Hampir Rm1 Billion Aset Ku Nan



“ANDA lihat sekarang, saya mempunyai masalah kerana selepas aset saya didedahkan hampir RM1 bilion, mereka akan mahu sensasikannya,” kata bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam keadaan berang.

Beliau berkata demikian ketika prosiding bela diri bagi kes rasuahnya di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Terdahulu, ketika menjawab soalan peguam, Datuk Tan Hock Chuan, beliau mengesahkan bahawa nilai hartanya pada 2001 adalah sebanyak RM 938,643,566.16, manakala pada 2006 (RM 711,325,822), 2013 (RM 691,770,649) dan 2016 (RM782,748,061).

Menurutnya, nilai yang dinyatakan itu adalah ketika pengisytiharan aset yang hanya untuk pengetahuan Perdana Menteri.

TAN: Datuk Seri mengisytiharkan harta kepada Perdana Menteri pada 2001, 2006, 2013 dan 2016. Siapakah Perdana Menteri pada ketika itu?

TENGKU ADNAN: Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2001, Tun Abdullah Ahmad Badawi (2006) serta Datuk Seri Najib Razak bagi 2013 dan 2016.

TAN: Mengenai RM2 juta dari Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB) Tan Sri Chai Kin Kong, adakah nilai itu ada kaitan dengan tugas Datuk Seri sebagai Menteri Wilayah Persekutuan?

TENGKU ADNAN: Tidak.

TAN: Jadi duit itu untuk apa?

TENGKU ADNAN: Sumbangan politik untuk BN (Barisan Nasional) yang mana ketika itu untuk dua pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Bagaimanapun, ketika sesi soal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim, Ahli Parlimen Putrajaya itu gagal mengawal perasaan serta meninggikan suara.

JULIA : Merujuk kepada perenggan lapan pernyataan saksi anda, anda berkata, “...ramai yang cemburu dan mahu lihat kejatuhan Tadmansori Holdings Sdn Bhd (syarikat Tengku Adnan), saya tidak peduli dengan kedudukan politik saya kerana apa yang saya lakukan secara politik adalah demi kepentingan negara dan rakyat saya.”

Saya cadangkan ini adalah pendapat peribadi anda. Setuju atau tidak?

TENGKU ADNAN: Tidak saya tidak setuju dengan cadangan itu. Apa yang cuba saya sampaikan Yang Arif...

JULIA: Datuk Seri, ini adalah pemeriksaan balas, anda hanya boleh jawab sama ada setuju atau tidak bersetuju?

TENGKU ADNAN: Tidak saya tidak bersetuju! Anda lihat sekarang saya mempunyai masalah kerana selepas aset saya didedahkan hampir RM1 bilion, mereka akan mahu sensasikannya.

Terdahulu, mahkamah menolak permohonan Tengku Adnan supaya prosiding perbicaraan kesnya dibuat secara tertutup.

Tengku Adnan membuat permohonan itu supaya ia dibuat secara tertutup berikutan terdapat soalan tambahan oleh peguamnya berhubung dokumen yang mengandungi maklumat pengisytiharan aset miliknya.

Hakim Mohamed Zaini dalam keputusannya berkata, orang awam berhak mengetahui maklumat dalam dokumen itu.

“Perbicaraan kes itu perlu dibuat secara telus demi perbicaraan yang adil. Saya mengambil kira fakta bahawa tertuduh adalah bekas menteri dan kes ini menarik perhatian umum.

“Perbicaraan bukan sahaja dibuat secara adil tetapi ia juga perlu dilihat adil. Untuk perbicaraan dibuat secara adil ia perlu dibuat secara telus.

“Oleh itu, orang awam mempunyai hak untuk mendengar apa yang mahkamah dengar dan lihat apa yang mahkamah lihat,” katanya.

Menurutnya, dengan cara itu orang awam akan menghargai apa jua keputusan yang dibuat mahkamah dan tidak tertanya-tanya berhubung bukti yang dirahsiakan.

Pada 23 Januari tahun lalu, Tengku Adnan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan didakwa menerima suapan untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB) Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik Aset Kayamas.

Tengku Adnan juga menghadapi pertuduhan lain atas dakwaan menerima suapan iaitu wang berjumlah RM1 juta daripada ahli perniagaan Datuk Tan Eng Boon melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank kepunyaannya (Tengku Adnan).

Tengku Adnan turut menghadapi pertuduhan pilihan iaitu didakwa menerima wang berjumlah RM1 juta yang juga barangan berharga daripada Eng Boon tanpa sebarang balasan melalui cek ke dalam akaun tertuduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan ~ MyMetro

Banyaknya harta dia... dapat dari mana?.. menimbulkan satu tanda tanya..

