Hala Tuju Murid Tahun 6 10 Sekolah Yang Boleh Menjadi Pilihan


Bgai murid lepasan Tahun 6, sudah pastinya mereka memikirkan hala tuju murid Tahun 6 selepas mereka mengakhiri persekolahan mereka di peringkat rendah.
Oleh itu, terdapat beberapa pilihan yang boleh diambil oleh murid lepasan Tahun 6 bagi meneruskan persekolahan mereka.
Mengenai Tahun 6 Tahun 6 merupakan peringkat terakhir di dalam persekolahan peringkat rendah sebelum murid melanjutkan pendidikan mereka di peringkat menengah.
Selepas murid Tahun 6 mengabiskan sesi persekolahannya, mereka akan melanjutkan pendidikan di peringkat menengah bermula dengan Tingkatan 1.
Oleh kerana itu, terdapat beberapa pilihan sekolah yang boleh dipilih oleh murid bagi meneruskan persekolahan mereka.
Hala Tuju Murid Tahun 6 Terdapat 10 hala tuju murid bagi lepasan Tahun 6 di Malaysia yang boleh menjadi pilihan iaitu:
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sekolah Sukan Sekolah Seni Sekolah Feeder Kelas Seliaan Negeri Kelas Seliaan Daerah Kelas Rancangan Khas Daerah (KRK) Kelas Aliran Agama (KAA) 1- Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ialah sekolah menengah perdana dikhususkan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR.
Tujuan asal penubuhan sekolah ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar.
Mengikut sejarah, sesetengah sekolah berasrama ini merupakan sekolah berasrama Inggeris / ala Inggeris seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar yang terhad kepada anak-anak Raja dan orang kenamaan sahaja.
Namun kini, semua ini adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Syarat kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia Murid Tahun 6 yang telah didaftarkan dalam Modul Pengurusan Murid. Menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK) Pelajar yang sihat tubuh badan Pelajar yang aktif dalam penglibatan kokurikulum 2- Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) MRSM ditubuhkan dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera.
MRSM yang pertama ditubuhkan ialah MRSM Seremban yang telah dibuka pada tahun 1972 yang telah dirasmikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada tahun 1975. 
Syarat kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:
Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari. Ibu bapa atau penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam oleh MARA. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 3- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) SMKA ialah sekolah kawalan asrama harian yang melaksanakan dwikurikulum, iaitu kurikulum akademik dan kurikulum agama secara bersepadu.
SMKA bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977 dan telah berkembang kepada 60 buah SMKA.
Penubuhan sekolah ini diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen bin Haji Wan Musa.
Syarat kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid Murid Tahun Enam (6) Berumur 12 tahun Menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
4- Sekolah Sukan Sekolah Sukan ialah sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih.
Murid di sekolah ini melalui pengawasan yang lebih tersusun dan cekap, peningkatan prestasi akademik dan sukan dapat diseimbang dan disepadukan.
Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini keseluruhannya mengikut konsep SBP yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan sukan dan akademik.
Untuk memasuki sekolah ini, berikut merupakan syarat kelayakan iaitu:
Warganegara Malaysia. Telah melalui Program Mengenalpasti Bakat (Talent Identification /Talent Search / Talent Scouting). Bersetuju menerima Sekolah Sukan Malaysia yang ditawarkan dan jenis sukan yang ditetapkan. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Sukan Malaysia yang berkaitan. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang berdaftar, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit. Keutamaan akan diberi kepada atlet murid yang mewakili negeri di peringkat kebangsaan dalam sukan yang diceburi. (Contoh : Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan kejohanan lain yang diiktiraf). 5- Sekolah Seni Sekolah Seni ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.
Penubuhan sekolah ini juga bagi memperluas akses dan meningkatkan kualiti pendidikan selari dengan usaha untuk mengukuhkan sistem pendidikan negara yang lebih menyeluruh dan bukan berkisar kepada akademik semata-mata sejajar dengan usaha KPM sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
Murid yang ingin memasuki sekolah ini perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
Warganegara Malaysia Calon mesti daripada sekolah kerajaan. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian (Seni Visual/Tari/Teater/Muzik). Sihat tubuh badan. Hanya permohonan secara ‘online’ akan diproses. 6- Sekolah Feeder Sekolah Feeder ialah sekolah rendah yang secara tradisinya membekalkan murid kepada sesebuah sekolah menengah tertentu. 
Ini bermaksud, pelajar dari sekolah rendah tertentu akan secara automatik diterima masuk ke sekolah menengah yang berkenaan.
Sebagai contoh, SJKC Cheong Hua adalah sekolah feeder kepada SMK Munshi Abdullah. 
Syarat kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:
Sekolah telah ditetapkan oleh PPD. Pemilihan sekolah feeder melalui guru kelas yang akan didaftarkan ke APDM. Kedudukan sekolah berdekatan dengan lokasi rumah. Murid akan masuk secara terus tanpa mengira kelayakan akademik. 7- Kelas Seliaan Negeri Kelas Seliaan Negeri merupakan kelas yang dikawal kemasukan oleh negeri berdasarkan permohonan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Seliaan kelas ini di peringkat negeri bergantung kepada dasar yang ditentukan oleh negeri sama ada JPN, JAIN, PPD, atau sekolah.
Kemasukan ke kelas ini adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia. Telah memohon melalui sekolah masing-masing di dalam APDM Mendapat keputusan yang cemerlang di dalam PBD, UASA, PPSI dan PAJSK Akan mengikuti pembelajaran dalam Dual Languange Programme 8- Kelas Seliaan Daerah Kelas Seliaan Daerah ialah kelas yang dikawal kemasukan oleh daerah berdasarkan permohonan mengikut syarat tertentu.
Syarat kemasukan adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia. Telah memohon melalui sekolah masing-masing di dalam APDM. Mendapat keputusan yang cemerlang di dalam PBD, UASA, PPSI dan PAJSK. 9- Kelas Rancangan Khas Daerah (KRK) KRK Daerah ialah satu program yang dikhas oleh murid yang cemerlang akademik, pentaksiran aktiviti jasmani dan kokurikulum (PAJSK) serta mempunyai rekod disiplin yang baik dalam kalangan keluarga yang berpendapatan rendah.
Bagi murid yang terpilih, mereka akan mengikuti pembelajaran dalam Dual Languange Programme (DLP)
10- Kelas Aliran Agama (KAA) KAA adalah kelas khas yang diwujudkan di Sekolah Menengah Harian untuk memberi peluang kepada pelajar Islam mempelajari subjek-subjek seperti yang ditawarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).
Pelaksanaan KAA di sekolah menengah harian sebagai projek rintis sudah dimulakan pada 1987. 
Ini kerana SMKA yang sedia ada tidak dapat menampung permintaan ibu bapa berikutan pencapaian prestasi murid-murid dalam UPSR yang meningkat.
Syarat kemasukan adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia. Murid tersebut mestilah lepasan Tahun 6. Mempunyai pelaporan PBD Tahun 6. Mempunyai penilaian j-QAF atau UPKK. Mempunyai pentaksiran Psikometrik, PAJSK. Baca juga: Koleksi Latihan Matematik Tahun 6


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/hala-tuju-murid-tahun-6/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hala-tuju-murid-tahun-6

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Tidak Dikenali Hampiri Murid Tahun Empat Polis Perketat Kawalan Sekolah

Lelaki Tidak Dikenali Hampiri Murid Tahun Empat Polis Perketat Kawalan Sekolah

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 138 hits
Pihak polis meningkatkan kawalan keselamatan dan rondaan di sebuah sekolah di Guchil Kuala Krai Kelantan susulan kejadian yang membabitkan seorang murid perempuan Tahun Empat yang didatangi lelaki tidak dikenali di luar pagar sekolah Inside...
55 Murid Tahun 1 Alami Masalah Mata Ibu Ayah Wajib Tahu Tanda Tanda Awal

55 Murid Tahun 1 Alami Masalah Mata Ibu Ayah Wajib Tahu Tanda Tanda Awal

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 188 hits
Bayangkan anak masuk darjah satu semangat nak belajar tapi tak nampak pun apa cikgu tulis di papan putih Itu bukan sebab dia tak fokus tapi sebab dia RABUN Masalah penglihatan di kalangan murid sekolah rendah kini semakin membimbangkan Terb...
Wan Rosdy Sifatkan Kempen Pas Teraju Pahang Tidak Lebih Daripada Slogan Kosong Tiada Hala Tuju Jelas

Wan Rosdy Sifatkan Kempen Pas Teraju Pahang Tidak Lebih Daripada Slogan Kosong Tiada Hala Tuju Jelas

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 170 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang yang ketika ini diterajui UMNO tidak terkesan dengan kempen Teraju Pahang 2 0 yang sedang dilakukan PAS Sambil menyifatkan kempen itu tidak lebih daripada slogan kosong Pengerusi UMNO Pahang Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan...
Pemandu Van Sekolah Tersepit 3 Murid Cedera Nahas Dengan Treler

Pemandu Van Sekolah Tersepit 3 Murid Cedera Nahas Dengan Treler

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 131 hits
Pemandu van sekolah tersepit 3 murid cedera nahas dengan treler Seorang pemandu van sekolah wanita tersepit manakala tiga murid cedera selepas kenderaan itu terbabit dalam nahas dengan sebuah treler di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan b...
Minuman Manis Atau Air Kosong Pilihan Mana Yang Menjatuhkan Anak Di Sekolah

Minuman Manis Atau Air Kosong Pilihan Mana Yang Menjatuhkan Anak Di Sekolah

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 147 hits
Sebagai ibu bapa kita sering bimbang tentang pemakanan dan kesihatan anak anak Namun ada satu elemen penting yang kadang kadang kita abaikan iaitu pengambilan air yang mencukupi Air kosong atau air masak adalah minuman terbaik untuk tubuh t...
10 Murid Cedera Van Sekolah Terbalik Di Johor Bahru

10 Murid Cedera Van Sekolah Terbalik Di Johor Bahru

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 139 hits
JOHOR BAHRU Seramai 10 murid cedera selepas van sekolah dinaiki mereka terbalik di Jalan Abdul Samad di sini hari ini Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin berkata kemalangan dipercayai berlaku kira kira 7 pagi ...
Anak Bukan Malas Dalam Kelas Tapi Tak Nampak 55 Murid Tahun 1 Ada Masalah Penglihatan

Anak Bukan Malas Dalam Kelas Tapi Tak Nampak 55 Murid Tahun 1 Ada Masalah Penglihatan

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 203 hits
Mama Papa bila anak kita kelihatan tak beri tumpuan di sekolah sering menyalin nota salah atau tidak catch up dalam kelas pasti terlintas di fikiran Anak aku ni malas ke Tak fokus langsung Tapi tahukah Mama Papa rupa rupanya ramai anak yang...
Malaysia Tak Boleh Jadi Negara Dua Darjat Kedaulatan Mesti Ditegakkan

Malaysia Tak Boleh Jadi Negara Dua Darjat Kedaulatan Mesti Ditegakkan

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 182 hits
K PRAGALATHJuly 13 2025 Membenarkan bekas perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalani hukuman tahanan rumah sebagai baki hukuman penjaranyanya memberi petanda bahawa Malaysia adalah negara dua darjat Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng be...
Anwar Hopes Chief Justice Will Carry Out Duties With Wisdom Integrity

Aidex Cybercon 2025 Mentakrifkan Semula Ai Kepintaran Digital Dan Ketahanan Siber

Polis Thailand Akan Serah Eda Ezrin Kepada Imigresen Malaysia Di Icqs Rantau Panjang

Mentors For Startup Business Owners

Warga Asing Tanam Mayat Kawan Di Tapak Lupus Sampah Ditahan Polis

Elakkan Salah Pasang Ini Antara Kesalahan Selalu Berlaku Bila Gantung Jalur Gemilang

Template Buku Program Hari Kebangsaan 2025

Rediscovering Intimacy Through Aroma And Vapor A Deep Dive Into Vapordisiacs


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bihun Goreng Kampung

Eda Ezrin Nur Aida Selesai Ambil Keterangan Lebih 3 Jam

Bubur Lambuk Segera Brahims Mudah Cepat Sedap

Sentuhan Moden Pada Kuih Tradisional Resipi Warisan Yang Berjiwa Kontemporari

Larian Yang Tak Perlu Diketahui Dunia

Pasaran As Dalam Pergerakan Mencapai Paras Tertinggi Sepanjang Masa Fokus Kepada Perang Dagangan