Pelancaran Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi Gig


 
Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan ke Majlis Pelancaran Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi GIG yang bertempat di MStore Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Program ini diadakan bagi memperkasakan individu dan perniagaan melalui perkhidmatan secara interaktif dengan dedikasi dan kepakaran yang sedia ada.

PELANCARAN PROGRAM PEMBANGUNAN BERSEPADU EKONOMI GIG United Man Family Global Venture Sdn Bhd (UMF) telah mengumumkan pelancaran Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi Gig yang inovatif dan kolaborasi bersama pelbagai pihak dalam menjayakannya. Sidang media ini turut disertai oleh pelbagai pihak termasuk Pusat Pengurusan dan Pembangunan Masyarakat (PGDM) dan pemegang kepentingan lain.

Antara wakil yang turut hadir dalam Majlis Pelancaran Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi GIG adalah:
Encik Mohamad Yusof bin Khamis UNITED MAN FAMILY GLOBAL VENTURE SDN BHD (UMF) Datin Seri Harnie Mohamed PERTUBUHAN GENERASI DIGITAL MALAYSIA (PGDM) Toh Puan D Heryati Abdul Rahim YAYASAN KARTIKA SRI TUN GHAFAR BABA Puan Anita Binti Sapari KOMUNITI PROGRAM SUBSIDI PEMBANGUNAN MALAYSIA (KPSPM) Mr Chin Chun Jye MCCAINE SDN BHD Mr Tan Eng Gee MSTORE - CORE EVENT ORGANISER – VENDORS, SUPPORT KOLABORASI UMF DAN PGDM Satu Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara PGDM dan UMF untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan ekonomi gig. MOU ini dilaksanakan bagi meningkatkan sinergi antara kedua-dua entiti dalam mewujudkan peluang dan memberikan faedah kepada masyarakat.

PGDM bersama UMF memberi tumpuan kepada melahirkan usahawan sosial melalui program yang memberi peluang perniagaan dengan keuntungan lumayan dan selamat. PGDM bersama UMF memberikan latihan yang kos efektif untuk membantu individu menjadi usahawan berjaya di dalam ekonomi gig yang berkembang.


Pengerusi UMF, Encik Mohamad Yusof bin Khamis berkata “Melalui usaha bersama, kita memahami dinamiknya perubahan di dalam ekonomi digital dan menyusun strategi pemasaran yang relevan dengan keperluan masyarakat masa kini. Kolaborasi dengan rakan usahasama perniagaan membantu kita mengeksplorasi potensi pembelajaran digital teknologi iaitu artificial Intelligence sebagai alat pemasaran yang efektif, memperluas jangkauan khalayak, dan meningkatkan kesedaran terhadap produk dan perkhidmatan yang kita ada.

Pentingnya pembelajaran pemasaran digital Artificial Intelligence di platform seperti TikTok tidak hanya membuka peluang perniagaan baru, tetapi juga memperkaya cara kita berinteraksi dengan pelanggan. Kreativiti dalam mencipta kandungan yang menarik dan bersesuaian dengan platform ini adalah aspek penting yang telah kita kembangkan bersama”.


Program pendidikan dan latihan PGDM - UMF dalam bidang pemasaran produk melalui kecerdasan buatan (AI) menunjukkan inisiatif dalam menghadapi era digital.


Pengerusi PGDM iaitu Datin Seri Harnie Mohamed menambah, “PGDM dan UMF berkolaborasi dalam merancang dan melaksanakan projek kompleks E-sport bernilai 50 juta RM dan permainan Virtual Reality di tapak seluas 3.7 ekar. Terdapat juga Akademi Latihan dan Kemahiran dengan sijil profesional dalam pemasaran produk melalui AI dengan bantuan geran 60 juta dari KPSPM, Aplikasi Khidmat E Dobi pertama di Malaysia, dan program sukan bertaraf antarabangsa.

Program ini memberikan harapan untuk pertumbuhan ekonomi dan pembangunan masyarakat melalui inovasi dan kolaborasi antara UMF, PGDM, dan pelbagai pemegang kepentingan. Pelbagai inisiatif yang dilancarkan menandakan komitmen mereka untuk membentuk masa depan yang lebih baik dalam era digital ini”.


PENERIMAAN MOCK UP CHECK GERAN PENDIDIKAN 60 JUTA DARI KPSPM PGDM bersama usahama UMF menerima mock-up check berjumlah 60 juta dari wakil KPSPM iaitu Puan Anita Binti Sapari sebagai tanda pengiktirafan terhadap usaha mereka dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan memberikan peluang pendidikan yang lebih luas.

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOA) ANTARA PGDM DAN UMF DENGAN ARENA OF E-SPORT

Memorandum Persefahaman (MOA) antara PGDM dan UMF dengan Arena of E-Sport (AOE) untuk pembangunan bersama aplikasi permainan Virtual Reality. En Wan Rahmani Zarif bin Wan Zahiri yang mewakili AOE berhasrat ingin membentuk inovasi baru dalam E-Games mengkhususkan kepada VR yang semakin mendapat perhatian terutamanya golongan remaja masa kini. Sehingga kini sebanyak 25 programmer telah sama-sama terlibat dalam pembinaan teknologi dan inovasi E-Games.

PROGRAM MENARIK DIBAWAH PROGRAM PEMBANGUNAN BERSEPADU EKONOMI GIG Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi Gig UMF adalah satu langkah progresif dalam menghadapi cabaran dan peluang dalam ekonomi gig yang pesat berkembang.

PELANCARAN KAD GIG PGDM

Pelancaran Kad Gig PGDM bertujuan memudahkan peserta ekonomi gig dalam mengakses pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kewangan. Kad ini mencerminkan inovasi dalam menyokong pertumbuhan sektor ekonomi gig.

PELANCARAN STUDIO TIKTOK UMF/MACCAINE/PGDM Kolaborasi antara UMF, McCaine, dan PGDM dan rakan strategic MStore dalam melancarkan Studio TikTok bertujuan memanfaatkan platform ini sebagai alat pemasaran digital yang inovatif dan kreatif.

PELANCARAN ECOMMERCE PLATFORM CENDOL DAN MSTORE PGDM bersama UMF memperkenalkan platform e-commerce, Cendol dan MStore, sebagai langkah untuk merambah pasaran digital dan memberikan lebih banyak peluang kepada peniaga tempatan.

SOSIAL AKTIVITI PGDM BERBENTUK LOYALTY DAN REWARD PROGRAM Program loyalty dan reward UMF dibentuk sebagai Me Point untuk memberikan ganjaran kepada masyarakat yang aktif serta berkesan dalam aktiviti penggunaan harian dan sosial yang positif.

KATA ALONGMURNI AM sangat berhasrat kerjasama ini dapat membantu usahawan muda dalam menjana pendapatan seiring dengan teknologi dan inovasi terkini yang semakin mendapat perhatian masyarakat umumnya. Harap Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi GIG ini menjadi penanda aras untuk melahirkan usahawan yang berdaya maju dan bersemangat waja.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2023/12/pelancaran-program-pembangunan-bersepadu-ekonomi-gig.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jelang Debat Cawapres Ini Gagasan 3 Paslon Di Sektor Ekonomi

Jelang Debat Cawapres Ini Gagasan 3 Paslon Di Sektor Ekonomi

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 134 hits
Sebelum debat cawapres tiga pasangan calon presiden dan wakil presiden membeberkan gagasan terkait ekonomi
Video Persiapan Gibran Hadapi Cak Imin Mahfud Di Debat Cawapres Pamerkan Ekonomi Solo

Video Persiapan Gibran Hadapi Cak Imin Mahfud Di Debat Cawapres Pamerkan Ekonomi Solo

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 261 hits
Cawapres nomor urut dua Gibran Rakabuming Raka mengaku sudah siap menghadapi debat Pilpres kedua di Jakarta Convention Centre Jumat
Malaysia Mampu Lalui Kejutan Ekonomi Luar Jangka Rafizi

Malaysia Mampu Lalui Kejutan Ekonomi Luar Jangka Rafizi

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 163 hits
Kedudukan fiskal negara berada dalam keadaan kukuh dan mampu melalui sebarang kejutan ekonomi luar kawalan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bagaimanapun berkata beliau bertanggungjawab membina lantai lebih kukuh bagi memastikan rakyat Malaysia ...
Pecahkan Kkd Untuk Mudahkan Pelaksanaan Ekonomi Digital

Pecahkan Kkd Untuk Mudahkan Pelaksanaan Ekonomi Digital

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 289 hits
Pemecahan Kementerian Komunikasi dan Digital sebelum ini kepada dua entiti baharu bukan akibat berlaku kelemahan dalam KKD namun bagi mempercekapkan pelaksanaan ekonomi digital Hal itu dinyatakan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil kepada ...
Laporan Sgie 2023 Tren Peluang Dan Tantangan Ekonomi Islam Di Era Pasca Pandemi

Laporan Sgie 2023 Tren Peluang Dan Tantangan Ekonomi Islam Di Era Pasca Pandemi

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 230 hits
Ekonomi Islam adalah salah satu sektor yang tumbuh pesat di dunia Ekonomi Islam mencakup berbagai aspek seperti halal keuangan syariah modest fashion media dan rekreasi farmasi dan kosmetik pendidikan dan pariwisata Ekonomi Islam tidak hany...
Cycling 9 Februari 2025

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan