Hampir 5 Tahun Kematian Mendiang Karpal Singh Bebas Tuduhan Hasutan



PUTRAJAYA - Hampir lima tahun selepas kematiannya, Mahkamah Persekutuan hari ini membebaskan mendiang Karpal Singh daripada pertuduhan hasutan kerana didakwa mempersoalkan tindakan almarhum Sultan Perak berkaitan krisis negeri Perak.

Panel tujuh anggota diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim memutuskan bahawa terdapat salah arah dalam undang-undang yang serius oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan oleh sebab kedua-dua mahkamah gagal untuk menilai pembelaan bekas pengerusi DAP kebangsaan (Karpal Singh) itu.

Loading...
“Dalam keadaan kes ini, kami berpendapat bahawa kegagalan itu adalah salah arah yang serius dan telah menyebabkan ketidakadilan yang sangat besar yang tidak boleh diperbetulkan mengikut peruntukan di bawah Seksyen 92(1) Akta Mahkamah Kehakiman," katanya.

Mahkamah membenarkan rayuan untuk mengetepikan sabitan dan denda RM1,800 ke atas Karpal Singh. Balu beliau, Gurmit Kaur, 70, bertindak sebagai perayu gantian dalam rayuan itu.

Hakim Zaharah berkata Karpal Singh membuat pembelaan beliau dengan bersumpah dan undang-undang memerlukannya supaya dipertimbang dan dinilai oleh hakim perbicaraan, bagaimanapun hakim pada akhir kes pembelaan hanya bergantung kepada penghakiman Mahkamah Rayuan (2012).


Hakim Zaharah juga berkata mengenai rayuan di Mahkamah Rayuan, majoriti panel juga gagal untuk menimbangkan pembelaannya.

"Seperti yang dinyatakan oleh peguam bagi perayu, tiga daripada empat hakim gagal untuk menganalisis pembelaan," katanya.

Hakim lain yang bersidang dalam panel itu hari ini ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Seri David Wong Dak Wah, Tan Sri Ramly Ali, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Nallini Pathmanathan.

Karpal Singh, seorang peguam terkemuka, meninggal dunia pada 17 April 2014 dalam kemalangan jalan raya di Leburaya Utara-Selatan, berhampiran Gua Tempurung, Perak. Beliau berusia 74 tahun.

Karpal Singh didakwa pada 2010 kerana mempersoalkan tindakan Sultan Perak ketika itu, Sultan Azlan Shah, untuk menggugurkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar pada 2009.

Mahkamah Tinggi pada mulanya melepaskan dan membebaskan Karpal Singh tanpa memerintahnya membela diri pada 2010, bagaimanapun berikutan rayuan pendakwaan, Mahkamah Rayuan pada 2012, memerintahkan beliau supaya membela diri.

Pada 2014, Mahkamah Tinggi mensabitkan kesalahan dan mendenda beliau RM4,000. Pada 2016, Makamah Rayuan, dengan keputusan majoriti 2-1, mengekalkan sabitan ke atasnya tetapi mengurangkan denda kepada RM1,800.

Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengurangkan denda, Gurmit, yang merupakan pentadbir harta mendiang suaminya, akan menerima pencen dan manfaat lain yang dinikmati seseorang wakil rakyat.

Selepas mahkamah menyampaikan keputusan itu, Gurmit, yang mengalirkan air mata, berkata: ”Saya baru membuat persediaan bagi ulang tahun ke lima beliau dan saya tahu kini, beliau dapat bersemadi dengan tenang. Beliau sentiasa mempertahankan dirinya.”

Peguam Ram Karpal Singh memberitahu pemberita bahawa selepas 10 tahun, akhirnya nama bapa beliau telah dibersihkan.

"Perlu diakui bahawa kesudahannya, apa yang beliau lakukan pada 2009, bagi beliau, adalah sesuatu yang perlu dilakukannya sebagai seorang Anggota Parlimen atas kedudukan rasminya sebagai wakil rakyat. Kata beliau, ia memang bukan sesuatu yang peribadi,” katanya.- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/03/hampir-5-tahun-kematian-mendiang-karpal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Karpal Singh Bebas Dari Tuduhan Hasutan Krisis Perlembagaan Perak

Karpal Singh Bebas Dari Tuduhan Hasutan Krisis Perlembagaan Perak

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 302 hits
Mendiang Karpal Singh dibebaskan Mahkamah Persekutuan hari ini daripada pertuduhan kes hasutan lama mengenai kenyataan yang dibuat bekas penyandang anggota parlimen Gelugor itu mengenai krisis perlembagaan Perak tahun 2009 The Malay Mail me...
Mengenang 16 Tahun Kematian Rachel Corrie Aktivis Amerika Pembela Palestina

