Hal Ehwal Islam Di Bawah Kuasa Raja Negeri Negeri


Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR  ZULKIFLI Mohamad Al-Bakri (tengah) melihat barangan sumbangan pada Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Misi Bantuan Bencana Banjir di pejabat YADIM, Putrajaya di sini, hari ini. Turut hadir, Pengerusi YADIM, Nasruddin Hassan (kanan). GAMBAR : FAISOL MUSTAFA PEMBERITA : PETAH WAZAN (UTUSAN)PUTRAJAYA: Perlembagaan Persekutuan menetapkan urusan berkaitan hal ehwal Islam berada di bawah naungan raja-raja bagi negeri-negeri terbabit termasuk isu berkaitan masjid dan surau di Selangor sepanjang Covid-19 ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sebagai menteri di Persekutuan, beliau boleh mengusulkan cadangan melalui Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia untuk penelitian Pihak Berkuasa Agama Negeri. 
Namun katanya, keputusan akhir adalah sepenuhnya hak mutlak dan bidang kuasa negeri di bawah naungan raja-raja bagi negeri-negeri. 
“Begitu juga sebarang prosedur operasi standard (SOP), adalah hasil resolusi jawatan kuasa muzakarah yang dianggotai Mufti-Mufti seluruh Malaysia selaku pihak berkuasa agama negeri dan Ahli-Ahli Dilantik Majlis Raja-Raja sebagai satu panduan bersama sebelum dipertimbangkan dan diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing. 
“Apabila berkaitan Covid-19, pandangan dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara juga diutamakan atas faktor kepakaran dan maklumat yang terperinci berkaitan isu-isu kesihatan dan keselamatan,” katanya melalui kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi beliau, hari ini.
Beliau mengeluar kenyataan terbabit bagi menjawab surat terbuka yang dituju khas kepada dirinya susulan SOP membabitkan masjid dan surau di Selangor di mana ia dimuat naik oleh Ustaz Kamil Sidek di laman Facebooknya yang mewakili pihak Masjid Darul Falah, Jeram Selangor.
Zulkifli berkata, sebagaimana amalan kebiasaan, resolusi muzakarah ini akan di bawa sebagai sembah maklum kepada Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja sebagai satu pandangan dan nasihat untuk dipertimbangkan dan diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri. 
Bagi isu berkaitan Masjid Darul Falah katanya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mempersembahkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan masjid dan surau di seluruh negeri ini kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam.
“Perkara itu ada dilaporkan melalui Utusan Malaysia, bertajuk Pembukaan masjid, surau: Tunggu arahan Sultan Selangor pada Selasa lalu.
“Sejujurnya, jauh di dalam hati kecil saya juga ingin sebolehnya masjid dan surau dibuka namun, Covid-19 tidak boleh dipandang ringan. Sebab itulah kerajaan, pihak berkuasa agama negeri, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara amat mengambil berat akan hal ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/hal-ehwal-islam-di-bawah-kuasa-raja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Nazrin Kuasa Penentu Masa Depan Kerajaan Negeri Perak

Sultan Nazrin Kuasa Penentu Masa Depan Kerajaan Negeri Perak

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 467 hits
KUALA LUMPUR Tumpuan kini terarah kepada keputusan bakal dibuat Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selepas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dalam undi usul percaya te...
Mendiang Karpal Singh Dianugerahkan Darjah Utama Pangkuan Negeri Pulau Pinang

Mendiang Karpal Singh Dianugerahkan Darjah Utama Pangkuan Negeri Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 402 hits
Bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor mendiang Karpal Singh dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Tan Sri Zainal Rahim Seman dianugerahkan Darjah Utama Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk Seri Utama sempena Sambutan Ulang ...
Sah Menantu Hadi Kekal Exco Kerajaan Negeri Perak

Sah Menantu Hadi Kekal Exco Kerajaan Negeri Perak

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 308 hits
December 15 2020 Kedua dua bekas exco PAS dalam pentadbiran Ahmad Faizal Azumu dilantik semula oleh kerajaan Perak bawah Saarani Mohamad daripada UMNO Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dan ADUN Selama yang juga menantu Abdul Hadi Awang A...
Negeri Sembilan Bawa Usul Hadkan Tempoh Khidmat Menteri Besar

Negeri Sembilan Bawa Usul Hadkan Tempoh Khidmat Menteri Besar

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 319 hits
SEREMBAN 16 Dis Kerajaan Negeri Sembilan akan membawa usul mencadangkan supaya tempoh perkhidmatan menteri besar dihadkan kepada dua penggal pada persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata...
Semakan Bantuan Tunai Prihatin Covid 19 Negeri Sabah

Semakan Bantuan Tunai Prihatin Covid 19 Negeri Sabah

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 756 hits
Rakyat Sabah adalah dipelawa untuk menyemak status pembayaran bagi pemberian Bantuan Tunai Prihatin COVID 19 yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah susulan peningkatan kes COVID 19 di negeri ini Pemberian Bantuan Tunai Prihatin COV...
Amaran Waspada Hujan Lebat Di Beberapa Negeri

Amaran Waspada Hujan Lebat Di Beberapa Negeri

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 322 hits
MALAYSIAKINI Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa negeri MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan amaran cuaca waspada itu melibatkan Kelantan Terengganu...
Wanita Penakluk Elang Pertama Saudi Unjuk Gigi Di Festival Raja Abdulaziz

Wanita Penakluk Elang Pertama Saudi Unjuk Gigi Di Festival Raja Abdulaziz

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 317 hits
Wanita Penakluk Elang Pertama Saudi Unjuk Gigi di Festival Raja Abdulaziz Athari Alkhaldi menjadi wanita Saudi pertama yang memenuhi syarat sebagai peserta Festival Elang Raja Abdulaziz
Pilkada Raja Ampat 205 Bilik Khusus Disiapkan Bagi Pemilih Bersuhu Di Atas Normal

Pilkada Raja Ampat 205 Bilik Khusus Disiapkan Bagi Pemilih Bersuhu Di Atas Normal

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 293 hits
205 TPS di Kabupaten Raja Ampat masing masing disediakan satu bilik suara khusus secara terpisah bagi pemilih yang suhu tubuhnya di atas 37 derajat Celcius
Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Menantu Datuk Nikah Kahwin

Books Kinokuniya Malaysia Di Tingkat 4 Klcc

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Ph Sokong Pas Perintah Perlis Sampai Tamat Penggal

Dari Kekangan Dana Ke Puncak Dunia Kisah Kebangkitan Pemanah Berkuda Malaysia Adan Dyna Channel 24 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Bila Memilih Keselesaan

Revealed The Top 10 Custom Motorcycles Of 2025

Bmw N57 Vs Bmw M57 Which One Is A Better Engine

7 Drama China Komedi Romantis Terbaik Yang Siap Bikin Baper

Siti Nurhaliza Terkesan Ujian Peminat Setia Di Icu Hkl Mohon Doa Keajaiban

Yb Fadhlina Sidek