmi jadi seorang ibu
Anak Mula Bekerja

Anak Mula Bekerja

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 134 hits
Assalamualaikum dan Salam SejahteraHari ini 30 Disember 2019 merupakan hari pertama anak lelaki noe Ali mula bekerja di kedai kabinet dapur Sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM elok juga dia bekerja Mencari pengalaman Macam mana per...
Anak Anak Juga Bisa Terserang Diabetes Ini 6 Gejala Awalnya

Anak Anak Juga Bisa Terserang Diabetes Ini 6 Gejala Awalnya

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 253 hits
Terutama buat anak anak di atas usia 10 tahun nih harus banget diwaspadai
Beli Nasi Blend Tak Payah Risau Bubur Anak Waktu Bercuti Idea Ni Superb

Beli Nasi Blend Tak Payah Risau Bubur Anak Waktu Bercuti Idea Ni Superb

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 323 hits
Bila hendak bercuti mak ayah mula rasa susah hati hendak sediakan bubur nasi untuk anak Bikin panik dibuatnya bila anak lapar Apa caranya Jika stok beku makanan tak mencukupi untuk bayi kita lebih lebih lagi bagi yang bercuti lama ke luar n...
Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Satu Jalan Satu Jiwa Hidup Ini Sementara

Budak Kilat

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas

Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am Gred H1

Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tajwid Surat Ali Imran Ayat 190 191 Beserta Penjelasannya

Homestay Kuala Terengganu 4 Bilik Dan Ada Kolam

Hidup Masa Kini

Bersenam Cegah Hati Berlemak Kenapa Anda Perlu Ambil Berat

Tips Menghindari Stres Melalui Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat

Resepi Apam Balik