Hala Tuju Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra











Saya perhatikan ahli parlimen pembangkang (terutamanya dari BERSATU) sering bertanya mengenai agenda ekonomi Bumiputra yang dibawa Kerajaan Perpaduan.


Saya faham lenggok pertanyaan mereka, konon untuk menunjukkan mereka membela Melayu. Ikut hati, saya ingin jawab mudah sahaja:


“Insya-Allah kami tidak akan menunggang nama Melayu untuk beberapa kerat rembat duit Jana Wibawa yang akhirnya di-Ali Baba-kan kepada syarikat bukan Melayu”.


Semua pentadbiran Kerajaan Persekutuan mengaku ada agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputra. Soalnya ialah bagaimana, supaya ia mencapai matlamat dan membawa kebaikan kepada negara keseluruhannya.


Apa matlamat agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputra? 


Orang lain mungkin melihatnya dari lensa politik semata-mata. Sebagai Menteri Ekonomi, fokus saya ialah meningkatkan sumbangan ekonomi Bumiputra memandangkan jumlah perusahaan Bumiputra adalah besar tetapi sumbangan ekonominya (secara relatif) masih ada jurang.


Daripada lebih sejuta entiti perniagaan di negara ini, hanya 3% adalah syarikat-syarikat besar, sementara sekitar 2% adalah syarikat bersaiz sederhana.


Sekitar 15% adalah syarikat kecil, sementara 80% entiti perniagaan adalah perniagaan mikro. 


Majoriti pemilik entiti perniagaan mikro dan kecil ini (iaitu sekitar 95% dari entiti perniagaan berdaftar) adalah dari kalangan peniaga Bumiputra.


Oleh itu, usaha menskalakan perniagaan mikro, kecil dan sederhana agar mereka naik ke takuk lebih atas, dan usaha memperkasakan perniagaan Bumiputra, adalah satu usaha yang bertindih dan boleh digerakkan seiring.


Sebab itu, pandangan saya, dalam merangka dasar-dasar baru untuk memperkasa ekonomi Bumiputra, kita perlu menggunakan pendekatan-pendekatan baru.


Perniagaan Bumiputra mestilah berdaya saing dan boleh berdiri sendiri. Program kerajaan perlu berhati-hati untuk mengelakkan pergantungan kepada bantuan kerajaan yang boleh mengikis daya saing.


Itulah mesej saya kepada penerima-penerima geran bantuan Teraju dalam satu majlis baru-baru ini. 


Mesej saya kepada perniagaan Bumiputra yang mendapat bantuan agensi kerajaan - fokuskan kepada 3P: “product, problem, people”.


Hanya perniagaan yang membangunkan produk (atau perkhidmatan) yang menyelesaikan/memenuhi kehendak pelanggan (“problem”) yang akan berdaya tahan dan ada kemampuan untuk diskalakan.


Hanya perniagaan yang mempunyai bakat yang berkemahiran (“people”) yang mampu membangunkan produk yang memenuhi tuntutan pelanggan.


Sementara agensi kerajaan terus membangunkan program untuk membantu ekosistem perniagaan Bumiputra, pengusaha Bumiputra pula mestilah membangunkan perniagaan berasaskan 3P yang saya sebut.


Barulah kita boleh mengelakkan tragedi Jana Wibawa berulang kembali.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/hala-tuju-agenda-pemerkasaan-ekonomi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pangkalan Data Padu Kejayaan Kementerian Ekonomi

Pangkalan Data Padu Kejayaan Kementerian Ekonomi

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 302 hits
Pangkalan Data Utama atau PADU yang akan mula dibuka kepada rakyat Malaysia untuk tujuan validasi adalah kejayaan utama Kementerian Ekonomi sepanjang 2023 Pangkalan data tersebut yang julung kali diwujudkan oleh kerajaan Malaysia menurut Me...
Umrah Ekonomi 2023

Umrah Ekonomi 2023

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 400 hits
PAKEJ UMRAH EKONOMI 2023 OGOS SEPT OKT NOVFREE HIGHSPEED TRAIN FREE HIGHSPEED TRAIN FREE HIGHSPEED TRAIN Penerbangan EMIRATES AIRLINES STATUS CONFIRM TERSENARAI SEBAGAI PENERBANGAN NOMBOR 3 TERBAIK DUNIA bagi tahun 2022 oleh SKYTRAX Hotel P...
Pmx Dan Majlis Ekonomi Digital

Pmx Dan Majlis Ekonomi Digital

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 296 hits
Hari ini saya telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara yang ke 2 bagi tahun 2023 Ia juga dihadiri Menteri menteri Pengerusi Kluster dan inisiatif ekonomi digital serta ahli lantikan ya...
Pelancaran Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi Gig

Pelancaran Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi Gig

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 311 hits
Baru baru ini AlongMurni berkesempatan ke Majlis Pelancaran Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi GIG yang bertempat di MStore Jalan Pudu Kuala Lumpur Program ini diadakan bagi memperkasakan individu dan perniagaan melalui perkhidmatan seca...
Prabowo Tegaskan Sistem Ekonomi Harus Menganut Kerakyatan Berdayakan Umkm Dan Koperasi

Prabowo Tegaskan Sistem Ekonomi Harus Menganut Kerakyatan Berdayakan Umkm Dan Koperasi

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 225 hits
Menurutnya bahwa kapitalisme dan neoliberal akan membuat rakyat semakin jauh dari kesejahteraan
Malaysia Mampu Lalui Kejutan Ekonomi Luar Jangka Rafizi

Malaysia Mampu Lalui Kejutan Ekonomi Luar Jangka Rafizi

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 217 hits
Kedudukan fiskal negara berada dalam keadaan kukuh dan mampu melalui sebarang kejutan ekonomi luar kawalan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bagaimanapun berkata beliau bertanggungjawab membina lantai lebih kukuh bagi memastikan rakyat Malaysia ...
Pantau Belanjawan Kabinet Baharu Mengorak Ekonomi Mampan Pendapatan Tinggi

Pantau Belanjawan Kabinet Baharu Mengorak Ekonomi Mampan Pendapatan Tinggi

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 330 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTE
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Resipi Kek Cupcake Apam Chocolate Moist Tiktok Iena Bakery

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Week Number 39 52

Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor

Onoplus 15 Onoplus Top 46 By Marina

Prep Daging Menu Sihat

8 Kali Jantung Terhenti Seolah Olah Tak Ada Harapan Kongsi Buat Solat Hajat Untuk A Aida Kebaikan Ameng Dipuji Netizen

Sopan Dan Cantik Erissa Puteri Dan Gadis Veil Viral Diraikan Dalam Majlis Resepsi Di Kelantan Netizen Puji