Hamil Usia Ini Berisiko Gugur Bukan Disebabkan Umum Awal Fasha Anggap Belum Ada Rezeki
Hamil pada usia 35 tahun agak berisiko, Fasha Sandha memberitahu keguguran yang dialami bukan kerana dia membuat pengumuman tentang kehamilannya terlalu awal.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 35, berkata dia menganggap apa yang terjadi bergantung kepada nasib dan rezeki seseorang itu.
GUGUR BUKAN SEBAB UMUM AWAL
“Sebenarnya ia bergantung kepada nasib dan rezeki seseorang itu sebelum. Sebelum ini saya hamil Raysha saya ada umum juga ketika kandungan peringkat awal.
“Ada orang hamil lima bulan pun boleh mengalami keguguran. Semuanya adalah rezeki. Tak ada pun orang mengatakan kalau umum hamil awal nanti ada sesuatu tidak baik berlaku.
“Tapi saya tidak kisah apa orang nak kata. Ikut pada mereka yang ingin menilai sebab semuanya berbalik kepada soal rezeki,” kata Fasha.
Fasha yag ditemui di majlis hari terbuka sebelum ini mengalami keguguran pada usia kandungan hampir mencecah tujuh minggu pada 7 Jun lalu.
AKAN LEBIH BERJAGA-JAGA JIKA HAMIL LAGI
Ibu kepada dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima ini memberitahu dia akan lebih berjaga-jaga sekiranya diberikan rezeki untuk hamil sekali lagi.
“Pada usia ini memang mempunyai risiko untuk hamil tapi apa yang saya belajar selepas ini supaya tidak terlalu aktif di masa hadapan.
“Jika hamil lagi, saya perlu berehat dan tak boleh lakukan banyak aktiviti sehingga tidak sedar diri sedang mengandung,” ujar Fasha yang melangsungkan majlis perkahwinan dengan aktor Aidil Aziz pada 30 Mac lalu.
Sumber: mStar
The post “Hamil Usia Ini Berisiko, Gugur Bukan Disebabkan Umum Awal.” Fasha Anggap Belum Ada Rezeki appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/hamil-usia-ini-berisiko-gugur-bukan-disebabkan-umum-awal-fasha-anggap-belum-ada-rezeki/