Hama Bertelur Bawah Lapisan Kulit Terjadilah Kudis Buta Rendam Semua Pakaian Anak Dalam Air Panas


Anak sy ada gejala tentang scabies (kudis buta). Saya ingin tau bagaimana cara untuk merawat?
Ariesha Syaaa
gambar keadaan kaki anak saya Jawapan;
Kudis buta adalah sejenis jangkitan kulit yang boleh berjangkit disebabkan oleh sejenis hama. Hama adalah sejenis makhluk seperti serangga yang membentuk laluan/terowong di bawah lapisan luar kulit. Hama bertelur di bawah kulit dan menghisap darah dari mangsanya.
Kudis buta dijangkiti melalui sentuhan langsung kulit ke kulit. Semua orang tanpa mengira peringkat umur terdedah kepada jangkitan ini. Kudis buta yang menjangkiti haiwan tidak boleh menjangkiti manusia, ia hanya akan menyebabkan ruam.
Rawatan
-Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti dengan air panas.
-Masukkan perkara yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang tertutup dan simpan selama sekurang-kurangnya tujuh hari untuk membolehkan hama dan telurnya mati.
-Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas.
-Orang yang bergaul rapat dan tinggal bersama orang yang telah dijangkiti kudis buta harus dirawat pada masa yang sama.
Rawatan kudis buta termasuklah menyapu krim atau losyen seperti :
A. Permethrin 5%
Cara menggunakannya
-Sapu ubat ke seluruh badan termasuk kulit kepala, leher dan belakang telinga. Beri perhatian terhadap celah-celah jari kaki dan tangan dan di bahagian hujung kuku. Penggunaan berus kecil boleh membantu menyapu loyen ini.
-Bersihkan selepas 24 jam.
-Permethrin sepatutnya disapu sebanyak dua kali, dengan jarak selama satu minggu di antara rawatan.
-Ubat perlu disapu semula jika tangan dibasuh sebelum cukup 24 jam.
** Tidak boleh digunakan terhadap bayi berusia kurang dari 2 bulan.
Langkah berjaga-jaga
Elakkan ubat dari terkena mata.
Jangan disapu ke atas kulit yang luka atau dijangkiti kuman.
Dapatkan bantuan perubatan untuk bayi berusia 2 bulan hingga 2 tahun.
B. Losyen Malathion 0.5%
Cara menggunakannya
-Sapu ubat ke seluruh badan termasuk kulit kepala, leher dan belakang telinga. Beri perhatian terhadap celah-celah jari kaki dan tangan dan di bahagian hujung kuku. Pengunaan berus kecil boleh membantu.
-Bersihkan selepas 24 jam.
-Malathion sepatutnya disapu sebanyak dua kali, dengan jarak selama satu minggu di antara rawatan.
-Ubat perlu disapu semula jika tangan dibasuh sebelum cukup 24 jam.
Langkah berjaga-jaga
-Penggunaan serentak Malathion dengan krim lain.
-Elakkan ubat dari terkena mata.
-Jangan sapu ke atas kulit yang luka atau dijangkiti kuman.
-Dapatkan bantuan perubatan untuk bayi berusia kurang dari 6 bulan.
C. Gamma benzene hexachloride (or lindane)
Cara menggunakannya
-Sapukan satu lapisan nipis losyen dan urut supaya losyen menyerap dengan baik ke seluruh badan iaitu dari leher hingga jari kaki. Biarkan selama 8 hingga 24 jam.
-Mandi dan bersihkan ubat selepas jangkamasa tersebut.
Kontraindikasi
-Wanita mengandung dan bayi pramatang
-Wanita yang menyusukan anak
-Pesakit dengan sejarah penyakit epilepsy (sawan)
-Pesakit dengan berat badan yang rendah
Langkah berjaga-jaga
-Penggunaan serentak Lindane dengan krim lain
-Elakkan ubat dari terkena mata atau lapisan mukosa
-Jangan sapu ke atas kulit yang terlelas
-Jangan sapu losyen selepas mandi air panas yang bersabun
D. Benzyl Benzoate lotion (EBB)
Cara menggunakannya
-Mandi dengan air suam sebelum mula menyapu ubat supaya penyerapan lebih baik dengan liang roma yang terbuka.
-Sapu ubat ke seluruh badan kecuali muka dan celah kelangkang.
-Biarkan selama 24 jam dan bersihkan badan.
-Ubat perlu disapu semula jika tangan dibasuh sebelum cukup 24 jam.
-Perhatian Khusus
Kegatalan
Pesakit telah pulih dari jangkitan selepas rawatan selesai walaupun rasa gatal-gatal mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu
Rawatan untuk kegatalan mungkin diperlukan. Sapuan steroid boleh mengurangkan kegatalan dan keradangan.
Pencegahan
-Pengenalpastian dan rawatan segera penyakit ini sangat penting untuk mengawalnya daripada merebak.
-Pesakit yang dijangkiti sepatutnya dikecualikan dari ke sekolah sehingga selesai rawatan.
-Kudis buta boleh berjangkit semula, jadi adalah sangat penting untuk mengikut segala arahan rawatan dan membersihkan bahan yang tercemar dengan penyakit tersebut.
Sumber: Portal Myhealth KKM
The post Hama Bertelur Bawah Lapisan Kulit Terjadilah Kudis Buta. Rendam Semua Pakaian Anak Dalam Air Panas appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hama-bertelur-bawah-lapisan-kulit-terjadilah-kudis-buta-rendam-semua-pakaian-anak-dalam-air-panas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sapuan Air Garam Dengan Bacaan Al Fatihah Zikir Selawat Penawar Gatal Kulit Anak

Sapuan Air Garam Dengan Bacaan Al Fatihah Zikir Selawat Penawar Gatal Kulit Anak

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 1240 hits
Ada ramai ibu bapa yang risau bila nampak badan anak naik gatal dan merah Hinggakan anak jadi merengek tak selesa Sebenarnya gatal gatal anak ni boleh jadi naik secara tiba tiba dan ada juga yang alah pada makanan Sekiranya penyebab gatal i...
Lucu Dan Menggemaskan Ini 10 Potret Anak Artis Yang Ikut Berjemur Di Bawah Panas Matahari Pagi

Lucu Dan Menggemaskan Ini 10 Potret Anak Artis Yang Ikut Berjemur Di Bawah Panas Matahari Pagi

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 252 hits
Apalagi di musim pandemi kayak gini orang tuanya bisa sekalian ikut berjemur demi menjaga kekebalan tubuh
Anak Sembelit Mungkin Terlebih Susu Atau Kurang Air Putih Amalkan Makanan Yang Tinggi Serat

Anak Sembelit Mungkin Terlebih Susu Atau Kurang Air Putih Amalkan Makanan Yang Tinggi Serat

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 257 hits
Soalan saya bayi saya kerap sembelit Dia asyik menangis dan meneran kalau nak membuang Ada tak cara nak rawat sembelit Kesian tengok dia sampai kepala kebawah nak teran Hidekan nama saya Sembelit adalah keadaan di mana seorang kanak kanak a...
Covid19 Kali Ini 52km Kain Nak Siapkan Pakaian Perang Perwira Kisah Anak Yatim Gigih Bantu Frontliners

Covid19 Kali Ini 52km Kain Nak Siapkan Pakaian Perang Perwira Kisah Anak Yatim Gigih Bantu Frontliners

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 438 hits
ISU kekurangan kelengkapan perlindungan diri dalam kalangan petugas hospital mendapat perhatian banyak pihak di negara ini Selain pereka fesyen terkenal Datuk Radzuan Radziwill penghuni Rumah Pengasih Warga Prihatin di Kajang Selangor turut...
Syekh Puji Dilaporkan Nikahi Anak Umur 7 Tahun Jauh Di Bawah Usia Ideal Apa Bahayanya

Syekh Puji Dilaporkan Nikahi Anak Umur 7 Tahun Jauh Di Bawah Usia Ideal Apa Bahayanya

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 254 hits
Ingat nggak dulu Syekh Puji menikahi perempuan berusia 12 tahun Kali ini dia dilaporkan nikah lagi dengan anak usia 7 tahun
Bagi Anak Minum Air Rebusan Nasi Ganti Susu Formula Isteri Da I Farhan

Bagi Anak Minum Air Rebusan Nasi Ganti Susu Formula Isteri Da I Farhan

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 312 hits
Tengah kecoh dengan isu Covid 2019 pergaduhan antara artis dan netizen isteri Da i Farhan pula mencuri perhatian Katanya jika tidak berkemampuan untuk membeli susu formula untuk anak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ia boleh digantikan...
Ebit Lew Menangis Lihat Ibu Hamil Anak Kecil Tidur Bawah Jambatan

Ebit Lew Menangis Lihat Ibu Hamil Anak Kecil Tidur Bawah Jambatan

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 497 hits
SELAYANG Perkongsian Ustaz Ebit Lew di laman sosial Facebook beliau membuktikan bahawa di saat kita mengeluh terpaksa berkurung di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan rupa rupanya masih ada lagi insan yang tidak mempunyai rumah Beli...
Semua Impikan Nak Anak Cerdik Cuma Kepandaian Ni Ramai Ibu Ayah Tak Nampak

Semua Impikan Nak Anak Cerdik Cuma Kepandaian Ni Ramai Ibu Ayah Tak Nampak

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 299 hits
Dalam tempoh PKP ni walaupun anak tak dapat pergi sekolah dan hanya belajar melalui aplikasi e pembelajaran atas inisiatif setiap guru ibu ayah pun kena juga main peranan penting Dalam tempoh inilah ibu ayah dapat lebih masa mengajar bebera...
Tak Sangka Atas Bawah Jahit Syukur Dapat Peluk Anak Walaupun Sakitnya Allah Tahu

Tak Sangka Atas Bawah Jahit Syukur Dapat Peluk Anak Walaupun Sakitnya Allah Tahu

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 311 hits
Setiap orang pengalaman bersalinnya berbeza Begitu juga bagi seorang ibu Jika pernah bersalin sebelum ini pun pasti akan merasai pengalaman lain bila melahirkan anak yang seterusnya Sakit memang sakit tapi demi anak kesakitan itu dihadapi d...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game