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata "jika benar Perdana Menteri Muhyiddin Yasin berikrar untuk membersihkan jentera kerajaan" maka beliau perlu meminta penjelasan daripada pemimpin Umno yang didakwanya memiliki kekayaan luar biasa. "Tentang bagaimana wang begitu banyak dikumpul. "Dipunggah dari mana, khazanah rakyat mana, tanah negeri mana, saham peruntukan bumiputera yang mana, barulah secara jujur kita boleh menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin ini adalah pejuang hakiki orang Melayu. "Saya mohon rakyat membuka mata dan minda untuk menuntut perdana menteri yang baru memberi penjelasan yang saksama dan jangan hanya bergelut untuk memperoleh kuasa tapi tidak memikul amanah," katanya dalam suatu kenyataan di media sosial malam tadi... laporan penuh sila baca di SINIPatutlah depa tak mahu istihar harta...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malayjaya.blogspot.com/2020/03/hampir-rm1-billion-aset-ku-nan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Aset Hampir Rm1 Bilion Milik Ku Nan Didedah

Mahkamah Aset Hampir Rm1 Bilion Milik Ku Nan Didedah

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 1023 hits
ANDA lihat sekarang saya mempunyai masalah kerana selepas aset saya didedahkan hampir RM1 bilion mereka akan mahu sensasikannya kata bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam keadaan berang lapor Malay Ma...
Ku Nan Mengaku Miliki Hampir Rm1 Bilion Aset

Ku Nan Mengaku Miliki Hampir Rm1 Bilion Aset

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 276 hits
KUALA LUMPUR Bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu perbicaraan rasuah di Mahkamah Tinggi hari ini beliau mengisytiharkan hampir RM1 bilion aset miliknya kepada 3 bekas perdana menteri sejak menyertai keraj...
Dah Jadi Kerajaan Ku Nan Marah Aset Hampir 1billion

Dah Jadi Kerajaan Ku Nan Marah Aset Hampir 1billion

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 482 hits
Situasi tegang ketika Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor disoal tentang pengisytiharan harta yang dibuatnya ketika berada dalam kabinet Tengku Adnan mula berang ketika disoal pihak pendakwaan mengenai perkara itu Bila saya katak...
Tengku Adnan Tidak Senang Duduk Aset Hampir Rm1 Bilion Didedahkan

Tengku Adnan Tidak Senang Duduk Aset Hampir Rm1 Bilion Didedahkan

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 599 hits
Siapa tidak berang bila rahsia yang disimpannya dengan begitu baik akhirnya terbongkar dan menjadi perbualan ramai Ini dihadapi Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak berpuas hati dan marah kerana asetnya yang bernilai hampir RM1 ...
Aset Ku Nan Lebih Rm900 Juta Pada Tahun 2001

Aset Ku Nan Lebih Rm900 Juta Pada Tahun 2001

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 284 hits
KUALA LUMPUR Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan kepada Mahkamah Tinggi di sini hari ini jumlah hartanya pada 2001 lalu mencecah lebih RM900 juta Ketika prosiding bela diri bagi kes rasuah di ...
Ku Nan Berang Lepas Asetnya Hampir 1 Bilion Didedah Di Mahkamah

Ku Nan Berang Lepas Asetnya Hampir 1 Bilion Didedah Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 330 hits
Situasi tegang ketika Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor disoal tentang pengisytiharan harta yang dibuatnya ketika berada dalam kabinet Menurut Malay Mail Tengku Adnan mula berang ketika disoal pihak pendakwaan mengenai perkara ...
Jutawan Media Rupert Murdoch Rugi Rm6 Billion

Jutawan Media Rupert Murdoch Rugi Rm6 Billion

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 174 hits
News Corporation milik jutawan media Rupert Murdoch mengumumkan bisnes penerbitannya mengalami kerugian AS 2 1 bilion pada tahun kewangan 2012 merosot sebanyak lima peratus ekoran penutupan News of the World yang terpaksa ditutup ekoran ska...
Nestl Records Rm5 5 Billion Turnover For 2019

Nestl Records Rm5 5 Billion Turnover For 2019

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 248 hits
Key Highlights Strong local sales growth has compensated the subdued demand in some export markets Growth was supported by strong sales execution successful product innovations and effective marketing activities Profit After Tax for FY2019 ...
How A 7 Billion Dispute Helped Topple Mahathir S New Malaysia

How A 7 Billion Dispute Helped Topple Mahathir S New Malaysia

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 208 hits
The failed deal highlighted a series of policy disputes that eventually brought down the coalition showing that the differences in Mahathir s government extended far beyond when he would cede power to Anwar Ibrahim his long time rival In th...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Saka Bapak Kau

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Bertolak Ansurlah

Loyalty

Lava789