Halal Kata Agamawan Selepas Perdebatan Berhubung Makanan Sumbangan Bukan Islam


Azzman Abdul Jamal Bekas menteri berkata tidak ada masalah untuk seorang Muslim makan masakan disediakan bukan Islam, sementara seorang mufti negeri berkata ia diharuskan hanya ketika tidak ada pilihan lain.

Mangsa banjir meredah kawasan takungan air menuju ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Hulu Langat. Tokoh agama berbeza pandangan berhubung makanan dimasak bukan Islam ketika perdebatan di media sosial timbul selepas banjir melanda Lembah Klang baru-baru ini.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional, Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata umat Islam dibenarkan memakan masakan yang disediakan bukan Islam yang tidak tergolong sebagai ahli kitab selagi ia tidak melibatkan haiwan yang disembelih.
Ahli kitab merujuk penganut agaman Kristian dan Yahudi.
Penjelasan itu dibuat susulan pertikaian mengenai penerimaan makanan yang disumbangkan oleh komuniti Sikh kepada mangsa-mangsa banjir dalam kalangan umat Islam.
Zulkifli yang merupakan bekas mufti Wilayah Persekutuan juga turut dilihat cuba menghentikan perdebatan tersebut.
“Penganut Sikh mengamalkan diet vegeterian.
“Ini bermakna, mereka sama sekali tidak menjamah daging,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter baru-baru ini.
Sejak 19 Disember, pihak Gurdwara Sahib di Petaling Jaya bersama sukarelawan terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk umat Islam bersama-sama menyediakan makanan panas untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir sekitar Lembah Klang.
Usaha murni ini ekoran kejadian banjir yang melanda lapan negeri di Malaysia yang menyebabkan ramai terputus bekalan makanan selain mengalami kerugian hingga ratusan ribu ringgit disebabkan bencana itu.
Malah, beberapa kawasan di Selangor seperti Taman Sri Muda di Shah Alam lumpuh apabila rumah penduduk ditenggelami air yang meningkat hingga ke paras bumbung.
Bagaimanapun usaha murni menyediakan makanan itu menjadi pertikaian segelintir pengguna media sosial yang mempersoalkan status halal dan hukum menerima makanan tersebut.
Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan Mohd Yusof Ahmad, menjelaskan hukum bagi memakan makanan masakan orang bukan Islam disebabkan terputus bekalan makanan atau berada dalam keadaan darurat adalah harus.
Beliau berkata, ini juga termasuk bagi memakan makanan yang disembelih seperti ayam.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, keadaan ini hanya dibenarkan apabila tiada pilihan makanan halal.
“Dalam keadaan untuk menyelamatkan nyawa dan tiada lagi pilihan lain, ia diharuskan,” katanya ketika dihubungi MalaysiaNow.
“Jika ada pilihan lain seperti roti atau buah-buahan, maka mestilah mengambil yang dipercayai halal.”
Mengulas lanjut, Yusof menjelaskan, masakan bukan Islam yang diragui status halalnya adalah kerana kemungkinan dicampur dengan bahan yang tidak suci seperti arak dan lain-lain.
Tambahnya, apabila individu itu mempunyai pilihan, maka dia tidak berada dalam keadaan darurat dan tidak boleh mengambil masakan yang dipercayai tidak halal.
“Tinggalkan apa-apa yang meragukanmu (dari segi halal/suci) kepada sesuatu yang tidak meragukanmu,” katanya yang memetik hadis Nabi Muhammad.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/halal-kata-agamawan-selepas-perdebatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Tak Jujur Kepada Majlis Raja Raja Rakyat Kata Tmj Berhubung Isu Statut Rom Icerd

Mahathir Tak Jujur Kepada Majlis Raja Raja Rakyat Kata Tmj Berhubung Isu Statut Rom Icerd

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 151 hits
Mahathir tak jujur kepada Majlis Raja Raja rakyat kata TMJ berhubung isu Statut Rom ICERD Dr Mahathir bukan sahaja tidak jujur kepada Majlis Raja Raja tetapi juga kepada seluruh rakyat berhubung isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Me...
Putrajaya Bertanggungjawab Naikkan Had Minimum Usia Perkahwinan Bagi Gadis Islam Kata Kumpulan Hak Asasi

Putrajaya Bertanggungjawab Naikkan Had Minimum Usia Perkahwinan Bagi Gadis Islam Kata Kumpulan Hak Asasi

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 149 hits
MALAYSIA NOW LFL berkata kerajaan tertakluk kepada tanggungjawab untuk melaksanakan perjanjian antarabangsa dan tidak boleh membenarkan negeri buat keputusan berhubung perkara itu Perkahwinan di bawah umur menjadi adat sebahagian masyarakat...
Keputusan Akhir Berhubung Hukuman Mati Akan Diputuskan Tidak Lama Lagi

Keputusan Akhir Berhubung Hukuman Mati Akan Diputuskan Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 141 hits
MALAYSIA NOW Jawatankuasa yang dibentuk untuk meneliti perkara itu akan menyerahkan dapatannya kepada menteri undang undang yang akan membentangnya kepada Kabinet sebelum keputusan dimuktamadkan Seorang aktivid memegang sepanduk dalam sebua...
Rujuk Halimah Ke Jawatankuasa Gesa Kula Berhubung Kenyataan Keliru Dewan Rakyat

Rujuk Halimah Ke Jawatankuasa Gesa Kula Berhubung Kenyataan Keliru Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 172 hits
Rujuk Halimah ke jawatankuasa gesa Kula berhubung kenyataan keliru Dewan Rakyat December 20 2021 Halimah Sadique juga mengelirukan Dewan Rakyat dengan kenyataan mengenai sambutan Hari Thaipusam menurut Kula Segaran KUALA LUMPUR Seorang Ahli...
Ini Menteri Dari Mana Boleh Meninggal Malaysia Dibuatnya Puad Selar Zafrul Berhubung Pengeluaran Kwsp

Ini Menteri Dari Mana Boleh Meninggal Malaysia Dibuatnya Puad Selar Zafrul Berhubung Pengeluaran Kwsp

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 203 hits
Puad Zarkashi berkata tindakan engku Zafrul Aziz yang memekakkan telinga terhadap rintihan rakyat berhubung pengeluaran KWSP itu akan memberi padah kepada negara PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi menyelar Menteri ...
Budak Perempuan Diculik Selepas Keluar Berjalan Ke Rumah Anak Jiran 200 Meter Dari Rumahnya

Budak Perempuan Diculik Selepas Keluar Berjalan Ke Rumah Anak Jiran 200 Meter Dari Rumahnya

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 206 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan hilang dipercayai diculik di hadapan kediaman mereka dalam kejadian di Taman Teratai Iskandar Puteri Johor Bahru petang semalam Mangsa Nur Damia Qaleesya bagaimanapun ditemui sela...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Bunga Paling Seram Di Dunia

Logo Autentik Untuk Produk Asli Madu

Ucapan Hari Jadi Ucapan Lawak Untuk Kawan Islamik

Hadiah Hari Guru 40 Idea Hadiah Yang Menarik

Gara Gara Al Bani Menuduh Iamam Bukhari Kafir Karena Takwil

Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Pada 1 Mei 2024