Mengenang 16 Tahun Kematian Rachel Corrie Aktivis Amerika Pembela Palestina

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 272 hits
Perjuangan seorang aktivis perdamaian Amerika berusia 23 tahun kembali dikenang pada hari Sabtu 16 kematiannya setelah terbunuh oleh buldoser Israel Rachel Corrie terbunuh pada 16 Maret 2003 ketika melakukan protes damai untuk melindungi ru...
Tak Balik Kampung Hampir 27 Tahun Kisah Pekerja Bangladesh Ini Jadi Inspirasi Warga Facebook

Tak Balik Kampung Hampir 27 Tahun Kisah Pekerja Bangladesh Ini Jadi Inspirasi Warga Facebook

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 498 hits
Tak balik kampung hampir 27 tahun kisah pekerja Bangladesh ini jadi inspirasi warga Facebook Ramai warga asing dari negara dunia ketiga datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan Hal ini kerana peluang pekerjaan di Malaysia lebih meluas ber...
Dah 10 Tahun Baru Rasa Az Ab Dia Sakit Yang Amat Suka Makan Pedas Dan Selalu Lambat Makan Gadis Hampir Hidap Kan Ser

Dah 10 Tahun Baru Rasa Az Ab Dia Sakit Yang Amat Suka Makan Pedas Dan Selalu Lambat Makan Gadis Hampir Hidap Kan Ser

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 477 hits
Dah 10 Tahun Baru Rasa Az ab Dia Sakit Yang Amat Suka Makan Pedas Dan Selalu Lambat Makan Gadis Hampir Hidap Kan ser Mesti ramai diantara kita ni yang gemarkan makanan pedas Ada yang sampai makan cili mentah mentah nak bagi rasa pedas katan...
Anak Perempuan Mendiang Paul Waker Yang Kini Sudah Berusia 20 Tahun Menarik Perhatian Orang Ramai

Anak Perempuan Mendiang Paul Waker Yang Kini Sudah Berusia 20 Tahun Menarik Perhatian Orang Ramai

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 416 hits
Sebut nama Meadow Rain Walker mungkin tiada siapa kenal Meadow merupakan anak tunggal kepada bintang filem Fast Furious mendiang Paul Walker dan Rebecca Soteros Gadis itu dibesarkan di Ohau Hawaii sebelum berpindah ke California untuk menet...
Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1440h 2019m

Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1440h 2019m

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 658 hits
TV Hijrah mengambil posisi penting dalam meraikan setiap majlis dan keraian agama Islam Ini selari dengan misi TV Hijrah selaku stesen yang memartabatkan kandungan penyiaran perspektif Islam yang terkini releven dan mampu memberi nilai tamb...
Ini Sosok Kiai Di Blitar Yang Jasadnya Utuh Meski Terkubur 31 Tahun

Ini Sosok Kiai Di Blitar Yang Jasadnya Utuh Meski Terkubur 31 Tahun

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 271 hits
Jasad Kiai Anwar Sudibyo yang masih utuh meski telah terkubur selama 31 tahun viral di media sosial Seperti apa sosok Kiai Anwar Sudibyo Seperti data yang dihimpun detikcom Kiai Anwar bernama lengkap Mochd Anwar Sudibyo Ia menjabat sebagai ...
Webinar Kpm Tahun 2019

Webinar Kpm Tahun 2019

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 391 hits
WEBINAR KPM Tahun 2019 Agak menarik kaedah baharu Pembelajaran Kendiri yang diperkenalkan ini Lebih mudah akses dan capaian dalam menambahkan ilmu Memang terbaeekkk Pastikan anda mempunyai capaian internet yang baik sebab medium utama platf...
Daftar Kenaikan Gaji Pns 2019 Menurut Pp Nomor 15 Tahun 2019

Daftar Kenaikan Gaji Pns 2019 Menurut Pp Nomor 15 Tahun 2019

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 1276 hits
Daftar Kenaikan Gaji PNS 2019 baru saja disahkan oleh Presiden Joko Widodo melalui Peraturan Pemerintah Nomor 15 Tahun 2019 tentang Perubahan Kedelapan Belas Atas Peraturan Pemerintah Nomor 7 Tahun 1977 tentang Peraturan Gaji Pegawai Negeri...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umdap Paling Sesuai

Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik