Hamid Bador Hanya Pandai Menangkap Pelapor Dari Yang Dilapor


Dato’ Lokman AdamSaya menerima maklumat dari kawan-kawan di Bukit Aman yang menyatakan bahawa Datuk Hamid Hador sangat marah dengan saya atas dapatan pakar forensik video United Kingdom dan laporan polis yang saya buat terhadap beliau dan pegawai penyiasat yang menyiasat kes pembunuhan Syed Daniel kerena penularan bahan kes berupa gambar Syed Daniel dalam posisi menyerang. Maklumat yang saya terima, beliau mengarahkan agar pihak polis menangkap saya sebaik sahaja saya sampai di KLIA esok 5.50 petang 21hb Ogos, 2018 atas alasan mengaibkan beliau dan merosakkan intigriti pihak polis
Berikut ialah jawapan saya kepada Datuk Hamid Bador. Pertama, yang mengaibkan beliau bukan saya, yang mengaibkan beliau adalah dirinya sendiri. Datuk Hamid tidak sepatutnya menjadi alat ohli politik Pakatan Harapan dan melindungi penjenayah. Datuk Hamid sepatutnya fokus kepada menyiasat laporan polis saya terhadap video seks luar tabii Azmin-Haziq dengan adil. Sebaliknya, anggota beliau telah melokap saya satu malam dan melokap beberapa musuh politik Azmin yang beliau syaki menyebarkan jenayah yang Azmin lakukan
Ada beliau arahkan anggotanya supaya melokap atau mengambil perintah reman untuk menyiasat Azmin? Jika itu dilakukan, adakah Polis akan masih gagal menyelesaikan siasatan setelah dua bulan lebih saya membuat laporan polis? Dapatan laporan forensic CyberSecurity terhadap ketulenan Video, dapatan laporan DNA atas tilam dan rakaman CCTV Hotel Four Point Sandakan yang mengesahkan Azmin dan Haziq masuk bilik yang sama lebih 45 minit sudah lebih dari cukup untuk beliau mendesak Jabatan Peguam Negara bagi melakukan pendakwaan
Sebaliknya, apabila saya ke Indonesia untuk mendapatkan pandangan pakar forensik Video Indonesia, beliau menuduh kami sebagai pakatan jahat, padahal kami hanya mahu memudahkan beliau meyakinkan Tun Mahathir supaya berhenti melindungi Jenayah yang Azmin Ali lakukan. Tindakan beliau mengatakan wajah Azmin tidak dapat dicam dan kegagalan beliau mengambil langkah-langkah bagi memastikan Azmin didakwa menyebabkan beliau merasa aib dan dipandang hina oleh rakyat
Beliaulah punca integriti Pasukan Polis terjejas, bukan saya. Ramai diantara anggota kanan Polis dan Anggota Biasa beranggapan Datuk Hamid tidak layak menjadi IGP dan Tun Mahathir sewajarnya melantik seorang yang berkelayakan dan Profesional sebagai Ketua Polis Negara. Tindakbalas Datuk Hamid memang sudah saya jangkakan, itu sebabnya saya telah memastikan hasil laporan forensik pakar UK ini sampai ditangan peguam saya terlebih dahulu sebelum saya pulang kerana saya menjangkakan dokumen yang bakal digunakan untuk menyaman beliau dan Tommy Thomas ini pasti dirampas. Malah, telefon yang saya gunakan sebelum ini juga semua telah saya jual dan saya tidak sekali-kali akan memberikan maklumat percuma selagi Datuk Hamid Bador menjadi Ketua Polis Negara. Semua keterangan akan saya jawab hanya di mahkamah
Kedua, Laporan polis saya keatas diri beliau dan Pegawai Penyiasat Kes Bunuh Syed Muhammad Daniel, ASP Siti Sarah Aisyah Saad berhubung penularan satu keping gambar “screen shot” yang diambil daripada rakaman video kejar mengejar dan pergaduhan diantara Yew Wei Liang dengan Syed Muhammad Daniel juga adalah berasas. Laporan tersebut saya buat memandangkan gambar “still image” tersebut telah diambil daripada video yang dirakam oleh isteri Yew Wei Liang. Laporan ini dibuat keatas ASP Siti Sarah Aisyah kerana beliau adalah Pegawai Penyiasat Kes ini dan Yew Wei Liang serta isterinya ketika itu ditahan untuk membantu siasatan dibawah seksyen 302 Kanun Kesiksaan atas tuduhan membunuh
