Hampir Acident Sarapan Pagi Ini
Assalamualaikum..
Pagi ni SA hampir- hampir accident, rasa menyesal plak naik bas yang awal ni..SA paling last naik tapi tempat duduk depan sekali...puncanya ada pasangan suami isteri dah berumur ngan anak diorang duduk depan..tapi anak dia takde tiket. Lebih kurang besar Opick so kena suami dia pindah tempat dan duduk sama sambil pangku anak dia..driver bas tu tak nak langsung tolerate..SA cakap x pe dan nak bagi je seat tu kat pakcik tu...SA nak turun...eh driver tu tak bagi plak..dia suruh je SA duduk..SA okey je nak beli tiket lain dan bagi je seat SA tu..x suka nak bising- bising kan...last- last SA duduk je la..dah suami isteri tu pun dah suruh SA duduk je kat situ...pemandu bas tu macam x puas hati...dia cakap lain kali jangan buat macam ni makcik..anak makcik ni kena beli tiket...sebab tu agaknya emosi driver bas terganggu and hampir- hampir accident lepas tol sg besi...nasib dia sempat brake..
Yang kesian kat budak yang anak makcik tu la..kejap dia duduk berpangku kejap dia berdiri..tak selesa maybe...masa driver tu brake dia dah kedepan dan muka terlanggar penghadang kat depan tu...melalak dia sebab gigi ke mulut dia berdarah...Driver bas tu buat x reti je...geram betul SA..
SA memang tak suka duduk depan bila naik bas...sebab benda macam ni la..in case kalau accident impact teruk untuk penumpang depan kan...boleh tercampak ke cermin bas depan dan pasti yang duduk depan akan cedera teruk...dan nauzubillah mungkin boleh hilang nyawa jugak kan...esok SA akan pastikan SA duduk belakang la macam biasa...memang silap besar naik bas bila dah hampir penuh..
Lupakan kejap citer hampir accident...kita sekalikan dengan entry, Pagi ni SA heavy breakfast dan minum detoks macam biasa...SA half day hari ni..nak pi jemput Dania...ada JPJ Test Rabu dan esok ada kelas memandu extra...SA x tau la macam mana dia mintak pelepasan kat Lecturer dia ...Ekceli dia dah banyak kali postpone kan kelas extra dan JPJ test tu...kali ni memang x leh nak postpone lagi dah...memang nak tak nak kena jugak attend.
Urusan agreement pelajar dan pihak Universiti pun dah settle dah..syukur...semua dipermudahkan..terima kasih yang tak terhingga kepada Uncle Dania yang willing jadi penjamin..mulanya SA macam x nak susahkan dia..tapi dia kata takpe biar dia jadi penjamin..Dania kan anak dia..Syukur...SA tak tau nak cakap macam mana..rasa berbesar hati sangat atas pertolongan dia...Ni yang buat makin sayang...semoga dia sayang kami berdua sampai bila- bila...sekarang SA sedar dah..nak tak nak SA dan Dania dah dibawah tanggungjawab dia..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2023/01/hampir-acident-sarapan-pagi-ini.html