Isteri Yew Wei Liang ditahan kerana beliau merakam perbuatan jenayah yang dilakukan suaminya. Ini bermakna, handphone isteri pembunuh tersebut ketika itu hingga kini berada didalam simpanan pihak polis sebagai bahan bukti. Kalau isteri Yew Wei Liang yang menularkan gambar itu sebelum telefon bimbit beliau dirampas, pasti ianya sudah tular dari awal untuk membersihkan nama suaminya, beliau tidak akan melakukannya selepas 3 hari bila rakyat sudah terlalu marah kepada Yew Wei Liang. Datuk Hamid perlu sedar, zaman sekarang Polis perlu menyesuaikan diri dengan kecangihan sistem telekomunikasi. Rakyat Malaysia bukan mudah untuk dibodohkan seperti sebelum pilihanraya umum ke 14
Memandangkan kes ini, “kes berkepentingan umum”, adalah sangat mustahil ASP Siti Sarah Aisyah mengeluarkan sebahagian daripada bukti yang beliau perolehi daripada rakaman isteri Yew Wei Liang “secara terpilih”, iaitu dengan mengeluarkan gambar “Arwah Syed Daniel meluru kearah bahagian tengah bonet depan kereta Yew Wei Liang dengan kayu softball, tanpa arahan Ketua Polis Negara. Apa tujuan gambar itu dikeluarkan? Kenapa tidak keluarkan video itu sepenuhnya. Jika tanggapan saya salah bahawa ada pihak dalam pasukan penyiasat sengaja mengeluarkan “screen shot” dari video tersebut adalah bertujuan untuk meredakan kemarahan rakyat terhadap Yew Wei Liang dan mungkin mendakwa beliau dibawah pertuduhan yang lebih ringan hukumnya, sepatutnya beliau sebagai IGP sepatutnya menjawab laporan polis saya, bukan menangkap saya setiap kali saya membuat laporan polis
Ketiga, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan kekecewaan saya terhadap Datuk Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara. Disebabkan hilangnya integriti pada diri beliau, beliau telah membiarkan dirinya diperkudakan oleh Tun Mahathir untuk menekan UMNO. Sebagai orang politik, adalah biasa bila ditekan oleh sang penguasa dibawah pemerintahan Mahafiraun. Namun apa yang mendukacitakan saya, hari ini tekanan yang diberikan terhadap UMNO telah menjejaskan ribuan ahli keluarga kakitangan Utusan yang tidak berdosa
Jika Datuk Hamid mengikut prosedur undang-undang, beliau pasti akan memulangkan semua duit UMNO yang dirampas daripada Presiden UMNO ketika itu, Dato Sri Najib Tun Razak. Tidak ada sebab untuk pihak UMNO menyimpan baki duit pilihanraya UMNO sejumlah RM116 juta itu selepas ianya gagal menjadi barang kes akibat tiadanya pendakwaan terhadap rampasan tersebut. Begitu juga duit UMNO sekitar RM250 juta didalam akaun-akaun UMNO yang telah dibekukan oleh pihak SPRM. Akibat tindakan kamu dan SPRM menjadi kuda tunggangan Pakatan Harapan mengikat tangan dan kaki kami, bukan sahaja kami tidak dapat membela rakyat dengan sempurna sepertimana dulu, malah kami terpaksa menjual aset-aset kami satu persatu termasuk Utusan. Saya mohon maaf kepada teman-teman Utusan kerana usaha saya dan teman-teman MT lain seperti Dato Sri Tajuddin Rahman membantah penjualan Utusan telah gagal kerana kekangan kewangan yang di hadapi UMNO hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu
Kepada Datuk Hamid saya ingin berpesan, kita semua akan akhirnya dihadapkan di Padang Masyar atas segala perbuatan kita dimuka bumi ini. Setiap pengkhianatan dan kezaliman yang kamu lakukan pasti akan ada balasannya. Nak tangkap saya, silakan. Saya akan hadap, tidak kiralah berapa kali kamu mahu tangkap. Tapi harus diingat, berapa lama kamu boleh terus menyalahgunakan kuasa yang ada ditangan kamu. Paling lamapun kamu boleh tutup mulut saya dan kurung jasad saya tidak lebih dari 3 tahun setengah. PRU15 In sya Allah UMNO akan kembali memerintah bersama PAS dan parti komponen BN yang lain. Janji saya pada kamu, kami akan pastikan semua pihak yang menyalahgunakan kuasa ini akan kami hadapkan kemuka pengadilan
“Jasad boleh dipenjara, namun jiwa tetap Merdeka Menolak Kebatilan. Lawan Tetap Lawan”Dato’ Lokman Noor bin Adam
Pengerusi
Sekretariat Suara Rakyat
London, United Kingdom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/MalaysiansMustKnowTheTruth/~3/shiphcrS0dQ/hamid-bador-hanya-pandai-menangkap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemana Menghilangnya Hamid Bador

Kemana Menghilangnya Hamid Bador

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 201 hits
Dengan sudah lebih dua bulan masa berlalu sejak isu video seks sejenis yang didakwa melibatkan Azmin Ali tersebar ramai barangkali yang mulai terlupa atau melupakan mengenainya Apatah lagi Azmin tetap santai muncul di mana mana seperti bias...
Polemik Isu Peralihan Kuasa Hanya Timbulkan Ketidaktentuan Dr Mahathir

Polemik Isu Peralihan Kuasa Hanya Timbulkan Ketidaktentuan Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 297 hits
FUKUOKA Isu peralihan kepimpinan yang terlalu kerap ditimbulkan dikhuatiri akan menimbulkan rasa ketidaktentuan dalam negara kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Dr Mahathir menegaskan beliau sudah berkali kali menyatakan proses per...
Filem Boboiboy Movie 2 Catat Kutipan Tertinggi Dalam Masa Hanya 5 Hari

Filem Boboiboy Movie 2 Catat Kutipan Tertinggi Dalam Masa Hanya 5 Hari

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 697 hits
Teruja dan bangga betul bila Ohmedia tengok pencapaian jumlah kutipan filem animasi kedua Monsta BoBoiBoy Movie 2 yang dikemaskini sebentar tadi Untuk pengetahuan korang filem animasi tempatan yang hanya mengambil masa selama 12 bulan untuk...
Berbelanja Dengan Hanya Rm100 Dan Dapatkan Half Pay Back Rm50 Di Lulu Hypermarket

Berbelanja Dengan Hanya Rm100 Dan Dapatkan Half Pay Back Rm50 Di Lulu Hypermarket

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 570 hits
Memang berbaloi kan bila kita berbelanja sebanyak RM100 kita akan dapat Half Pay Back bernilai RM50 Umpama membeli barang pada harga separuh bukan diskaun tau Bukan auta tau tapi fakta sebab sekarang ni Lulu Hypermarket Kuala Lumpur ni seda...
Bukan Hanya Satu Tapi 2x Samsung Galaxy Note 10 Boleh Anda Miliki Dengan Pratempahan Melalui Celcom

Bukan Hanya Satu Tapi 2x Samsung Galaxy Note 10 Boleh Anda Miliki Dengan Pratempahan Melalui Celcom

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 361 hits
Pelan Celcom Easyphone membolehkan anda untuk melanggan pelan internet bersama telefon pintar terkini Memandangkan Samsung telah melancarkan telefon pintar terkini mereka baru baru ini Celcom telah membuka pratempahan untuk peranti terbaru ...
Dong Zong Memang Rasis Hanya Cakap Soal Orang Cina Pm

Dong Zong Memang Rasis Hanya Cakap Soal Orang Cina Pm

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 360 hits
SEPANG DIKEMASKINI Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataannya melabel Persekutuan Persatuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia sebagai rasis Menurutnya Dong Zong tidak pernah berkata apa apa tentang
Tekanan Darah Kini Boleh Diambil Dengan Hanya Menggunakan Video Swafoto

Tekanan Darah Kini Boleh Diambil Dengan Hanya Menggunakan Video Swafoto

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 296 hits
Kesihatan fizikal ialah satu bahagian yang kami kurang peduli kerana kesibukan di tempat kerja Bagi mereka yang mementingkannya penjejak kesihatan dan jam tangan pintar dibeli bagi membolehkan data tekanan darah kandungan oksigen dan pola t...
Askar Hanya Makan Tidur Tak Pernah Menembak Baik Kerja Ladang Felda Ahli Perniagaan

Askar Hanya Makan Tidur Tak Pernah Menembak Baik Kerja Ladang Felda Ahli Perniagaan

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 447 hits
Ahli perniagaan Koon Yew Yin menggesa kerajaan Pakatan Harapan untuk mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkan terlalu besar Beliau turut menyatakan bahawa beliau rasa tertipu sebagai seo...
Tidak Makan Sebelum Shalat Idul Adha Hanya Berlaku Bagi Sohibul Qurban

Tidak Makan Sebelum Shalat Idul Adha Hanya Berlaku Bagi Sohibul Qurban

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 309 hits
Tidak Makan Sebelum Shalat Idul Adha Hanya Berlaku Bagi Sohibul Qurban Apakah tidak makan sebelum berangkat shalat idul adha itu berlaku bagi semua orang Ataukah hanya berlaku utk sohibul qurban saja Jawab Bismillah was shalatu was salamu a...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

My Duty Role As Src Director Only Existed In Name Shahrol Tells Court

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Taman Tema Genting Highland

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Neoclassical Apartments Interior Decor Inspirations

Tuah Adzmi Zack Zakwan Adikkk Muna Shahirah Wani Syaz Nurul Iman Ya Raya Chord



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Tadabbur Surah Surah Lazim Qarin Persiapan Mencari Lailatulqadar

Singo Pear Manfaat Pada Kesihatan Dan Petua Redakan Batuk

10 Malam Akhir Ramadan 2024 Kelebihan Tarikh Amalan Sunat

Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor Dan Kereta

Hablun Minallah By Dr Hm Rakib S H M Ag Nurul Ikhlas Pekanbaru

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan